Assalamualaikum WBT
HARI ini berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kolej tahun 1447H/2025M. Seperti kebanyakan program maulid, diadakan pertandingan perarakan, sepanduk dan nasyid serta ceramah.
Perarakan melibatkan barisan staf dan pelajar dari semua kursus.
From river to the sea
Palestine will be free
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan oleh staf.
Bacaan berzanzi oleh staf.
Persembahan nasyid oleh pelajar.
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Khalid bin Ali, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAINJ. Menarik ceramah yang disampaikan ustaz tentang peranan orang muda.
Selesai upacara penyampaian hadiah, jamuan makan disediakan secara berdulang.
Tahun ini kami mendapat sumbangan seekor lembu dari Perbadanan Islam Johor (PIJ). Syukur.. Alhamdulillah.
Terima kasih, PIJ.
Ada jualan produk dari PIJ. Terbelilah jugak, hehehe.













Alhamdulillah meriah sambutannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah...meriah smabutannya...makan dalam dulang tu, menarik betul
ReplyDeleteLama dah tak dengar berzanji. Entah-entah kali terakhir semasa zaman sekolah agama di Johor dulu 😄
ReplyDeleteBestnya ada sambutan, perarakan, ceramah dan beranji...
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteMeriah sambutannya. Semoga acara begini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Bestnya makan ramai-ramai kongsi sedulang.