SARAPAN DI KEDAI NASI LEMAK HUSSAIN & TUKAR METER ELEKTRIK DIGITAL

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


SEJAK pertengahan bulan September dah dapat surat peringatan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menggantikan meter lama kepada meter digital. Giliran rumah kami pada 2 Oktober 2025 tapi pada tarikh tersebut, PI lupa agar tidak kunci pagar rumah. Dapat notis untuk buat temujanji baharu. Uncle yang berjiran depan rumah Sk pulak datang, dia kata kontraktor pesan agar tidak kunci pagar supaya mereka boleh masuk untuk tukar meter. Boleh tukar bila-bila hari termasuk Sabtu dan Ahad.



Hari Sabtu, Sk cakap dengan PI, Sk nak beli sarapan (tapau) tapi tempat yang Sk tuju tu tutup. Macam tak reti pulak nak beli sarapan di gerai lain. Sk patah balik ke rumah, ajak PI keluar sarapan aje. Lepas tu, PI telefon kontraktor TNB beritahu, pagar tak kunci, boleh datang tukar meter. Kami ke Bandar Baru Uda, bersarapan di Kedai Nasi Lemak Hussain, sederet dengan pejabat PI tapi blok lain.


Kedai NLH ni bukan baru. Mereka dah meniaga nasi lemak berpuluh tahun. Masa tu mereka meniaga di sebelah TNB Substation, Jalan Padi Satu. Tapi, Sk tak suka sangat sarapan dekat situ, ruangnya agak sempit, dalam kejiranan pulak. Jika bulan Ramadhan, mereka meniaga di tapak bazar Kompleks Uda. Sekarang dah ada kedai yang lebih selesa.


Tapi, tu la, masa sampai tu kena tunggu nasi lemak lagi empat minit. Nasi lemak yang dimasak awalnya dah habis, jadi kena tunggu yang baru masak. Sk pulak, geram tengok mee goreng dalam tray tu. Padahal dah duduk tunggu nasi lemak Tapi asyiklah teringat-ingat. Tak boleh tahan Sk pun bangun ceduk mee goreng dalam pinggan. Nampak mihun tinggal sesenduk,  Sk pun ceduk sekali, senang kita habiskan jer, hehe. Letak sambal la baru sedap. NLH ni sambalnya lain sikit, manis-manis dia tu bukan sahaja sebab letak gula tapi dari hirisan-hirisan bawang dalam sambal. Ialah, sekarang kan isu terpaling tak letak gula dalam sambal, kan.. hahahah.


PI yang kipas susah mati nasi lemak pun tak makan nasi lemak. Sk mulanya pelik, kenapa PI letak mihun goreng dalam mangkuk,  rupanya dia minta owner kedai tu tuangkan kuah sup. Letak telur rebus sebiji, perah limau kasturi, jadilah mihun kuah macam Mee Siam Singapore. 


Sampai rumah nampak kontraktor TNB tengah nak tukar meter rumah jiran kat blok bawah. Sampai rumah sendiri tengok meter dah siap tukar kepada digital. Kebaikan meter digital ni, ianya boleh pantau penggunaan elektrik kita. Bila-bila masa boleh check, jadi, agak-agak terpakai banyak tu, bolehlah dikurangkan. Entahlah, Sk ni memang tak memantau orangnya. Lagipun setakat ini bil elektrik rumah Sk tak pernah melebihi RM50 sebulan. Zaman jual kuih dulu pun paling-paling RM60+ kot. Ni tengoklah bil bulan depan berapa, bulan ni hari tu  dapat bil RM37 jer, harap bulan ni dia kekal la kurang dari patploh hinggit.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya Allah murahnya bil letrik rumah SK. Apa rahsia? Haha... Kami ratus² ye huhu
    Biasa org Utara letak kuah laksa atas mihun goreng, kalau kuah sup tu tak jumpa lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi...murahnya bil letrik..rumah SA RM2-3 Ratus sebulan

    ReplyDelete
  3. Apa rasa ye kalau sambal tak buh gula tu? Kitonyo dah biasa sambal mesti letak gula. Nak bagi seimbang rasa pedas manis tu. Murahnya bil letrik. Rumah Cie 100+ la setiap bulan. Maybe sebab banyak guna aircond 2 bilik sekali on malam.

    ReplyDelete
  4. uihhhhh apsal murah nau bil? bill ami paling sikit dalam 130 gitu. plg mahal takat ni 190 tu pun sebab kyra dok guna oven baking.

    ReplyDelete
  5. Saya masak sambal pun tak letak gula. Lebihkan bawang.
    Murahnya bil elektrik SK. Rumah saya, hampir 200 gak.

    ReplyDelete
  6. Cantil betul bunting Nasi Lemak tu....
    Tukar meter tu kena charge tak SK?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh...percuma jer ye...
      Mak kat kampung kena scam la kalau camtu...huhu...terbang RM500

      Delete
  7. selalu saya tgk kawan 2 ambil bihun dan mee, kadang kueteow dan nasi goreng dalam satu bekas.. saya tak boleh tekak tak berapa terima .. mesti kena ambik bekas asing2. murah nau bil letrik,, memang jimat la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!