TAMAT INTERNSHIP & TAMAT PENGAJIAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH, semalam, Iman berjaya menamatkan internship di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri yang dijalaninya sejak bulan February lepas sekaligus menamatkan pengajiannya dalam bidang Human Resources di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. InsyaAllah, bulan November nanti dapatlah naik pentas untuk majlis konvo, syukurrrr.



Gambar hari terakhir berkhidmat sebagai intern, penuh tangan bawa balik macam-macam hadiah pemberian dari jabatan dan individu. Sebelumnya di sebelah pagi diadakan majlis penghargaan dan jamuan. Sk musykil ni, tamat intern atau bersara bawa balik hadiah banyak macam ni, hihi.










Sebagai emak, Sk bangga kerana Iman diterima baik dan dihargai begini dan mereka menyatakan Iman merupakan intern yang terbaik pernah berkhidmat dalam jabatan tersebut.



Reward untuk Iman, dia kata nak makan steak. SK ajak PI ke Steak Mansion House 89 di Bandar Dato Onn. Ingatkan Sk nak belanja la sekali PI bayar, syukurrrr, selamat duhet Sk. Aaa.. nanti kita blog la ya makan di House 89 ni. 

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!