MASAK NASI AYAM HAINAN & GORENG PISANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
13

 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi, PI ada temujanji servis kenderaan di Toyota Servis cawangan Medini. Laju betul mileage kereta baru PI, dah hampir 20,000 km. Jadinya, Sk datanglah ambil PI di pusat servis dan pergi sarapan. Pada mulanya Sk ingat nak ke pusat bandar tapi fikirkan mesti jammed dekat sana sebab menghala ke CIQ (kastam). Akhirnya kami ke Ashoka Curry House aje la. PI makan apom dan Sk makan puri. Iman dah balik cuti sempena Deepavali, kami tapaukan dia roti telur. Semua tak ada gambar, hehehe. Tapi, hari ni Sk nak kongsi gambar Sk masak-masak di rumah hari ahad dua minggu lepas.


Pagi tu, PI pergi pasar tani. Nak beli pisang sebab nak makan goreng pisang, katanya. Lepas tu nak makan nasi ayam jugak. Ayam ada jer dalam esbox tu tapi dia nak beli ayam lain, senang tak perlu nak defrost. Beli ayam potong empat, dua potong (bahagian kepak, dada dan peha, Sk rebus untuk buat nasi ayam. Yang lain kita frozen.


Timun dan tomato beli kat pasar tani tapi salad PI beli dekat pasaraya kecik dalam taman. Sk lupa la PI beli dekat mana, Maslee kot.


Beli ayam sekor, kakinya dua batang aje kan. Jadi, PI beli kaki ayam lain jugak di pasaraya tu. Bolehlah makan kaki ayam banyak-banyak, hehehehe. Kaki ayam dan ayam tu Sk rebus dalam pressure cooker set HP 16.


Sambal nasi ayam memang kena buat lebih. Biar lebih supaya tak bercatu masa makan. PI tuang sambal ni macam tuang kari dalam nasi.

Resipi Nasi Ayam Hainan boleh tengok DI SINI.


Malam tu goreng pisang pulak. Suka beno PI makan pisang goreng Sk. Dah beberapa minggu ni kerjanya asyik menggoreng pisang aje Sk ni ha.


PI beli sesisir, Sk goreng separuh, lagi separuh goreng lusanya.


Adunan tepung goreng pisang Sk cuma tepung beras, air kapur, telur sebiji dan sedikit air. Orang Kedah yang dah jadi orang Johor ni makan goreng pisang wajib dengan sambal kicap kalau tidak boleh jadi amukan, hahahaha.

Post a Comment

13Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya homemade nasi ayam. Jumaat baru ni makan nasi ayam tapi beli la.

    ReplyDelete
  2. PH tengok pun nampak sedap goreng pisang SK tu. Patutlah jadi kesukaan orang Johor Jadian ahaha 😂

    ReplyDelete
  3. Puas hati goreng pisang kat rumah je. Banyak boleh makan.
    Nasi ayam pun sodap!

    ReplyDelete
  4. fav nasi ayam lps tu sup ada kaki ayam ..yummyyy...pisang goreng cicah sambal kicap sodap tu

    ReplyDelete
  5. Sedap tu goreng pisangnya. Tapi sekarang dah kena kurangkan makanan bergoreng.

    ReplyDelete
  6. feveret tu sup kaki ayam....pisang goreng cicah sambal kicap..nikmatnya!!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Pisang goreng cicah sambal kicap!!! Ooo..peminat sup kaki Ayam rupanyaaaa.. Syukur dengan Nikmat Makan yang disediakan..

    ReplyDelete
  8. SA pun baru je pandai makan pisang goreng cicah kicap cili...hehehe..sebab tu stok kena ada sentiasa dalam fridge..kalau x ada orang Johor tu masam muka...

    ReplyDelete
  9. linda memang tak reti buat nasi ayam, walaupun orang kata senang je..hihihi..
    sedap betul pisang goreng makan panas2

    ReplyDelete
  10. sedapnya pisang nipah. nyums. kegemaran saya.

    saya pun suka guna ayam baru beli. malas nak defrost kadang tu. haha

    ReplyDelete
  11. SK dah pakar goreng pisang! Cantik warna kuning kulit pisang tu. Agaknya waktru ditebang memang dah cukup tua kot. Tak adalah rupa pisang yang dipaksa masak kan.
    Tu, sup cekernya memikat matalah pulak sebab banyak daun supnya yang menghijau. Segerrr kata orang Jowo kalau dihirup kuahnya.

    ReplyDelete
  12. alamak, terasa nak pergi goreng pisang nampak gambar pisang, hehe sedapnya semua makanan Allah berikan ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!