SARAPAN DI KLASIK KOPITIAM & TAPAU NASI KERABU LEMAK BAKAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum WBT 


BARU sahaja nak masuk bilik air pagi tadi, terdengar bunyi bising di luar. Rupa-rupanya awan kumulonimbus baru memuntahkan isinya. Kuat bunyinya menimpa atap aluminium rumah jiran di kiri kanan. Rumah Sk tak pasang atap aluminium, jadi pagi tadi, terpaksalah berpayung nak keluar buka pintu pagar. Syukur, sejuk Tanah Jauhar tapi lambatlah pulak sampai ke office. 

Yassalammmm...



Cerita Sabtu lepas, Sk tiga beranak merajinkan diri bersarapan di Klasik Kopitiam. Dia kira rajin sebab kalau nak ke sini, kena bersiap lawa sikit, lain kalau nak sarapan dekat kedai mamak, pakai ala kadar pun tak apa, hihihi.


Imanlah yang nak sangat ke sini sebab minggu sebelumnya Sk bersarapan di sini dengan Cik Ani. Aaa.. tu nanti kita cerita kat bawah.


Pukul 9 pagi dah sampai KK sebab risau nasi lemak bungkus habis. Iyerrr.. masa pergi dengan Cik Ani tu, nasi lemak tinggal sebungkus jer, padahal belum pukul 9 masa Cik Ani sampai tu.



Sk pesan Lontong, eh, terkejut staf hantar dua mangkuk. Rupanya, semangkuk lagi Iman punya. Iman kata, rindu Lontong KK tapi nasi lemak pun rindu jugak.



Lontong kat sini lengkap la macam lontong raya. Tengah-tengah makan teringat Lontong di Warung Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee. Hurmmm... Minggu depan nak sarapan kat sana pulak la, hahaha.


PI kata, perut dia tak berapa sedap lagi nak makan banyak. Dia makan roti bakar dengan telur separuh masak jer. Abaikan jer la jari-jemari PI yg termasuk dalam gambar ni yek.


Aaa.. ni pulak cerita masa sarapan dengan Cik Ani lepas cuti raya tuari. Cik Ani baru balik dari beraya di kampung mentua, ajak Cikwa dan Angah sekali tapi dua-dua orang tu tak datang ya. Sabar aje laaaa.


Tengok ni.. nasi lemak licinnnnnn.


Sk minum kopi o panas no sugar (kononnnn).


Makan lontong jugak masa ni. Kipas susah mati lontong, macam ni laaa, hahaha. Susah nak huraikan la kesedapan lontong ni. 



Adoiii.. kolop pulak tudung Jaika tu, tarik sikit Jaika.


Cik Ani makan lontong jugak. Kitorang adik beradik memang hantu lontong. Kalau raya tu, memang makan berulang dari pagi sampai malam silap-silap boleh membawa sampai ke hari esoknya, hehehehe.


Oh, masa nak ke Klasik Kopitiam hari sabtu tu, sajalah pusing-pusing dalam Taman Pulai Mutiara 2, nampak ramai orang beratur depan kedai tulis Nasi Kerabu. Lepas tu, ada pekerja tengah bakar ayam dan daging kat luar. Jadi, hari ahad tu, Sk dan Iman pun nak try la nasi kerabu kat sini. Dekat banner dia tulis waktu perniagaan bermula pukul 8 pagi, tapi masa kami sampai dah 8.30 pagi, shuttle door buka sebelah aje. Di luar kedai, dah ada beberapa orang duduk menunggu di meja. Sk jengah ke dalam kedai, ada jugak pelanggan menunggu di dalam, jadi, Sk tunggu kat dalam. Staf minta maaf sebab lambat sikit.. sikit lagi nak siap katanya.


Lagi 10 minit ke pukul 9, barulah mereka nak ceduk makanan. Terus kami yang menunggu ni beratur. Macam faham-faham la pulak siapa sampai kemudian tu beratur belakang, tak ada yang berebut-rebut.


Beratur dengan sabar sambil belek-belek menu dan harga.


Selain nasi kerabu, ada nasi Kak Wok dan nasi berlauk gulai masakan Pantai Timur. Ingatkan nak belikan PI nasi lemak tapi tak ada pulak menu nasi lemak.


Solok lada, telur masin dan keropok yang biasanya memang dah set dalam nasi kerabu tu semua menu add on ya. Tu tak pa, solok lada dan telur masin tu tak ada, hurmmm, apalah ertinya makan nasi kerabu tak ada solok lada dengan telur masin?? Macam tak berbaloi pulak menunggu tadi. Lepas tu, nak keropok kena beli lain sebungkus.


Sebab tak ada nasi lemak, kena singgah Thoufeeq beli roti canai kuah Kari kambing untuk PI, huhuhu.



Iman punya:

Nasi Kerabu Daging Bakar + Lemak Bakar


Sk : 

Nasi Kerabu Ayam Bakar + Lemak Bakar.

Dah buka bungkusan Sk pun cakap, lupa nak minta sambal lebih. Iman kata, kalau nak sambal lebih kena tambah seringgit. Oh, takpelah seringgit, ni tak berasa langsung pulak sambal. Tu takpa, masinlah pulak lauk-pauknya. Serunding masin, ayam masin, lemak bakar masin, aaa... penat jer beratur, ingat sedap sangat sampai orang beratur panjang, huhuhu.

Total termasuk segelas teh ais dan sebungkus keropok, RM45. Dahlah masin, mahal pulak tu, sabar aje laaaa.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bila byk yg masin spoil btul....tp kalo kena yg sedap nasi kerabu + lemak bakar mmg mantop

    ReplyDelete
  2. Alamak..masin plak ye...SA paling suka nasi kerabu kat Pantai, KL...lama x beli la...budak2 opis ni xde yang open order...

    ReplyDelete
  3. Lontong tu menggoda betul! 🤤 sayangnya lauk-pauk nasi kerabu tu masin pulak. Tak pernah lagi cuba lemak bakar sbb lemak dalam badan pun tak terbakar lagi ni 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!