BILA ALLAH BERKEHENDAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT


SATU jam sebelum masuk waktu maghrib semalam, terima satu lagi berita sedih. Seorang pelajar Kursus Penyediaan Makanan di kolej berada dalam keadaan kritikal kerana terlibat dalam kemalangan di Kluang. Sk baca nama pelajar, tak kenal, mungkin dia tak tinggal di asrama. Manakala, seorang lagi rakannya, bekas pelajar kursus Automotif meninggal dunia dalam kemalangan yang sama. Namanya tu, Sk kenal sangat. Seingat Sk dia baru tamat tahap 2. Masih muda sangat, baru 19 tahun.


Begitulah, apabila Allah berkehendak, mati tak mengira usia tua atau muda, sakit atau sihat. Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh Mohamad Firdaus bin Shamsul dan memberi ketabahan kepada ibubapa dan keluarganya. 



Alhamdulillah.. Perkongsian dari group whatsapp keluarga, arwah abang ipar Sk, Mohd Taufek bin Mohd Noor telah selamat dikebumikan selepas zohor, semalam. Kami tak balik semalam, atas halangan yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah,   kami akan ke Penang menziarah kakak ipar dan keluarga Abang Pet apabila ada kelapangan serta melawat rumah baru Abang Pet.


Di sini, Sk ucapkan terima kasih atas ucapan takziah dan kiriman doa dari rakan pembaca dan sahabat blogger. Semoga doa kalian dibalas dengan ganjaran yang baik juga oleh Allah swt.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga ibu bapa dan keluarga arwah dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi oleh-Nya.

    ReplyDelete
  2. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada keluarga yang terlibat. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihirojiun...AL-Fatihah, salam takziah

    ReplyDelete
  5. إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ moga dikurniakan ketabahan dan kesabaran kepada keluarga

    ReplyDelete
  6. Salam takziah buat seluruh keluarga.
    Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.
    Abg Pet tu Abg PI ye SK? Maaf, PH terlepas cerita.

    ReplyDelete
  7. salam takziah...betul sangat tu SK..kematian tak megira usia...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
    semoga seorang lagi mangsa diberi kesembuhan dan dipermudah urusan perawatannya..aamin

    ReplyDelete
  8. Salam Takziah buat keluarga kakak ipar serta arwah pelajar.
    Moga rohnya mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete
  9. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman...meninggal ketika sedang menuntut ilmu...semoga tabah ahli keluarga arwah..

    ReplyDelete
  10. Sayu rasa hati baca cerita orang yang pergi, lagi-lagi kalau orang lagi muda dari kita. Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat. Alfatihah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!