MAKAN-MAKAN DI PERMAI CAFE, KUALA TERENGGANU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...

MEH SK belanja.. belanja gambar jerlah ya...huhuhu. Sebenarnya Sk sekarang dah jarang-jarang ambil gambar jika pergi makan-makan kecuali makanan tu betul-betul menarik atau lain dari yang lain. Kadang rasa macam segan pun ada.. huishhh.. memang blogger tak tegar namanyakannn.. Tapi, masa Sk ke Kuala Terengganu hari tu, cafe hotel tu sunyi senyap. Dahlah cafe tu besarrrrr.. orang tak ramai.. cahaya pulak cukup, memang bagus untuk ambil gambar. Jadi Sk pun taklah segan nak ambil gambar. Ambil gambar tupun sebab...  sebab.. sebab Sk gelihati sangat...


Pertama.... cuba tengok nama menu untuk minuman (gambar atas sekali). 'Apa apa Ajer Laaa...' hahahaha. tak pernah dibuat orang, kan. Ni skrip ibu Sk sebenarnya bila kita ajak makan atau minum di kedai, tanya nak makan apa, minum apa.. mesti ibu jawab... "Apa apa ajer laaa...". Nanti kami cakap, mana ada menu 'Apa apa Ajer Laaa...'. hah.. tengok.. dah ada pun menu 'Apa apa Ajer Laaaa... :))))) Apa agaknya 'Apa apa Ajer Laaa...' tu ya?? Urmmm... rupa-rupanya, 'Teh O Ais Lychee' lahhhhhh....

 
 

Lepas tu, Iman minta Mushroom Soup With Garlic Bread... huwaaaaaaaa.. bila staf cafe tu letak atas meja Iman Garlic Bread tu, nak pecah perut kami tahan ketawa. Mak Aihhhh.. apa ke nipis bebeno potong Garlic Bread tu.. nak dibandingkan dengan badan Iman, memang tak kenyanglah gamaknya. celah gigi jer tu.. muahahaha.


Yang ini, 'Apple Strudel'. Alhamdulillah, sedap jugaklah walaupun inti tu agak kedek jugak, huhuhu. ER??? ER makan Cantonese Kuey Teow.. pekat likat.. Sk tak ambil gambar pun.. tapi nampak gaya dia makan tu macam sedap jugak... ke... dia lapar??? Tapi kalau licin.. sedaplah tu.. kan.. kan... kan...
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kak, kalau saya, saya suka garlic bread yang macam tu. Tp itu biskut garlic kan...bukan bread...hahahahaha.

    ReplyDelete
  2. tak pernah try bubuh laici dalam teh...bubuh kat air tembikai pernah..:)
    saya pun nak create minuman baru..namanya " Ikut Suka Kau Lah Labu"...hahahaha..ianya ialah air milo + buah mata kucing ! wakakakaka

    ReplyDelete
  3. Og tua-tua biasa kalau bawa makan memang suka kata apa-apa ajelah.. samalah bapak kakak pun SK

    Tapi nampak sajiannya menggodalah juga atau SK punya photoshoot yg menarik.

    ReplyDelete
  4. hehheheeeeeeeee!!
    buatnya dia bagi air milo+buah mata kucing.....
    terbarai perut!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc, boleh terbarai perut ke? Hihiohiihihi...lawakla Doc ni...hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!