ASSALAMUALAIKUM wbt
KEGEMARAN saya sekeluarga, berlumba-lumba makan siapa lambat dapat sikit, siapa laju dapat banyak, dialah yang untung, hehehehehe... kudap-kudapan selepas berbuka puasa.
Labels
aaron aziz
acar
aidilfitri
apa cerita
apam
asam pedas
award
ayam
bali
Bandung
Batam
bihun
bloglist
blueberry
bola
boycott
burger
cake in jar
cendawan
cerita bersiri
coklat
cream puff
cucur
daging
diabetes
doa
donut
durian
fear factor malaysia
fettucinne
GA
gulai kawah
gyoza
hari lahir
hidayah
ikan
jalan-jalan
Johor
kad
kaki
kambing
karaoke
kari
keju
kek
kek cawan
kenangan
kentang
kepala
ketam
kisah pelajarku
kucing
kuey teow
kuih melayu
kuih tradisi
laksa
lala
lawak
legoland
lembu
lemon
link best
macaron
makan
makanan laut
masakan barat
maulid
meatball
medan
mee
minuman
muffin
myChef
Mykad
nangka
nasi
no label
novel
nukilan untuk teman
ombre
oreo
panduan
pasta
pastri
pavlova
pencuci mulut
penne
petua
pie
pie maker
pisang
pizza
promo
pulut
racun
rainbow cake
ramadhan
red velvet
rendang
resepi adigun
resepi ibu
roselle
roti
roti jala
safee sali
saja
salam
sambal
sejarah
SeriKandi Cintaku
siput
soto
sotong
spaghetti
sup
swans cream puff
tagged
tapai
tart
tauhu
tayar
tazkirah
telur
tempahan
terbang
tetel
tinggi
tortilla
tudung
tulang
twisties
udang
ulangtahun perkahwinan
wang
wordless wednesday
yang popular
Yaya
zonan
Contributors
Friday, August 26, 2011
Tuesday, August 23, 2011
PUDING ROTI GULUNG BLUEBERRY BERSOS KASTARD
ASSALAMUALAIKUM wbt
PAGI-PAGI ni saya nak tayang Puding Roti Gulung Blueberry nih! Gara-gara terpikat dengan Puding Roti Gulung dari rumah Kak Ummi Kuantan tulah. Bagus betul idea Kak Ummi tau, ialah, selalu kita main carik-carik roti tu, kan. Kali ni kita sapu-sapu jem dan gulung dan hasilnya, wallaaaaaa... sekali hadap jer tau. Saya buat puding ni semasa buka puasa ramai-ramai bersama ibu dan adik-beradik (tak cukup korum sebenarnya masa tu). Dah lama juga buat puding ni, tapi masih lagi dalam bulan puasa, kiranya belum berlapuk lagi tau. Saya masih lagi gunakan resepi Puding Roti Sos Vanilla yang saya pernah buat dulu di sini tapi cedok idea Kak Ummi menggulung roti tu selepas disapu jem. Terima kasih, Kak Ummi atas idea yang bernas ini. Tak sempat nak cerita panjang, jom semak resepinya ya... :-)
Puding Roti Gulung Blueberry Bersos Kastard (panjangnya tajukkkkk)
Sumber : Alam Sari
Idea : Kak Ummi Kuantan
Bahan-bahan ( 1 happy family )
* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* jem blueberry secukupnya
* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)
* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula
* parutan keju (optional)
Cara-cara
1. Sapukan setiap kepingan roti dengan jem blueberry, gulungkan dan susun dalam loyang. Tuangkan susu dalam loyang dan rendam selama setengah jam. (Saya rendam sekejap jer sambil sediakan bahan B)
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam. Jirus-jirus sedikit supaya agak sebati.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.
Mabeles tau!!!
Siapa nak tengok resepi Puding Roti Gulung Kak Ummi boleh tengok di sini.

Labels:
pencuci mulut
Monday, August 22, 2011
OH LA LA! PAVLOVA
ASSALAMUALAIKUM wbt
URMMMM, tak ingat datang dari mana putih telur semangkuk kecil tu tapi rasanya seperti dah berminggu-minggu bertapa dalam peti ais. Teringat saranan seorang teman yang menyarankan agar saya mencuba membuat pavlova. Oh! Sahabatku ini memang suka sekali mencadangkan ku pelbagai pengencis mulut, Nazihah namanya. Makcik putih melepak dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang banyak memberikan saya idea termasuklah sebelum ini ketika kegilaan membuat macaron. Rajin sekali beliau memberikan link-link tertentu bagi menghasilkan macaron yang perfect.. hehehe.. Tapi dik, dalam resepi tu bagitahu berapa butir putih telur nak kena godek. Akak ni tatawlah berapa biji putih telur ada dalam mangkuk tu. Dan apabila entri Kak Jun di Cupcakekasih yang manis tentang pavlova ini, maka keterujaan saya pun menjadi terlampau, hahahaha. Putih telur yang tidak terusik itu, saya timbang. Sepatah kata Kak Jun, nak buat telur dadar pun tak laku. Urmmm, nak buang sayang, kita putarrrrrrrrr!!
Alamak! Kurang 10gm lah pulak. Takper, belasah, haha. Dan saya kurangkan 10gm sukatan gulanya. Tapi, sedih betul, sebab saya memang tiada stok buah-buah masam. Yang ada buahan cocktail dalam tin. Takper, tibai. Tapi rupanya buahan tropica. Saya salah baca ke? Urmmmm..
Pertama kali menikmati kemanisan pavlova, saya agak terkejut kerana rasanya yang manis tetapi kegebuannya memikat. Rangup di luar, gebu di dalam. Mujurlah whipping krim tu diputar tanpa gula. Ditambah cocktail yang manis, aduh! Bisa kena diabetis ni, hehe. Tapi bila dah malam-malam, pavlova yang baru keluar dari peti ais itu begitu enak rasanya. Adoi! Tak boleh tahan, licinnnnnnnn... huhuhu. Kena mengulang lagi rasanya, cari buah-buah masam untuk mengimbangi kemanisannya. Aduh! Kecurlah pulak, hahaha. Dah, jom tengok resepi. Kak Jun, minta izin C&P di sini ya, :-)
Pavlova
Sumber: Kak Jun Cupcakekasih
Bahan-bahannya
4 biji putih telur (120 g)
1 cawan gula kastor (200 g)
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp cuka makan
1/2 tbs tepung jagung
(tsp = teaspoon)
(tbs = sudu makan)
Hiasan
Dicadangkan:
1 kaleng (tin) pic
1/2 cawan strawberry (kaleng bersirap)
1 cawan heavy whipping cream (putar gebu)
Cara membuatnya
1. Panaskan oven 130 darjah selsius, dan letak rak di bahagian tengah.
2. Oles mentega sedikit sahaja pada loyang bakar (loyang biskut) dan lapik dengan kertas.
3. Sebelum itu, lukis bentuk bulatan 9" in diameter sebagai panduan untuk menuang adunan nanti. Terbalikkan kertas itu ketika melapik loyang supaya bahagian berlukis tidak mengenai adunan.
4. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul dengan kelajuan sederhana sehingga menjadi buih (busa) yang gebu dan stabil serta hujungnya nampak tajam macam duri durian.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit sampai habis dan baru ubah kelajuan kepada maksimum.
6. Putih telur akan semakin menggebu selepas 4, 5 minit. Masukkan esen vanilla, cuka dan tepung jagung.
8. Bakar antara 60 - 75 minit, sehingga lapisan luar meringue menjadi keras rangup (dalamnya gebu lembut).
9. Matikan oven dan buka sedikit pintu oven. Setelah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.
10. Bila nak hidang baru disapu fresh cream (whipping cream) dan hias dengan buah-buahan dan sirap yang disukai.
Selamat Mencuba :D
Labels:
pencuci mulut
Thursday, August 18, 2011
BERES SUDAH!
ASSALAMUALAIKUM wbt
LEGA campur berdebar... itulah perasaan saya tika dan saat ini. Agaknya beginilah perasaan pelatih-pelatih yang nak bertemu dengan saya bagi menyerahkan portfolio mereka untuk dinilai dan hari ini saya pula ada sesi pertemuan terakhir dengan Pegawai Penilai saya selepas dua sesi sebelum ini bagi menilai Portfolio Pentauliahan Pencapaian Terdahulu bagi membuktikan pencapaian saya sebelum ini.
Fuh kiri! Fuh kanan! Harap-harap portfolio ini lepas agar saya dapat melapangkan otak untuk sesi menyiapkan tempahan blueberry cheese tart dari pelanggan-pelanggan baru atau pelanggan yang masih setia dengan saya, hik hik. Di samping tu, di dalam batu jemala saya ni memang tak henti verangan kukis-kukis yang masuk buku untuk dibawa ke rumah ibu dan mak pada lebaran nanti. Yang paling saya mengidam sekali adalah sekut-sekut dari rumah Kak Ita masam manis... siang-malam terbayang, sampai terngigau-ngigau. Ibarat makan tak kenyang, mandi tak basah tau, hahaha.. itulah penangan blog Masam Manis sekarang.. meriahhhhhhhh!!
Paling manis kali ini apabila Kak Jun dari blog Cupcakekasih sudi mengabadikan entri buat saya. Aduh! Rupanya kalau jadi menantu orang Melaka, memang pandai bermadah seloka. Saya yang berjiran dengan negeri bersejarah ini sedikit-sedikit dapat juga tempiasnya. Tapi sepatah kata Kak Jun, kalau fikiran tengah lapang, memang banyaklah idea tapi kalu tengah sempit, nak bersin pun tak sempat... betul.. betul.. betullll!!!
Labels:
apa cerita
Thursday, August 11, 2011
KELEBIHAN KUIH KITA
ASSALAMUALAIKUM wbt
http://farizkongz.blogspot.com/2010/07/lompat-tikam.html
Ni pulak kuih yang paling seksi... puteri mandi namanya... hihi...
http://daridapurmaklang.blogspot.com/2007/08/puteri-mandi.html
Ni kuih palinggg... eh.. tak mo sebutlah... kuih tahi itik.. hehe
http://citarasawan.blogspot.com/2010/10/kuih-tahi-itik.html
Ni kuih yang bajet dia cute... senyumlah.. senyumlah.. ahai cek mek molek... (sila nyanyi & bergelek cam M Daud Kilau ya.. hihi)
http://cikepel.blogspot.com/2009/04/kuih-cek-mek-molek.html
Kalau korang nak awet muda.. haaaaa... makanlah kuih ni banyak-banyak.. Kuih Seri Muka.. hihi
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/08/kuih-seri-muka-daun-pandan-ori.html
Yang ni pulak, kuih paling alim... sentiasa pakai ketayap... hahahahahaha.. (Ceh! Tak patut betul CMG bagi nama Kuih Gulung Teruna Malang ek... huhu)
http://www.tiffinbiru.com/2011/03/kueh-gulungteruna-malang.html
Yang ni segan sikit nak sebut, korang sebutlah sendiri... Adik saya kata kuih penyakit lelaki kronik.. kah kah kah...
http://www.diyanazman.com/2007/03/01/food-kuih-batang-buruk-recipe/
Ini kuih suka pukul... Sekali aku lompang kang ha! Berdarah idung... huhu...
http://www.zumurphy.com/2008/03/kuih-lompang.html
Last sekali.. kuih dalam zoo... Badak Berendam... moh berendam panas-panas ni, syiokkkkkkk!! Hik hik!
http://aurikel-kitchen.blogspot.com/2009/10/badak-berendam.html
Tambahan atas permintaan Cik Embun.. huhu.. kuih pandai joget dangdut... hehehe... Goyang Inul lagi tau! hahaha...
http://www.zumurphy.com/2008/02/kuih-goyang.html
Nota: Sekalung penghargaan untuk semua blog yang telah saya ambil gambarnya sama ada dengan izin atau tidak. Sesiapa yang berminat nakkan resepi kuih-kuih di atas, maklumlah bulan-bulan puasa nikan, silalah klik gambar atau link yang dicoretkan.
DALAM kesibukan hari ini, (betul punya sibuk) dah petang baru sempat nak jenguk fb dan saya hampir tergelak dengan status Cik Embun, adik saya yang comel ni. Ingatkan buah durian jer digelar Raja Buah, kuih-muih pun ada jugak tau anugerah, hahahaha... Layanzzzzzzz....
Haaaaa.. yang ni kuih paling gangster sekali.. sekali dia lompat terus tikam, tak kiralah, tikam depan, tikam belakang, nasib koranglah kalau kena.. hahaha...
Haaaaa.. yang ni kuih paling gangster sekali.. sekali dia lompat terus tikam, tak kiralah, tikam depan, tikam belakang, nasib koranglah kalau kena.. hahaha...
http://farizkongz.blogspot.com/2010/07/lompat-tikam.html
Ni pulak kuih yang paling seksi... puteri mandi namanya... hihi...
http://daridapurmaklang.blogspot.com/2007/08/puteri-mandi.html
Ni kuih palinggg... eh.. tak mo sebutlah... kuih tahi itik.. hehe
http://citarasawan.blogspot.com/2010/10/kuih-tahi-itik.html
Ni kuih yang bajet dia cute... senyumlah.. senyumlah.. ahai cek mek molek... (sila nyanyi & bergelek cam M Daud Kilau ya.. hihi)
Kalau korang nak awet muda.. haaaaa... makanlah kuih ni banyak-banyak.. Kuih Seri Muka.. hihi
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/08/kuih-seri-muka-daun-pandan-ori.html
Yang ni pulak, kuih paling alim... sentiasa pakai ketayap... hahahahahaha.. (Ceh! Tak patut betul CMG bagi nama Kuih Gulung Teruna Malang ek... huhu)
http://www.tiffinbiru.com/2011/03/kueh-gulungteruna-malang.html
Yang ni segan sikit nak sebut, korang sebutlah sendiri... Adik saya kata kuih penyakit lelaki kronik.. kah kah kah...
http://www.diyanazman.com/2007/03/01/food-kuih-batang-buruk-recipe/
Ini kuih suka pukul... Sekali aku lompang kang ha! Berdarah idung... huhu...
Last sekali.. kuih dalam zoo... Badak Berendam... moh berendam panas-panas ni, syiokkkkkkk!! Hik hik!
Tambahan atas permintaan Cik Embun.. huhu.. kuih pandai joget dangdut... hehehe... Goyang Inul lagi tau! hahaha...
http://www.zumurphy.com/2008/02/kuih-goyang.html
Apa lagi ek! Haaaaa... fikirlah sendiri.. hihi. Komen-komenlah kalau ada idea ya.. hihi..
Nota: Sekalung penghargaan untuk semua blog yang telah saya ambil gambarnya sama ada dengan izin atau tidak. Sesiapa yang berminat nakkan resepi kuih-kuih di atas, maklumlah bulan-bulan puasa nikan, silalah klik gambar atau link yang dicoretkan.
Labels:
kuih melayu
Wednesday, August 10, 2011
JAWAPAN TEKA GAMBAR
ASSALAMUALAIKUM wbt
SETELAH dua tiga kali tak berkata-kata di hari Rabu, dan dua tiga kali juga tak muncul di hari Rabu, hari ini saya memunculkan diri dengan gambar dan kata-kata sekali, hehehehe. Ini adalah bagi menjawab teka-teki di mukabuku semalam.
APAKAH???
Tidak pasti sama ada ini yang pertama di Johor Bahru tetapi rasanya saya memang tak pernah bertemu lagi sayur kailan diperlakukan sebegini. Sebaik sahaja pelayan restoran meletakkan pinggan di atas meja, saya agak ternganga.. urmmm, bunga rampaikah? Tapi.. kenapa ada sudu. Rupa-rupanya sayur kailan yang dihiris halus dan digoreng garing dinamakan 'Crispy Kailan'. Rasanya?? Fantastic & Bombastic! Hehehehe.. Apa kata anda cuba sendiri dengan mengunjungi Restoran Permata Senibong yang terletak di Pusat Makanan Laut Senibong. Gerainya yang nombor 8 ya... sila-sila. Banyak lagi hidangan menarik dan lain dari yang lain di sini. Nanti akan saya kongsikan kemudian ya.
Wassalam.

Tuesday, August 9, 2011
SALAH SANGKA
ASSALAMUALAIKUM wbt
MENGAPAKAH???
MANUSIA hari ini suka bersangka-sangka?
Ada sangkaan baik..
Tapi lebih banyak sangkaan buruk.. urmmm..
Orang BERIBADAH disangka RIAK..
Orang berKERETA BARU disangka menunjuk... isk.. isk.. isk..
Orang berKERETA BURUK disangka ZUHUD.. Astaghfirullah..
Orang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP.. adeh!
Orang MAKAN SIKIT disangka DIET.. hehehe
Orang BAIK disangka BURUK..
Orang BURUK disangka BAIK...
Orang SENYUM disangka MENGEJEK..
Orang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT..
Orang DIAM disangka MENYENDIRI..
Orang NAMPAK CERIA disangka PAKAI SUSUK..
MANA TAHU...
Yang DIAM itu BERZIKIR kepada Allah..
Yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH..
Yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA..
Yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI dan MINDANYA..
Yang CERIA itu kerana CERGAS CERDASNYA
Kata-kata Nasihat Dari:
Hajah Nor Ezah Haji Mohammad
Jabatan Pelajaran Johor

Thursday, August 4, 2011
RUMAH BARU
ASSALAMUALAIKUM wbt
SAYA dalam proses mengubahsuai rumah, maklumlah nak raya, hehehehe... Terima kasih kepada yang masih sudi berkunjung ke rumah saya yang bersawang dan macam kapal nak karam ni (belum karam lagi ya). Buat masa ini saya masih mencari perabut baru dan juadah baru untuk dihidangkan kepada tetamu.. huhu. Tak adil rasanya jika saya hanya membuat entri tanpa berkunjung ke blog kawan-kawan, macam berat sebelah rasanya. Saya mengaku, saya dilanda penyakit malas..(tak yah guna huruf M memang mengaku malas.. hehe). Akhir kata, di bulan seribu rahmat ini saya hulurkan salam kemaafan sekiranya terdapat kata-kata yang menyinggung hati dan jiwa raga selama kita di alam maya. Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Wassalam..

Subscribe to:
Posts (Atom)