Assalamualaikum WBT
BEBERAPA hari lepas, masa nak masukkan kereta dalam garaj, Sk perasan, almari pinggan mangkuk yang kami letak kat dalam garaj, macam dah senget ke depan. Dalam almari tu ada gelas-gelas kaca, mangkuk-mangkuk dan pinggan hidang yang jarang dipakai. Bukan jarang lagi tapi rasanya sejak almari tu dipindahkan keluar selepas beli Almari Billy Ikea, memang tak pernah guna dah. Ya Allahhhh, takut sebenarnya bila baca bab hisab-hisab harta yang tak digunakan ni tapi tu la, nak kemas tu macam tak ada masa (sebenarnya malas).
Bila tengok gerobok dah ke depan tu, teruslah risau. Karang tak pasal-pasal tumbang atas kereta pulak. Jadi, Sk letak kereta di luar garaj. Almari tu dekat bahagian Sk punya parkir. Keesokannya, balik kerja, Sk keluarkan barang-barang dalam tu. Longgok dulu la kat depan tingkap. Dua hari la kereta park kat luar. Semalam la, baru dapat declutter. Bukan sahaja ada barang-barang kaca, ada buku-buku dan novel jugak. Ni haaa.. beg zaman pasukan JDT belum bergelar JDT pun ada. PI kata, beg ni dia nak jual kat ebay, hahahaha.




Nasib baik selamat dan boleh makan lagi sup kambing tu ye...selamat x bazir...sedap tu roti cicah sup kambing..
ReplyDeleteKat mana pinggan-pinggan tersebut akan diletakkan?
ReplyDeleteItulah kalau tidak ramai orang di rumah. Rumah inioun beli roti saiz biasapun ambil masa haniskan.
mujur masih elok, kalau tak sayang la.. sup kambing memang A..
ReplyDeletekat rumah ni dah lama tak beli pinggan mangkuk guna aje mana yang ada. Kalau terpecah pun ok ja. Sedapnya sup kambing.
ReplyDeleteHuih tak basi ek. Mesti cukup masak rempah ratus sup tu yang tak basi.
ReplyDeleteDalam kurungan (sebenarnya malas) tu yang tak boleh belah tu....
ReplyDeletePH plan nak layan martabat tu malam ni. Nmpk santai je ceritanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada rezeki SK sup kambing tu...
Sedap, ada sup kambing panas-panas, dan roti goreng. SK declutter barang, baca di blog Mulan pun declutter juga. Saya ni entah bila nak buat.
ReplyDelete