MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, September 27, 2013

MAKAN 'SEAFOOD' BAH!

ASSALAMUALAIKUM...


TIDAK SAH ke Kota Kinabalu kalau tidak menikmati keenakan masakan lautnya. Disebabkan SK tinggal di tengah bandaraya KK maka tidak sukar untuk mendapatkan makanan laut yang segar dan siap dimasak. Kalau ikutkan boleh jer nak berjalan kaki tapi disebabkan tak larat ke kawasan medan selera (Pasar Malam KK) tu tapi SK paksakan juga ER bawa kereta.. (kami sewa kereta sepanjang di KK). SK dah rasa dah jalan kaki dari hotel sampai Pasar Filipina tu masa hari pertama sampai.. serik.. tolong jangan buat lagi ya pakcik, huhu.


Bagi SK, masakan yang terbaekkkkkkkkk hari tu tentulah Encik Lobster yang kacak lawa dan gagah ini. Dimasak goreng butter cair, pehhhhh!! Sampai menjilat jari. SK cakap dengan ER, SK nak minta resepi dengan Pak Mat tukang masak tu (nama kedai tu 'Pak Mat Ikan Bakar' tak silap).. jadik kita anggaplah nama pakcik tu Pak Mat kan... ER kata, mahunyaaaaa dia nak bagi... takpalah, kita 'try'lah.. jawab SK ;-)

Bila Pak Mat duduk di meja sebelah SK, SK pun senyum dekat Pak Mat...

"Pakcik, lobster ni sedap!" Sambil angkat ibu jari hala ke muka Pak Mat. Isteri (kot) Pak Mat yang duduk di depannya senyum.

"Oh, masak butter tu.. sedap ke??" tanya Pak Mat.

"Sedap sangat! Tak pernah lagi saya jumpa yang masak sedap macam ni," Ikhlas cakap ni....

"Tu letak susu dengan butter, letak daun kari sikit," haaa... tu diaaaa... dah bagi dahhhh resepi.. tinggal sukatan jer..

Macam tahu-tahu jer.. isteri Pak Mat pulak menyambung... "Susu tu pakai dalam setengah tin jugak tu..." SK angguk-angguk... oooo... "banyak jugak ek.. butter??"

"Butter satu senduklah macam tu," Jawab isteri Pak Mat. Bagus kan Pak Mat dan isterinya ni. Memang berbaloi makan di kedai Pak Mat ni. Bukan sahaja berpatutan tapi sudi pula berkongsi resepi. Sotong Goreng Tepung Pak Mat juga sangat sedap tau... SK kalau makan dekat mana-manapun mesti nak jugak sotong tepung ni.. dan ini antara sotong tepung yang terbaik pernah SK makan tambah lagi sotongnya yang segar dan tebal tu. Rangup dan tidak liat, eiii.. teringat-ingatlah pulak.. huhu.

Satu lagi masakan yang kami tempah dari gerai Pak Mat ialah udang ketak ni. Sebenarnya SK memang cukup geli dengan udang ni tapi entah kenapa di KK ni berani pulak SK mencuba. Mungkin sebab teruja sebab saiznya yang besar tu. Kalau di JB ni udang ketak atau udang lipan ni kecil-kecil sampai nampak macam lipan. Tu yang dua kali seram nak makan, hohoho. Udang ketak ni kami minta masak sambal. Pehhhh!!Memang habislah diet kami.. sedap dan terbaekkklahh!

SK cadangkan siapa yang datang KK supaya datang makan di gerai Pak Mat ni. Medan selera ni terletak di sebelah pasar besar KK, berdepan dengan KK Plaza dan Wisma Merdeka. Ada patung ikan todak yang besar kat tengah-tengah bulatan jalanraya.. orang puteh sebut 'round about' berhampiran tu.. memang betullah tempatnya dan anda boleh tengok banyak khemah medan selera di situ. Gerai Pak Mat ni kedudukannya agak di tengah ya, cari jangan tak cari. Tapi kalau tak sedap mungkin hari tu Pak Mat 'bad mood' kot, jadi jangan salahkan SK ya.. :-))))))

8 comments:

  1. Kakak tengok lobster tu yg meleleh macam butter dia juga yg cair meleleh - geram aje tengok!

    ReplyDelete
  2. em..betul tu kak kalau pegi kk mesti makan seafood yang segar2..sedap dan harga pun murah..saya pun memang suka makan di pasar malam kk tu..terbaek..

    ReplyDelete
  3. Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....................sedapnya rasa nak pergi KK makan ni.........tapi jauh betoilah...Hehehehe

    ReplyDelete
  4. Isk isk isk sedap nyer SK rasa nk terbang terus pi sabah biler tgk menu2 kat atas nie hehehehe :D..

    ReplyDelete
  5. ye laaa...sekali sekala datang mmg korang nak mkn. cuba tinggal sini....kolestrol berumahtangga dlm bdn tau...haha....nanti datang lagi. cari tiket murah time cuti sekolah pulak. ni datang orang kerja...hehe...

    ReplyDelete
  6. duhh.. sedapnyer dpt mkn lobster! akak tak pernah mkn lagi lobster tu... haishh.. tak mampu kot.. masak udang pun setahun 2, 3 kali je inikan pulak nak mkn lobster.. kekeke...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...