Assalamualaikum WBT
BALIK dari bertugas konvokesyen semalam, Sk terus masak nasi 2 1/2 pot. Sengaja masak lebih, cadangnya pagi ni nak buat nasi goreng untuk sarapan. Nasi goreng yang lebih tu pulak boleh dilanjutkan untuk bawa bekal sarapan ke pejabat esok (isnin). Sekali, bila ditanya PI nak sarapan apa hari ni (padahal dah plan nak buat nasi goreng, pergi tanya lagi tu buat apa, kan). PI kata, buat nasi lemak, lah. Agaknya PI dah jemu asyik sarapan nasi goreng, haha. Hari ni PI kerja, jadi kita menurut perintah, la.
Siap nasi lemak dan konco-konconya..
Sambal tumis
Ikan bilis goreng
Telur lenggang dan..
Tapi tak lengkap..
Timun dan kacang tanah goreng tak ada
Nasi yang kononnya nak digoreng tu dah jadi nasi lemak. Kaedahnya sama jugaklah macam kita nak panaskan nasi tu..
Santan setengah cawan dan garam, kacau hingga garam larut, kemudian tuang rata-rata atas nasi. Letakkan hirisan bawang, halia dan simpulan daun pandan atas nasi, kemudian reheat macam biasa sehingga suis automatic off.
Cili pes yang dah siap pulak pedas sangat cilinya, jadi, nak masak tadi Sk blend cili baru. Cili kering ni beli dekat pasar pagi Seri Ketumbit, Temerloh. Pedas jugak cilinya tapi tak sepedas cili kering yang dibeli dekat Econsave. Yang tu pedas giler eh.
Goreng silver fish yang Cikwa bawa dari WP Labuan. Yang ni Sk gaul basah-basah dengan tepung bestari. Tekstur tepung yang basah-basah tu buatkan ia lebih rangup dan sedap, berasa rempah tepung bestari tu.
Okey, ni rupa kotak silver fish tu. Baru dapat gambar dari Cikwa.
Telur lenggang jangan dilupa nanti boleh jadi amukan, hahaha. Telurnya buat tiga biji aje, dapat Lima keping, malas nak potong pat segi.
Ikan bilis dari Pangkor. Tengok rupa plastik tu macam yang Angah bagi. Yang Cik Ani bagi dia guna plastik zip. Rangup ikannya dan tak masin sangat.
Semoga kenyang la perut PI nak sampai ke stadium hoki nanti. Dekat sana nanti ada makan jugak. Sk pulak, petang-petang nanti mengulang nasi lemak la nampaknya, silap-silap bawa sampai ke esok pagi, hehehe.
Teruja nak tengok cemana rupa silver fish. Awal-awal kita dah terbayang ikan emas....hiks!
ReplyDeletesy dah membayangkan nama menu baru. rupanyaaaa
ReplyDeletesaya tak pernah makan silver fish ni kot?dia bukan ikan yg banyak telur tu kan? pregnant fish tu
ReplyDeleteTak pernah makan silver fish tu.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletesetakat ni tahu gold fish. je. silver fish ni baru tahu ni..
ReplyDeleteSilver fish...? Kena google ni
ReplyDeleteTeringin nak rasa ikan silver fish tu..nampak menarik...ada jual online x agaknya
ReplyDeleteIngatkan gold fish je ada, silver fish pun ada ye :D
ReplyDeleteKalau dah masak nasi lemak tu, memang sampai ke tengahari la makannya kan.
baru tahu ada silverfish nie...
ReplyDeletememang tak nasi lemak lah, takde timun dan kacang tanah goreng
smlm menu kt umah nasi lemak juga..wah silverfish goreng celop tepung
ReplyDeleteOoo.boleh rupanya nasi biasa tu dijadikan sik mak. ..Tq infonye...huhu.. Takda kacang takpa...Janji sambal sedap..Huhu .Itu kalau saya lerr...
ReplyDeletecili sekarang memang tau...selalu je tertipu dengan perkataan "kurang pedas" tu. ntah kat mana yang kurang ntah pedasnya. tak memasal je satu rumah ada mcm2 jenis cili kering.
ReplyDeleteSaya baru first time tengok silver fish.
ReplyDeleteOoo... telur lenggang namanya. Hehe..
Nasi lemak masak di rumah adalah paling sedap!