KENANGAN BERTUGAS KONVO 2025

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


SABTU lepas, telah selesai Majlis Konvokesyen kolej dan Sk bertugas sebagai AJK Pendaftaran Graduan bagi sidang petang. Kena hadir ke kampus induk di Kulai sebelum jam 11 pagi. Sk keluar rumah kira-kira jam 9.45 pagi dan sampai di sana dalam pukul 10.30. Disebabkan sidang pagi belum selesai, makanya tentulah ada masalah parkir. Pada mulanya Sk mencari tempat letak kereta dalam kawasan medan selera, lepas tu terus keluar balik dan pergi ke blok pentadbiran. Syukur, terus dapat parkir, di petak yang pertama pulak tu. Turun saja kereta, nampak shuttle lalu, terus dapat naik dan menuju ke dewan tempat berlangsungnya majlis.


Ramai jugak petugas yang sudah sampai. Apa lagi, kita foto-foto la dulu.


Penat tampal 1000 biji rhinestone kat baju tapi tak nampak dalam gambar, hahaha. Beberapa orang puji baju Sk cantik sebab ada batu berlian berkilat.


Graduan belum sampai, waktu mendaftar bagi sidang petang jam 12 tengahari. Teringat dulu-dulu, bertugas sidang pagi atau masa tu macam memang buat pagi aje, pukul 7 pagi dah kena ada di dewan tapi masa tu kami menyewa Dewan Sultan Iskandar UTM. Mujur jugaklah rumah dekat dengan UTM. Yang paling tak sangka anak sendiri dapat belajar di UTM.


Berdiri di tengah baju warna pic tu, pengacara majlis bagi sidang petang, Mahani namanya. 


Gelap pulak gambar dalam khemah, kita bergambar di luar khemahlah pulak.


Okey, kita bergambar berlatarbelakang alam sekitar pulak,, hihi. Sebelah sana tu, Orchid Golf.


Lepas tu, lari pulak ke lobi dewan. 
Dewan ni dibuat di bangunan Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan. Pengurusan baru naik taraf di lobi ni, jadi, kenalah bergambar di sini sebelum sidang pagi keluar dewan.


Patah balik ke khemah, staf lelaki pulak nak join bergambar.


Eh, makin lama makin ramai yang join bergambar sampai kita yang tinggi kena berdiri belakang katanya. Cis! Inilah diskriminasi terhadap orang tinggi.


Wefie pulak.


Okey, dah ready untuk bertugas. Bila graduan dah sampai memang tak dan la nak bergambar bagai, hihi.


Terpaling risau kalau terlepas pandang graduan terbaik kursus sebab nak kena bagi selempang dan rossete ni, hahaha. Bila dua-dua dah sampai barulah lega. Lepas selesai semua graduan mendaftar, jalan-jalanlah ke fesko sekejap tapi tak beli apa pun. Tak tahu nak beli apa dan sayang duhet, hehehehe.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. lawa warna baju tu...gigih la SK tampal berlian tu...kikiki

    ReplyDelete
  2. Cantik baju..ye la x nampak batu2 nan seribu tu...suka aktiviti macam ni..boleh merapatkan ukhwah

    ReplyDelete
  3. best jadi urusetia dalam satu-satu event.. saya pun suka.. tapi penatla sikit..

    ReplyDelete
  4. berapa ketinggian kak seri. nampak tinggi betul dalam gambar. ala ala model gitteww

    ReplyDelete
  5. Pencen dah bertugas konvo ni. Bagi peluang ke orang lebih muda pula.

    ReplyDelete
  6. Kita zoom gambar tu, nampak berlian berkilau² tu ahak!
    Seronok juga sekala bertugas di luar pejabat gini kan... Semua pun sporting je bergambar

    ReplyDelete
  7. Cantik warna baju. Tenang je...Lama tak pergi majlis graduan. Best vibes tu .. Huhu...

    ReplyDelete
  8. Ha, nampak, nampak, batu nan seribu. Cantiknya SK. Cer share tudung beli kat mana? 😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!