Assalamualaikum WBT
BUNTU dah tak tahu nak makan kat mana agaknya, 18 Jun lepas, kami makan di kedai tomyam yang terletak di Taman Pulai Mutiara 2, sahaja. Sebelumnya, kami ke Jaya Grocer beli bahan side dish untuk masak Lamb Rack.
Pesan tomyam, sup ekor, udang pedas, baby kailan dan sotong goreng tepung.
Sotong goreng tepung dia rupa macam jemput-jemput.
Baby Kailan
Oh, ada Ayam Padprik jugak.
Tomyam Seafood
Sup ekor
Eh, ada Kerabu Mangga jugak
Udang Pedas atau Udang Sambal.
Masakan sedap macam biasa di Restoran masakan Thailand. Tak tawar, tak masin, tak manis, pendek kata, tak mengecewakan la. Harga pun tak mahal jadi kalau tak sedap sangat, tak la maraaaa.. hahahah.
Sehari sebelumnya, kami makan di Warung Pak Mus Kitchen. Iman nak makan Sup Kambing, tapi mereka kata, sup kambing ada tulang lutut ni jer. Dekat Johor, tulang lutut ni dipanggil gearbox kambing. Daging kambing mudah relai dari tulang, tak perlu nak hogah beriya 😆.
Sk makan Mee Bandung. Dalam Mee ada udang dan daging juga dengan telur kuning yang menggedik. Bagi Sk, Mee Bandung kat sini antara yang sedap di JB ni.
PI makan Mihun Sup. Sebelum tu dia makan roti telur, dah kekenyangan jadinya nak menghabiskan mihun sup ni. Sk dapat tolong sikit jer la sebab mee Sk pun banyak jugak tu nak habiskan, hehehe.
Ada pesan sate daging jugak. Sk suruh Iman order 10 cucuk aje, dia ordernya 15.
Nak tumpang bangga.. Iman kata, ada threaders sebut nama bonda dekat thread. Sk baca, touching ya, sebab saing-saing disebut dengan nama blogger-blogger ternama seperti Che Mat Gebu, Kak Azlita Masam Manis dan Pn Azie dari Azie Kitchen. Terharuuuu....















boleh tahan sedap menu.. lebih2 lagi paprik tu.. hehe
ReplyDeleteWah, tumpang bangga baca part nama SK kena sebut dekat Threads! Memang selayaknyalah, sebaris dengan blogger otai lain. Sentiasa suka baca review jujur dan santai dekat blog ni. Tahniah SK!
ReplyDeleteBila gigit sotong tu rasa tepung Kak? kembong betul ekkk
ReplyDeleteSate juga yang nampak menyelerakan kikiki..
Kak blogger otai berbisa..
macam sedap je mee bandung dia tu. fuhhhh power kak SK sampai sekarang orang ingat
ReplyDeleteTak suka betul kalau udang goreng tepung macam jejemput ni. macam makan jejemput je rasa kan. Kita suka jenis celup tepung ganu tu. eh, goreng dengan celup tepung sama ke tak ek.
ReplyDeleteKita tergoda dengan mi bandung. Tengok pun rasa terliur. Membuak buak rasa macam nak makan mi bandung.
Paling tak berkenan kalau sotong atau udang celup tepung dah rupa cucur.
ReplyDeleteKita pun tumpang bangga SK, dapat berkawan di alam maya dgn SK ☺️
ReplyDeleteAla, tak best sotong celup tepung gitu. Kadang dihiris kecik² je isi sotong tu, banding dgn celup tepung sotong hiris bulat² tu. SK faham ke ni haha
laaa...sotong tu ingatkan ketam...hihihi
ReplyDelete