Assalamualaikum WBT
TAHUN ini seperti tahun-tahun yang lepas, majlis konvokesyen akan berlangsung pada bulan Oktober dan Sk dilantik sebagai JK bahagian pendaftaran. Kami sebulat suara memilih untuk memakai sepersalinan batik yang seragam. Disebabkan tak semua sesuai pakai baju ready made, semua bersetuju keluar modal membeli kain pasang. Bila dah dapat kainnya, Sk tengok warnanya agak pucat dan kurang naik seri. Jadi, Sk bercadang nak tampal rhinestones. Tapi, tu laa.. Sk fikir jugak, senang ke nak tampal rhinestone guna seterika. Batunya kecik-kecik, seterika pulak besar. Karang, tempat lain kita letak batu, tempat lain pulak dia melekat. Tapi, apa-apa pun, kenalah beli batunya dulu. Rajin tak rajin kita fikir kemudian.

Bila buat carian rhinestones di TT, fyp pulak alat Hotfix Applicator Gun ni. Baru tahu alat ni ada dijual untuk memudahkan menampal rhinestones pada pakaian, kain atau selendang. Hotfix Applicator Gun ni datang dengan plug 2 pin Malaysia, jadi mudah nak digunakan, tak perlu pakai adaptor. Kita juga dapat 7 saiz tips mengikut saiz standard rhinestones di pasaran.
Tengah cari idea macam mana nak susun batu ni. Warna bunga ni dalam gambar nampak terang tapi sebenarnya pucat macam tak cukup makan, hehehe. Mungkin sebab Sk suka warna yang menyerlah. Wakil belian kami terpaksa pilih corak ni sebab ia sahaja yang ada stok untuk bilangan kami yang ramai. Kalau nak tunggu stok lain takut tak sempat, nak hantar tempah lagi, kan.
Puas jugaklah Sk belek-belek gun ni, ada suis ke tidak. Tunggu punya tunggu macam tak panas-panas. Dekat label bungkusan tulis, dua minit dah panas.
Lepas tu baru perasan, suisnya dekat sebelah wayar jer pun. Kita ni beleklah keliling body gun ni, hahaha.
Syok pulak la main tekan-tekan batu nak lekatkan pada kain ni. Sk agak-agak 10 saat, kuatlah melekat batunya. Oh, sebenarnya kain ni dah selamat jadi baju, Sk tempah dengan Kak Imah, kawan pejabat Sk yang pandai menjahit. Balik dari sarapan ramai-ramai di Medan Selera Tepian Harmoni tadi, Sk terus masukkan baju kotor dalam mesin basuh, kemas rumah dan pasang rhinestones ni. Memang tak dan laaa nak jadi tapak sulaiman, Kak Amie uiiii.. hahahaha. Ni pun belum siap lagi sebab keluar makan. Balik makan, sambung sikit lepas tu ni dah rehat balik. Mungkin dua hari lagi kot baru siap. Lepas ni tahu dah kenapa baju dan tudung ada rhinestones mahal. Sakit pinggang dan tengkuk ya nak pasang sebiji.. sebiji tapi nak cantik punya pasal kannnn, hahahaha.
Masalahnya... cantik ke???
Mesti cantik tu... Kita pulak yg tak sabar nak tengok SK melaram ahaha
ReplyDeleteHahaha.. tu la tu, tak sabar nak tunggu harinya, PH.
DeleteLembut warnanya, tamvah bebatu tambah menyinar. Terbayang betapa anggun dan ayunya si pemakaiššš
ReplyDeleteCantik la! Ada blink, blink. Usaha ye, menampal rhinestones sendiri. š
ReplyDelete