TRAGEDI DI HARI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum WBT 


TIGA hari tak jengah blog. Tak ada mood. Setiap kali buka rasa nak muntah, haha.Macam cenoneng-cenoneng la gitu. Agaknya tak boleh tengok skrin telefon dengan tulisan yang banyak. Kalau buka pun sekejap-sekejap aje. Dua hari cuti sabtu dan ahad, banyak masa dihabiskan di luar. Semalam pula, langsung tak ke mana-mana. Waktu malam dihabiskan dengan menonton drama bersiri di netflix. Setelah beberapa minggu, kelmarin tamatlah sudah Sk menonton siri drama epik Korea, My Dearest. Sebelumnya, berminggu jugaklah layan drama The Tale of Lady Ok. Jalan cerita kedua-dua drama ni best tapi agak lembab dan meleweh-leweh, hahaha. Sejak semalam pula, Sk menonton drama bersiri genre thriller, The Price of Confession. Yang ni pulak agak berliku-liku dan penuh saspens.




Berbalik kepada tajuk, Tragedi di Hari Sabtu, pagi tu, kami ke UTM. Dah janji dengan Iman nak belikan blazer baharu untuk program dia di U hari ini. Lepas ambil Iman, kami singgah Petronas berdekatan untuk isi minyak. PI pulak mengada-ngada, nak minta Budi kitorang lalu Sk pun keluarkan kad pengenalan Sk, hulur dalam kereta sebelum PI keluar kereta. PI ambil sambil buka pintu. Macam selalu, kalau PI pinjam KP, Sk akan buka pintu Sk untuk ambil semula KP tapi dari side mirror Sk nampak PI tengah gelabah sambil raba-raba poket. Sekelip mata eh, KP Sk hilang tanpa bayang. Nak kata jatuh kat luar kereta tak ada, jatuh dalam kereta tak ada. Uncle pekerja petronas pun siap carikan dalam tong sampah semua dan di persekitaran, memang ghaib macam tu aje.  Ajaib dan mistik sungguhlah kejadian tu.




Ikutkan PI, masa tu jugak dia nak ajak buat KP baru  tapi Sk cakap kita pi sarapan dulu la. Iman pulak dah hilang mood nak cari baju. Memang spoil la ya, nak keluar suka-suka tiba-tiba jadi macam tu. Plannya nak sarapan kat Warung Bunda tak jadi la, kami ke Kopiloco di Taman Impian Emas jer.



Memikirkan nak kena buat report polis pulak kalau hilang KP, terus jadi gundah-gulana. Bukan boleh mohon terus dapat. Lepas tu, PI google-google, cari cara nak ganti KP hilang, boleh buat report melalui apps. 



Member yang hilang mood nak cari blazer masih ada selera makan, syukurrrr. Tapi tak habis, banyak sangat semangkuk besar Laksa Nyonya kot ni.



PI makan telur dengan roti bakar jer. Masih tak boleh brain macam mana kad pengenalan tu boleh hilang. Hurmmm... kapal terbang pun boleh hilang, kan. Masalahnya, hilang depan mata tu terus tak tinggalkan jejak dan belas kasihan kat kami yang tertonggeng-tonggeng mencari tu.



Sk makan Chili Pan Mee.



Agenda cari baju baharu untuk program U diteruskan. Kami ke Aeon Tebrau sebab Iman nak beli blazer di Butik Poplooks. Tu takpa, terbeli pulak baju kurung di Aeon konon untuk pakai raya kedua dan raya ketiga. Puasa pun belum dah beli baju raya kedua dan ketiga. Baju raya pertama nanti puasa baru cari, baru ada feel raya.



Dah lapar... PI ajak makan asam pedas ikan merah lagi di Restoran Asam Pedas Botak. Dia tak puas hati sebab tak tahu berapa harga makan hari tu, hehe. Macam biasalah, minta bahagian ekor, saiz kecil RM42.



Ikan Senangin goreng is wajib. Tapi terkejut tengok besar betul ikan dia. Ni dalam gambar nampak kecik. Tu takpa, sekor ni RM58 eh, kalah harga di Seafood Restoran, hihi.



Asam pedas ikan merah dan ikan senangin goreng.



Taugeh dia buang ekor dan kepala terus. Ni sepinggan RM15. Pesan telur dadar dan sotong goreng kering jugak.  Cuaca agak panas, berpeluh-peluh makan. Tu takpa, dua beranak tu minum air sampai dua gelas sorang, huhu. Resit nanti Sk tepek kemudian la ya. Sampai sekarang dok memikir mana KP Sk pergi??? Huhuhuhu.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. celah-celah seat kereta pun tak ada ye kak?mana plk perginya,geram nak tolong cari jgk ni

    ReplyDelete
  2. Kat mana agaknya terselit tu ye. Penting benda tu takut orang lain jumpa di salahgunakan

    ReplyDelete
  3. pelik juga ye, sekelip mata gitu je.. saya bimbang ghaib ke alam sebalik mata.. kut bunian ambil hihi.. saya gurau je. insyaAllah ada jumpa nanti tu

    ReplyDelete
  4. hrpnya jmpa la nanti..kot terselit2 celah2 seat tu...rare tgk taugeh dibuang ekor & kepala tu

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahuakbar. Takut terselit dalam kereta.

    ReplyDelete
  6. Eh, mana pula hilang KP tanpa kgavar berita. Moga dipertemukan kembali nyawa SK tu.
    Comel pulak tengok ikan senangin goreng tu SK.

    ReplyDelete
  7. Allahu Rabbi, benda nak jadi kan sekelip mata boleh hilang. Lepas report kena pula ke JPN semula buat IC baru, semoga di permudahkanNya buat SK , aamiin

    ReplyDelete
  8. mesti ada tu...sebab linda pun macam tu jugak...tapi sedar sebulan lepas tu...dah sedar, gelabah bewak la...cari2 tak jumpa..ambik masa bertenang pun, tak jumpa juga.. last2 buat baru.. kena la rm100.. kalau pertama kali hilang, tak payah report polis.. tapi kena denda lah rm100..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!