SARAPAN NASI GORENG AYAM BAKAR MADU

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


MALAM tadi Sk dan PI pergi pasar malam Kampung Mulia, Sungai Tiram. Pasar malamnya pendek aje, tapi banyak jual makanan. Dekat gerai jual ayam bakar madu, nampak seekor kucing duduk di kerusi camping milik tuan punya gerai sedang mencuci muka. Baru lepas makan ayam bakar rupanya, tu yang sakan cuci muka. Alhamdulillah, pemurah tuan punya gerai tu, tak berkira dengan kucing. Jadi, Sk support la adik tu, kita beli ayam bakar dia dua ketul bahagian peha, seketul RM5.


Ayam bakarnya makan satu aje kongsi dengan PI, lagi seketul masuk esbox. Pagi tadi, PI pergi pasar tani, nak beli ikan, nak mintak masakkan lauk kari. Sk pesan, tak payah beli sarapan, Sk nak buat nasi goreng. Lama na tak masak sarapan, asyik beli bungkus atau makan di kedai. Belen-belen nasi pun ada, marilah kita menggoreng.

Mula nak tumbuk ikan bilis dan cili padi buat nasi goreng kampung, tapi tak jadi. Sk tumis bawang putih 4 ulas, kemudian masukkan pes cili 1 1/2 sudu, fish cake sebatang, pecahkan telur sebiji, kemudian masukkan nasi dan peha ayam tadi, Sk potong-potong bahagian isi, campak dalam kuali, gaul dengan nasi. Jadilah ia, Nasi Goreng Ayam Bakar Madu, hihihi. Gambar dari kuali aje la ya, hehehe. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bagus amalan sapot-menyapot ni....
    Alaaaa... satu foto je hari ni?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!