SABDA Rasulullah SAW :
"Apabila salah seorang di antara kamu diundang kepada jamuan (kahwin),
maka hendaklah ia datang kepadanya, yakin menerimanya."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Alhamdulillah, semalam tanpa keuzuran dan halangan melintang,
SK sekeluarga telah diberi kesempatan oleh Allah SWT
untuk menghadiri majlis perkahwinan puteri sulung Kak Ida 1001 Resepi,
Nur Zalikha bersama kekasih hatinya blogger idaman Malaya, Ariff Shah
di Dewan Merak Kayangan yang terhias indah.
Terima kasih ya Kak Ida yang sudi melayangkan kad jemputan kepada SK.
Amboiiiii, cantik sungguhlaaaa kedua mempelai ni tau,
sama cantik, sama padan, sama langsing, bagai intan dengan permata..
semoga mahligai yang dibina ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Tak putus-putus keduanya melemparkan senyuman
(huiiii.. lempar jangan tak lempar.. hihi)
kepada semua tetamu.
Tengoklah...
inilah silapnya kalau kita berdiri di sebelah orang yang langsing... huhuhu.
Mak aihhhh!!
SK tersilap pilih baju ke sampai dah jadi macam tempayan di samping Ariff Shah tu???
Hahahaha..
Ya Ampunnnnn.. gem***nyaaaaaaaaaa... malu! malu!!!
Tengoklah betapa anggunnya mak sedara pengantin tuuuu.. haaaaaaa...
SK memang tertinggal beribu batu lahhh.. hehehehe...
Eh! Eh! Kak Jun, cara berdiri kita samalah..
siap keluarkan sebelah kasut dari celah kain,
hihihihi.
Sebenarnyakan,
SK sampai agak lewat semalam
sebab SK tersilap lorong selepas keluar dari terowong smart tu..
kami termasuk ke kawasan Bukit Bintang.
Phewwwwwww!!
Elok-elok sampai KL pukul 1... kami sangkut di situ lebih satu jam juga.
Nasib baiklah majlis belum habis masa kami sampai ada lagi lebih setengah jam.
Tu yang duduk melepak sampai habis majlis tu, hehehe.
Alhamdulillah,
sedap sungguh hidangan untuk para tamu.
SK segan nak ambil gambar tapi memang betul sedap,
ni bukan ayat mengampu ok..
ER tak habis-habis puji sepanjang perjalanan balik tu terutama tang nasi minyak tu...
sebab kami kat Johor ni selalu dihidangkan dengan nasi beriyani,
lama sangat tak jumpa nasi minyak lebih-lebih lagi yang mabeles macam semalam tu.
Selain nasi minyak ada juga nasi putih diikuti
ayam kurma,
rendang tok,
ikan masam manis (sedap sangat... rugi tak ambil banyak, huhu),
dalca,
acar timun berempah,
papadom,
buah-buahan,
blueberry cheese cake,
sirap bandung dan sirap biasa
serta teh tarik....
alamak!
Teringat-ingatlahhhh... hehehe.
Bila SK sampai,
sempatlah SK jumpa dan berbual sekejap dengan Lya...
blogger cantik comel lote tu.
Lya pun dah nak balik masa tu,
SK pulak kelam kabut sebab dah lambatkan,
sampai terlupa nak ambil gambar bersama Lya dan baby girl yang comel tu.
Dan SK nak ucapkan terima kasih kepada blogger Aziela
yang sanggup tunggu SK walaupun Ziela nak balik ke Kuantan selepas majlis tu.
Terima kasih ya, Ziela...
errrr.. baru SK tahu yang Ziela ni rupanya satu bidang jugak dengan ER
jadi keduanya memang boleh ngamlah..
pulak tu Ziela ni orang HR kan..
PR memang baguslah macam senang jer nak borak dengan ER
yang sebenarnya agak pendiam kalau tak berapa kenal tu,
hehehe.
Dannnnnn...
kalau dah jumpa dengan mak sedara pengantin ni (Kak Jun Cupcakekasih),
dunia sekeliling ni memang bagai tak diendahkanlah... huhuhu.
Topik utama... baju dan tudung semestinya...
kagum betullah dengan Kak Jun yang berjari-jemari intan ni tau.
Bukan saja pandai mendeco kek
tapi segala jenis kain kalau dapat kat tangan Kak Jun
memang akan tergubah indah
dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi,
SK kagum sangat dengan kebolehan Alia merias gaun labuhnya yang asalnya kosong tu.
Iman siap cakap dengan SK nanti dia nak beli baju suruh Kak Alia jahitkan manik, hehehe..
jangan tak tahu Iman pun dah pandai melaram sekarang, takut woooo SK.
Bagi pengikut setia blog kedua beradik wanita yang rupawan ni
tentu kenalkan dengan insan yang melahir dan membesarkan
kedua wanita terkenal seantero dunia blog ini.
Inilah bonda Kak Ida dan Kak Jun atau kata Kak Jun madre mereka.
Lemah lembut bila berbicara dan tutur katanya elok tersusun satu persatu.
Seronok sangat berbual, beruntungnyakan dapat melihat cucu naik pelamin
insyaAllah SK doakan makcik sihat walafiat
dan tahun hadapan dapatlah menimang cicit pulak,
Aamiiiinnn.
Haaaaaaaaa...
ni dia mak pengantin yang dah tersandar kepenatan.
Aduhaiiii.. kesiannya SK tengok.
Ialah, SK faham macammana penatnya menjadi mak pengantin
lebih-lebih lagi perkahwinan anak sulung... perempuan pulak tu.
Semuanya kena diuruskan sendiri apa tak penatnya.
SK teringat ibu SK dulu setiap kali kahwinkan anak atau kenduri kendara
sehari lepas tu mesti ibu demam.
SK harap Kak Ida bolehlah berehat lepas ni..
jangan demam ya Kak Ida.
Kak Ida pun mesti dah lega kerana semuanya sudah selamat,
Alhamdulillah.
SK percaya ramai yang merindukan kemunculan Kak Ida dengan blog 1001 Resepinya
dan tak sabar membaca celoteh Kak Ida,
betul tak?
Jadi, Kak Ida.. cepat-cepatlah kembali ke dunia maya ya...
Akhir kalam... buat kedua mempelai.. auntie ucapkan Selamat Pengantin Baru... huhu.. dah pangkat auntie dah SK ni ropenyerrrr...
Sentiasalah amalkan sebait lirik dalam lagu P Ramlee :
"Buang yang keruh ambil yang jernih.. semoga percintaan kalian hingga ke syurga abadi..."
salam kak sari...alaaa tak dapat jumpa akak semalam, kami sampai awal, jadi dalam jam 1.30 dah bertolak balik, kak Jun ada juga kasi tau kak sari nak datang.. Plan asal memang nak tunggu sampai habis majlis, tapi sebab nak singgah Seremban maka terpaksa dipendekkan waktu...Tak puas nak borak semalam...apa2 pun syukur alhamdulillah semua selesai dengan sempurna...Pstt, ada ghazal semalam...ehem kita ni orang Johor mana boleh pisah dengan ghazal..
ReplyDeleteSama cantik, sama padan.. Semoga ikatan perkahwinan yg dibina berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat.. Selamat Pengantin Baru buat Eika dan suami. Tahniah buat Kak Ida kerana dah menerima menantu..
ReplyDeleteMabruk...kedua mpelai sgt cantik....Lawati kami ... http://tieviolet.blogspot.com/
ReplyDeleteSeronok sangat dapat jumpa akak sekeluarga. Puas hati giler...hehehehehe
ReplyDeleteSalam Seri, lepas 2 minggu baru dpt jengah sana sini blog rakan blogger...terima kasih atas kesudian seri dtg dari jauh hanya untuk hadiri majlis eka n ariff...kkida appreciate sangat....maaf tak dpt nak layan seri sembang2 hari tu...al maklumlah....mak pengantin...kena jadi penyambut tamu...hehe....Insyaallah jika umur panjang kita jumpa lagi ye....:)
ReplyDelete