TIDAK SAH sambutan hari raya di rumah keluarga Sk kalau tiada Sambal Cengeng ibu. Haaaaaaa.. sambal apa tu ya? Ada yang tahu tak? Sambal Cengeng ni Sambal Kacang sebenarnya. Ia dipanggil Sambal Cengeng sebab bila makan tu.. air mata dan air hidung mesti keluar sebab kepedasan tapi sedap memang terbaik lebih-lebih lagi hasil air tangan ibu.
Sambal Cengeng ibu Sk agak istimewa kerana menggunakan rempah ratus seperti jintan, udang kering kisar dan lengkuas. Semuanya bahan termasuk kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar disiapkan seawal dua tiga hari sebelum hari raya. Maklumkan.. dulu-dulu bukan macam sekarang, tarikh hari raya sudah diketahui seawal tahun baru. Dulu, selagi tak ada pengumuman nampak tak nampaknya anak bulan, semua orang tertanya-tanya bila nak raya. Jadi, kalau semua bahan dah siap taklah terkejar-kejar kalau tahu esok nak raya, hihi.
Resepi Sambal Cengeng Sk ni mudah sahaja. Resepi derhaka katanya, sebab takde lengkuas dan udang kering kisar dan jintan tapi tetap sedap meleleh airmata
Sambal Cengeng
2 senduk minyak masak
2 senduk cili kering yang telah dikisar bersama bawang (Sk dah selalu kongsi resepi cili kisar SK.. gali sendiri ya)
2 batang serai diketuk
1" halia diketuk
1 mangkuk kecil kacang tanah (digoreng terlebih dahulu.. separuh ditumbuk kasar.. separuh dikisar halus)
Air secukupnya
1/2 sk asam jawa adabi
1 sk garam (atau secukup rasa)
2 - 3 sb gula pasir
Caranya :
Panaskan minyak dan tumis cili dan bawang kisar, serai dan halia yang diketuk hingga pecah minyak.
Masukkan asam jawa adabi dan garam. Kacau rata lagi.
Masukkan kacang tanah sedikit-sedikit sambil mengacau sambal.
Tambah air secukupnya.. sambal cengeng tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.
Masukkan gula pasir.
Kacau sentiasa supaya sambal tidak hangus. Gunakan api kecil. Apabila sambal nampak sebati bolehlah ditutup apinya.
Sedap dimakan bersama nasi impit tapi Sk makan dengan pulut tanak dalam 'rice cooker'.. hihi. sebab tak sempat rebus ketupat segera.
Sambal kacang memang macam pelangkap kalau kat tempat kita ni bila raya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya AidilAdha dari kakak
Salam Sari...Pedas2 ni mmg poberet kat umah atie...tambah selera mkn!
ReplyDeleteKami panggil Kuah Kacang. Tapi kuah kacang biasanya berkuah dan makan dgn nasi himpit juga. Sambal.Cengeng ni agak pekat mcm sambal tumis ya? Wahhh makan dgn pulut kuning pun terbaik niii...
ReplyDeletesambalkememeh
ReplyDelete