MAKAN DI RESTORAN THE MORSO KANGKAR PULAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


SEMPENA perayaan Deepavali hari tu, Iman balik rumah sejak hari Jumaat lagi. Masa tu PI ada tugasan hoki Piala Sultan Johor, jadinya kami plan nak makan di Kafe Halaman, Kampung Melayu. Cadangannya, Iman datang ke pejabat Sk dan pergi lepas Sk habis kerja. Tapi petang tu hujan lebat giler pakej dengan ribut petir sekali. Jadi, Sk cakap Iman tak payah datang, makan dekat-dekat kawasan rumah jer la. Akhirnya, kami ke The Morso di Taman Pulai Makmur.


Masa The Morso baru buka cawangan baharu di Kangkar Pulai ni, kami ada pergi sekali. Lepas tu, tak pergi dah sampailah Sk pergi The Morso cawangan Bandar Dato Onn masa Majlis Jasamu Dikenang. Jadi, rasa macam tertarik pulak nak pergi lagi yang kat Kangkar Pulai ni. Nak pergi cawangan Bandar Dato Onn jauh sangat la pulak.



Tak tahulah memang nasib la kot, nampak tak menu tu dia tampal macam tu. 


Kisahnya mereka sedang menambah baik dan ada perubahan menu. Ada menu yang sedang menjalani R&D, ada menu yang dah tiada.


Menu baharu di The Morso, Creamy Tomyam Pasta. Ni la aje satu menu baharu yang ada.


Sk malas nak fikir dah nak makan apa, makan ayam jer la senang, hehehe. Ni Chicken Grill Classic.



Chicken Grill Classic (RM18.90)

 Ayam diperap dengan rempah ratus kemudian dipanggang dan dihidang bersama sos lada hitam, kentang putar dan sauteed vegetables. Banyak la dia bagi sayur tu, tak kedekut. Bagi Sk, sedap dan tidak mengecewakan.


Pesan sepotong Carrot Walnut Cake (RM11.90).dan Calamari Rings (RM15). Kek lembab tak kering, topping cream cheese pun sedap tak muak. calamari rings biasa aje la, sotong goreng tepung, tapi crispy la bukan macam kat kedai tomyam, hehehe.


Creamy Tomyam Pasta (RM24.90) untuk Iman. Porsi pasta ni besar, ngam la dengan perut kami. Kalau tak kuat makan, boleh kongsi, itupun jika selera sama. Rasa tomyam dia pun sedap, ada taburan daun limau purut yang dimayang halus menjadikan ia lebih beraroma. Memang sedap ni ya, disyorkan bagi penggemarnya.


Terubat la rasa kecewa tak dapat pergi makan di Kafe Halaman. Servis okey, makanan sedap dan harga berpatutan. Nanti tunggu menu-menu baharu dia semua siap bolehlah makan kat sini lagi ajak PI pulak, heheheh.

 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dania mesti suka yang creamy pasta tu.

    ReplyDelete
  2. chicken grill tu menggoda sanubari la

    ReplyDelete
  3. chicken grill classic tu buat SA terliur la....

    ReplyDelete
  4. Semuanya nampak menggoda la SK.
    Bagus restoran ni rajin buat RnD.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi pergi restoran yang ada makluman sedang R&D menu baru. Bagus la. Nanti lebih banyak pilihan menu sedap-sedap. Yang SK dan Iman makan tu pun, dah cukup membuka selera. 😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!