TOK WAN NASI BERLAUK & NASI LEMAK BARAKAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


HURU-HARA hari ini dan hari ini dalam sejarah. Selalu baca atau tengok di medsos, berderetan kenderaan terkandas ketika hendak keluar dari pusat beli-belah Midvalley Southkey, kali ni ia terjadi kepada kami anak-beranak. Dahlah lama tak ke sana, kali ni setuju saja bila PI mengajak sebab masih pagi lagi rupanya nasib tidak menyebelahi kami apabila sebuah lori rosak di atas jambatan Permas. Ini menyebabkan laluan keluar ke arah Permas dan Woodlands sesak malah tidak bergerak. Bahagian pengurusan pusat beli-belah pulak tidak ada inisiatif untuk membuka laluan keluar di laluan lain. Tak boleh bayangkan la jika ada kecemasan, macam mana mereka akan menanganinya. Bukan tak ada laluan lain ya, tapi entahlah.. tobat tak nak pergi lagi Midvalley, kata PI.


Dua hari berturut-turut minggu lepas, Sk tak masak. Errr.. tapi rasa macam lebih dari dua hari, hehehehe. Hari rabu, Sk cakap dengan PI, tak nak masak. PI tanya, nak makan kat luar ke? Sk terus setuju walaupun malas nak keluar. Dalam hati, bagusnya kalau PI bungkus makanan siap-siap, tapi hari tu tak ada pasar malam.


Tup-tup, PI masuk pintu nampak dia jinjing bungkusan Nasi Berlauk Tok Wan. Memang dalam beberapa minggu ni nampak ada orang jual nasi bungkus ni depan dobi berhampiran rumah Sk. Legalah Sk, macam faham-faham aje kita malas nak bersiap pergi makan kat luar.


Rupa-rupanya, malam tu ada live bola la kat tv. Patutlah dia beli nasi bungkus.


AG maksudnya Ayam Gulai. Ada juga gulai daging dan beberapa lauk lain.


Banyak jugak nasinya, gulai ayam dan sambal belacan dibungkus asing.


Sedap dan mengenyangkan. Gulai ayam ni masakan Kelantan la kan. Tak silap Sk dorang masak guna rempah gulai cap ros ke apa gitu. Maafkan Sk jika salah.


Esoknya tu, sekali lagi tak masak. PI mintak masak nasi lemak tapi hari tu Sk penat berfikir kat office. Ada report kena kemaskini. Sk ajak makan Nasi Lemak kat Nasi Lemak Mana Lagi tapi PI ajak makan Nasi Lemak Barakah yang baru pindah berniaga di Dataran Niaga Pulai Indah. Sebelum ni, NLB berniaga depan Klinik Yap, Sk pernah cerita.


Kami makan di meja yang disediakan. Iman tak join, dia ada mesyuarat kat U. Kali ni Iman terlibat dengan tiga program universiti. Sk tak ingat mesyuarat program yang mana dia masuk malam tu, hehehe. Jadi, untuk Iman, kami tapau. Kalau hari tu makan Nasi Lemak Barakah ni Sk cakap rasa minyak sapi, kali ni lagi kuat ya rasa tu tapi bukan rasa minyak sapi. Macam rasa marjerin pun iye, kuat betul. Muak pulak makannya, nasib baik sambal dia sedap. PI pun cakap, Sk kata, tu laaa.. hari tu Sk dah cakap, tak percaya, hehehehe. 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Another level la kalau nasi lemak letak minyak sapi atau marjerin kan.

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jumpa lagi nasi lemak letak minyak sapi @ marjerin ni... tak dapat nak bayang rasanya gi mana :D

    ReplyDelete
  3. Kak, Saya masih tak boleh bayangkan loti rosak tu macam mana pose dia atas jalan sampai sekat semua laluan sampai Ke MV Kak.. takde plak orang share gambo lori tu.. gilerr betul jemm kannn ..

    Saya suka bungkusan nasi lemak begitu, rasa puas makan! Jujurnya hampir sebulan kot tak makan nasi lemak, sebab takde yang menarik perhatian mata hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Terus pangkah siap-siap Midvalley ni eh. Jenuh tersekat lama tu. Untung betul dapat lama cuti masak. hihi..Ooo bungkus makanan ada maknaa..ada live bola rupanya.
    Maksudnya dia masak nasi lemak guna minyak sapi ke bukan santan? Pelik betul kalau rasa minyak sapi/ marjerin dalam nasi lemak. Hilang identiti nasi lemak.

    ReplyDelete
  5. First time dengar nasi lemak rasa minyak sapi...sambal best tu satu bonus...

    ReplyDelete
  6. tgk kuah gulai ayam tu pun dah tau sedappp

    ReplyDelete
  7. Sampai sekarang saya masih tak boleh masak gulai ayam macam orang kelantan masak, yang dalam nasi berlauk SK makan ni. Entah deme guna rempah cap apa, tak tau. Pertama kali dengor makan nasi lemak, rasa marjerin dan minyak sapi.

    ReplyDelete
  8. Kesian nasi lemak. Dalam sijil lahirnya sudah jelas masak dengan santan. Dah jadi anak angkat orang lain kot... tu pasal rasa marjerin atau minyak sapi tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!