MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, December 3, 2013

RESEPI KEK RED VELVET YANG WALLAAA BERSAMA SALJU DAN CHEESE MELELEH WALLAWEIII...

ASSALAMUALAIKUM...


FUHHHHH!! Punyalah panjang tajuk dan resepi tu kan.. hihihi. Sebenarnya SK ni bukanlah peminat kek red velvet (RV)  tapi disebabkan baru-baru ni ada seorang kawan SK yang mintak supaya SK buatkan RV untuk hari lahir anaknya, maka SK teruslah menggoogle 'resepi kek red velvet yang sedap' dan SK telah bertemu jodoh dengan blog ini. Walaupun resepinya bukanlah satu resepi RV yang mudah dan ada beberapa langkah tapi bagi SK apa salahnya mencuba lebih-lebih lagi puan blog ini, Dzu Liza memberitahu bahawa ini adalah antara kek RV yang sedap beliau pernah rasa. SK juga tertarik dengan cara penyediaan RV ni yang agak unik terutama di langkah yang akhir tu. Dan, bila kek tu dah masak dan SK membelah bahagian tengahnya, SK dapati struktur keknya amatlah gebus gebas. Wallaweiiiiiiiii.. takkan nak tengok saja orang punya kek, kan.. maka jomlah kita buat untuk diri sendiri pulak.. hihihi..


Dan benarlah apa yang dikatakan oleh Dzu Liza. Resepi ini bukan sahaja menghasilkan RV yang gebu tetapi juga sangat sedap lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan cream cheese dan parutan cheddar tu. Dan.. daripada seorang yang bukan peminat RV rasanya SK dah jadi peminat pulak ni... macammana ni. Makin mantaplah lemak-lemak kat badan SK ni nampaknya, huhuhu...

Resepi Kek Red Velvet Yang Sedap (dan gebus gebas!!)
Sumber : Dzu Liza dan PurpleUngu

Bahan A - Satukan dalam satu bekas dan ketepikan
240 ml susu cair/susu sejat
2 sudu teh cuka
4 sudu teh pewarna merah

Bahan B - Ayak semua bahan
250gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder

Bahan C
150 gm mentega (lembutkan)
280 gm gula castor (SK letak 250 gm sahaja)
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur gred C (SK guna gred B)

Bahan D
2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
  1. Panaskan oven lebih kurang 15 minit pada suhu 160C
  2. Pukul mentega, gula castor dan esen vanilla hingga kembang
  3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang
  4. Masukan Bahan A dan Bahan B secara berselang seli. Pukul hingga sebati semua bahan.
  5. Dalam bekas lain masukkan Bahan D dan tunggu bunyi berdesing hilang ( dalam 1 saat) dan masukan Bahan D ni ke dalam adunan tadi dan pukul hingga sebati.
  6. Masukan adunan tadi dalam loyang yang telah dileser dengan mentega. SK guna loyang 8"
  7. Bakar dalam suhu 160C. Guna api atas bawah dalam 3o minit atau sehingga kek masak. SK bakar 50 minit.
Untuk krimnya SK buat adunan krim cheese meleleh dan parutkan cheddar cheese di atasnya.. memang wallaweiii sungguhlaaaaaaaa.. hahaha.

Krim Meleleh : Putar sehingga kembang dan licin
250 gm cream cheese
1 tin susu pekat

  1. Kek yang telah masak tadi, sejukkan dahulu kemudian di belah bahagian tengahnya berhati-hati.
  2. Tuangkan separuh krim di bahagian tengah dan lapikkan dengan sebahagian kek lagi.
  3. Tuangkan sehingga habis semua krim
Keju Cheddar : Parutkan di atas krim tadi. Lagi banyak lagi mantap!!!

20 comments:

  1. Akak....walau apa pun...akak memang rajin dan 'telaten'. RV dengan cheese meleleh tu sangat menggoda. Aduhaii.. dah lah puasa hari nie... Dogaan...

    ReplyDelete
  2. aduh kek pojaan ku red valvet...menggoda sungguh...

    ReplyDelete
  3. aduhai.. terliur sungguh tgk ni kak !

    ReplyDelete
  4. Mmg gndigan yg mantapp.akk suka rvc n cis ..dapnyee

    ReplyDelete
  5. Slm ..klo nk bt yg red velvet juz bubuh pwarna merah ke?

    ReplyDelete
  6. fuuhh nampak pun dah tau memang sedap meleleh kek ni....

    ReplyDelete
  7. Yeess! dah cuba resepi ini berjaya memang meleleh...
    sedap memang gebus gebas
    sesiapa pun boleh cuba ..berbaloi...

    ReplyDelete
  8. Salam singgah sini...cantek kaler redvelvet tu...mmg mantap dgn gandingan cheese meleleh tu kan...nk try gak..sy copy resepi ye..:-)

    ReplyDelete
  9. Salam sis, meleleh btl la.. sis, bole tk kita ganti kan cuka dgn lemon? Trima kasih.

    ReplyDelete
  10. Kak sari, saya dah buat kek nie guna resepi akak, tapi saya ganti cuka dgn lemon sbb cuka xder kat rumah saya. Tapi kak bila saya buat cream cheese meleleh tuh ikut resepi akak, rasanya mak aiiii manis sesungguh, rasa susu jer..saya pulak x terpikir nak letak separuh susu tuh just tuangjer satu tin. Saya nak tanya, mmg rasa cream cheese tuh manis gile ker kalau kita buat satu tin susu pekat sampai x rasa kejunya atau adakah saya yg salah buat??

    ReplyDelete
  11. Mntop la...nk try jgk t..mn tau blh jual,laku..huhu

    ReplyDelete
  12. assalam kak, resepi ni kalau kukus boleh ke?

    ReplyDelete
  13. salam kak..mintak izin ya resipinya,tq,,,suke sgt kek red velvet nie=)

    ReplyDelete
  14. Nak try krim meleleh akak nie , mcm sedap jerr . Huhuhu . Nak mkn d pagi raya haji esok ♡

    ReplyDelete
  15. tengok je dah nak meleleh air liur, kene cuba ni..

    ReplyDelete
  16. Salam sis...sy da try buat gune resepi sis..mmg menjadi..ehehehe..adik2 n insan trsyg ckp mmg sdap..n dorg suruh sy repeat buat lgi..huhuhuh..tp sy uat lapisan cheese cmpur coklat tok lgi satu acuan laen..mmg best..thanks sis ats resepi ini..

    ReplyDelete
  17. Salam sis...sy da try buat gune resepi sis..mmg menjadi..ehehehe..adik2 n insan trsyg ckp mmg sdap..n dorg suruh sy repeat buat lgi..huhuhuh..tp sy uat lapisan cheese cmpur coklat tok lgi satu acuan laen..mmg best..thanks sis ats resepi ini..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

INAYAH - AKU MAHU PULANG

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Akhirnya, Telemovie INAYAH akan ditayangkan di Astro Citra pada hari Ahad,  22 Oktober 2017 jam 10 ma...