M&S - DARI SANTAN KE MAKANAN KEGEMARAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

Assalamualaikum WBT


DI USIA macam Sk ni, tentu ramai yang emak mereka bergelar surirumah, kan. Tapi, bagi Sk lain. Selepas berbelas tahun bergelar surirumah, ibu Sk kembali bekerja semasa Sk berada di Tingkatan Satu. Walaupun ibu bekerja, ibu masih menyediakan makanan untuk kami dan ibu Sk ni jenis yang rajin memasak dan mencuba pelbagai resipi yang diambil dari suratkhabar dan majalah. Kebanyakan masakan ibu pulak banyak menggunakan santan dan ibu memilih menggunakan santan kotak dan santan pilihan ibu adalah dari jenama M&S.


Setiap kali belanja barang dapur, memang wajib eh beli santan M&S ni sampai berkotak-kotak. Biasa ibu memang beli sedozen terus.

Daripada "cukup" kepada "lebih"! 

Senang nak masak, potong jer terus bucu kotak tu, boleh tuang terus dalam periuk. Tak perlu lagi ke kedai beli parut kelapa dan nak kena memerah kelapa pulak sebelum memasak tu, hihi. 


M&S santan ni, bukan sahaja bahan yang biasa di dapur kami, kini diberi sentuhan yang lebih segar dan bersahaja. Nak masak nasi lemak pun senang. Dah siap cuci beras, cuma tinggal potong bucu kotak santan kotak jenama M&S dan tuang terus dalam periuk, tambah air dan garam.  Masukkan hirisan bawang dan halia, hidupkan periuk nasi dan biar hingga nasi masak. Ni masa ia mendidih, menerawang bau lemak santan M&S satu dapur tau, hihihi.



Ada yang suka makan kuih lapis macam ni, cuba buat guna santan kotak jenama M&S. 

Resipi Kuih Lapis

2 cwn tepung beras
½ cwn tepung gandum
½ cwn tepung jagung
1 cwn santan kotak jenama M&S
3 cwn air
1 cwn gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 sudu kecil pewarna merah

Cara-cara:


1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, dan garam. Kacau sebati kesemua bahan.

2. Masak gula dan air bersama daun pandan yang disimpul.


3. Tuang campuran santan kotak jenama M&S dengan air  ke dalam air gula pandan dan kacau sebati.


4. Masukkan adunan santan dan air gula ke dalam adunan tepung sedikit demi sedikit. Kacau perlahan sehingga larut sekata.

5. Sesudah kacau sekata, tapis adunan tepung dan bahagikan adunan pada dua bahagian.

6. Masukkan satu adunan dengan pewarna merah atau pati sirap dan satu lagi warna asal.

7. Tuang satu senduk atau secukupnya adunan putih ke dalam loyang dan kukus selama 5 - 7 minit. Ulang adunan berikutnya berselang-seli mengikut warna selama 5-7 minit. Lapisan terakhir kukus selama 10 minit. 

Dah sejuk bolehlah potong kuih lapis kita yang lemak manis menggunakan santan kotak jenama M&S.


Dari Ipoh, M&S Food membawa identiti tempatan ke dalam perbualan tentang santan dan masakan Malaysia.

Alamak, macam mana ini. Resepi kata cukup. Selera kita kata lebih. 

Satu ayat ringkas di papan iklan yang mencuri perhatian dan mengundang senyuman.

Dalam soal hidangan kegemaran kita, “cukup” hanyalah permulaan.

M&S Food menghidupkan idea “cukup kepada lebih” menerusi kempen papan iklan digital yang bersahaja.

Kreatif ini meraikan aroma, tekstur berkrim dan rasa yang dibawa santan kepada hidangan kegemaran kita.


Diinspirasikan oleh gaya Kara yang bersahaja dan berseloroh, kreatif ini memberikan sentuhan baharu yang dekat dengan kehidupan seharian kepada perbualan tentang santan. Berpangkalan di Ipoh, M&S Food membawa perspektif tempatan yang membanggakan ke dalam perbualan tentang santan.


Guna santan, guna M&S!!

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!