MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Friday, October 3, 2014

SAMBAL CENGENG

ASSALAMUALAIKUM...

TIDAK SAH sambutan hari raya di rumah keluarga Sk kalau tiada Sambal Cengeng ibu. Haaaaaaa.. sambal apa tu ya? Ada yang tahu tak? Sambal Cengeng ni Sambal Kacang sebenarnya. Ia dipanggil Sambal Cengeng sebab bila makan tu.. air mata dan air hidung mesti keluar sebab kepedasan tapi sedap memang terbaik lebih-lebih lagi hasil air tangan ibu.

Sambal Cengeng ibu Sk agak istimewa kerana menggunakan rempah ratus seperti jintan, udang kering kisar dan lengkuas. Semuanya bahan termasuk kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar disiapkan seawal dua tiga hari sebelum hari raya. Maklumkan.. dulu-dulu bukan macam sekarang, tarikh hari raya sudah diketahui seawal tahun baru. Dulu, selagi tak ada pengumuman nampak tak nampaknya anak bulan, semua orang tertanya-tanya bila nak raya. Jadi, kalau semua bahan dah siap taklah terkejar-kejar kalau tahu esok nak raya, hihi.

Resepi Sambal Cengeng Sk ni mudah sahaja. Resepi derhaka katanya, sebab takde lengkuas dan udang kering kisar dan jintan tapi tetap sedap meleleh airmata wa cakap lu. Syaratnya gunakan cili kering jenis sederhana pedas. Atau mencampurkan cili kering jenis pedas dengan yang kurang pedas. Bagaimana membezakannya? Cili Kering Pedas biasanya agak licin dan berkilat. Yang kurang pedas tu cilinya agak keriting dan tidak berkilat. Yang sederhana pedas tu mempunyai definasi rupa antara dua jenis cili tadi. Biasanya harga cili kering yang tidak pedas lebih mahal dari yang pedas.. gitewwww.


Sambal Cengeng

2 senduk minyak masak
2 senduk cili kering yang telah dikisar bersama bawang (Sk dah selalu kongsi resepi cili kisar SK.. gali sendiri ya)
2 batang serai diketuk
1" halia diketuk
1 mangkuk kecil kacang tanah (digoreng terlebih dahulu.. separuh ditumbuk kasar.. separuh dikisar halus)
Air secukupnya
1/2 sk asam jawa adabi
1 sk garam (atau secukup rasa)
2 - 3 sb gula pasir

Caranya :
Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar, serai dan halia yang diketuk hingga pecah minyak.
Masukkan asam jawa adabi dan garam. Kacau rata lagi.
Masukkan kacang tanah sedikit-sedikit sambil mengacau sambal.
Tambah air secukupnya.. sambal cengeng tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.
Masukkan gula pasir.
Kacau sentiasa supaya sambal tidak hangus. Gunakan api kecil. Apabila sambal nampak sebati bolehlah ditutup apinya.
Sedap dimakan bersama nasi impit tapi Sk makan dengan pulut tanak dalam 'rice cooker'.. hihi. sebab tak sempat rebus ketupat segera.


4 comments:

  1. Sambal kacang memang macam pelangkap kalau kat tempat kita ni bila raya
    Selamat Hari Raya AidilAdha dari kakak

    ReplyDelete
  2. Salam Sari...Pedas2 ni mmg poberet kat umah atie...tambah selera mkn!

    ReplyDelete
  3. Kami panggil Kuah Kacang. Tapi kuah kacang biasanya berkuah dan makan dgn nasi himpit juga. Sambal.Cengeng ni agak pekat mcm sambal tumis ya? Wahhh makan dgn pulut kuning pun terbaik niii...

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

SAMBAL TEMPOYAK

Assalamualaikum... Nahhhh.. Sambal Tempoyak. Lepas ni tak perlu susah2 lagi nak menumbuk sambal. Sukacita dimaklumkan, tempah...