SARAPAN DI WARUNG NASI LEMAK BERLAUK JAY DEE TEE @ PONTIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


GARA-GARA terpengaruh baca blog Blogger Azian Khalil yang juga dikenali sebagai MY semalam, pagi ni, Sk dan PI bersarapan di Nasi Lemak Berlauk Jay Dee Tee di Jalan Parit Mesjid, Pontian. Rumah Sk terletak di sempadan daerah Johor Bahru dan Pontian, jadi tak jauhlah sangat kalau nak ke Pontian ni, sama aje jarak dan masa perjalanan jika kami nak bersarapan di Ashoka Curry House.


Ada medan parkir di tepi warung. Boleh juga jika nak parkir di bahu jalan tapi parkir dalam ni lebih selamat. Ada titi besar dibina tepi warung.


Boleh tahan ramai pelanggan ya. Ni belakang-belakang pun ada pelanggan. Pilihan makanannya banyak, dari makanan tradisi Johor macam hari raya sehinggalah ke makanan yang simple seperti roti bakar dan telur separuh masak. Cuma tak ada roti canai kot, rasanya memang tak nampak orang makan dan orang menebar.


Pada mulanya PI nak pesan Mihun Soto tapi tak jadi sebab katanya guna isi ayam goreng. Jadi, PI pesanlah nasi lemak telur goreng. Lepas tu mengada pulak nak minta nasi separuh, hahaha. Tapi, dorang hantar nasi penuh mangkuk jugak. Habis licin sebab sedap, dari nasi sampailah ke sambal, betul-betul sedap.


Sama dengan MY, Sk makan Lontong. Lontong lengkap dengan sambal tumis, sambal kacang dan serunding kelapa. Kuah lodeh sederhana kecairannya dan banyak jenis sayur diletak dalam tu.


Hari tu, Sk baca MY cakap lontongnya sedap, tu yang Sk nak datang sarapan sini semata nak makan lontong. Dari pembacaan Sk di blog MY, Sk nampak MY ni agak cerewet jugak, sebab tu Sk percaya dengan review MY pasal lontong di sini. Memang sedap ya, kuah lodeh, sambal tumis, sambal kacang, serunding semua sedap. Inilah baru, lontong for life!


PI pesan Roti Jala jugak tapi kalau PI tak order ni, Sk akan order jugak sebab terliur tengok Roti Jala Sarah, anak MY. Roti Jala datang dengan semangkuk kecil kuah kari ayam (ada isi ayam sikit). 


Roti Jala sedap tapi kuah kari tu ada rasa macam terlebih bahan yang tak sepatutnya. Bila Sk amati, itu rasa bawang putih. Kuat betul rasa bawang putih tu, mungkin terlebih letak hari tu, hihi. Alhamdulillah, licin semua makan berdua. Total termasuk dua cawan teh o panas, RM23 sahajo. Murah, boleh datang selalu cuma tu la, tak larat nak hadap jammed kat Pekan Nanas, pagi-pagi dah sibuk.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uiii...juadah johor memang jarang mengecewakan....
    Tapi dalam banyak-banyak juadah johor ..saya rindukan bebotok ikan tenggiri busuk...😍
    Perit Mesjid..Parit Bilal .Rimba Terjun...Seri Bunian..Rambah..Serkat..tiber🤭

    ReplyDelete
  2. Sedap2 makanan yg dipesan tu. Jay Dee Tee untuk JDT...unik namanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!