MAKAN-MAKAN DI HARI JADI ILHAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 



SEHARI sebelum Aidiladha yang lepas, 26 Mei 2026, merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak saudara Sk, Ilham, yang ke 21. Tuan badan jemput datang makan-makan, nak buat bakar-bakar, katanya. Sampai Senai, tengok Ilham dan kawannya sedang bbq ayam, langkah kanannnn.


Selamat hari lahir, Ilham, anak saudara yang paling putih, mata pulak sepet macam cina. Ibu dulu kata, muka Ilham iras dengan nenek ayah (bapa ibu). Bonda doakan Ilham diberi kesihatan yang baik, panjang umur, success dan sejahtera sentiasa, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiiinnn.




Aksi sembelih kek di hari jadi. Terima kasih, Ilham, jemput kami makan-makan.


Ilham dan ibunya (Angah). Ilham dulu lahir ikut tingkap.


Ilham dan Indah (adik). Indah pun lahir ikut tingkap.


Ilham dan keluarganya


Keluarga Cik Ani dan Ilham.


Ilham dan rakan yang tolong bakar-bakar. Tak tanya pulak siapa namanya.


Ilham dan sepupunya, Iman., panggil Yaya la tapi.





Macam-macam gaya. Sempoi jer la masing-masing.


Ni kena bagi ucapan kot.


Makan ayam bakar dengan nasi putih dan sambal lada hijau. Sedap, lama tak makan macam gini.



Last but not least, Ilham, bonda, babah dan Yaya. Dalam family kami tak ada Pak Long, Pak Ngah, Pak Uda. Semua panggil nama bapak dan emak ikut nama keluarga. Contohnya, family Along, semua anak-anak saudara panggil papa dan mama, family Angah, panggil abah dan ibu, family Sk panggil babah dan bonda. Cuma Cik Ani dan Cikwa la, masih panggil cik. Lepas ni boleh praktis kot, panggil Che Li, ayah dan Cik Ani kita panggil mamak, hahahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!