ASSALAMUALAIKUM...
"BELAJARLAH masak kari ikan dengan mak... " Suruh ER di suatu masa dahulu. Oh, ya! Bukan dengan mak dia ya, tapi dengan mak mertua dia atau lebih tepat lagi ibu Sk sendiri. Kalau nak tahu, ER sangat sukakan masakan kari ikan ibu Sk. Holaaaaaa.. ibu Sk masak apa pun sedap tau. Ini bukan puji ibu sendiri tapi boleh dikatakan anak-anak saudara dan ipar duai ibu pun ramai yang sukakan masakan ibu terutamanya kari dan asam pedas. Apatah lagi cucu-cucu. Asyik bertambah nasi jer bila menikmati masakan neneknya. Memang mantap dan meletops!
Dulu, kari ikan Sk memang selalu tak menjadi. Sampai sekarang pun sebenarnya masih lagi belajar nak dapatkan kari yang sedap macam ibu. Ada sahaja yang 'something wrong somewhere' lah. Tapi sekarang dah ada kemajuanlah. Cuma kadang pekat sangat macam kari ikan mamak.. hahaha. Tak mahu jadi magik macam kari ibu. Sedap tu sedap tapi tetap tak boleh lawan kari ibu.
Semalam, ibu masak Kari Ikan Kerapu. Mak aihhh!! Manis sungguh isi ikan kerapu ini yang dibeli segar terus dari nelayan di Gelang Patah. Semakin mantap dengan kuah kari ibu yang dimasak dengan penuh jiwa dan raga.. hihihi. Jom tengok resepi ibu Sk...
Kari Kerapu Mak Siti
Bahan -bahan :
Beberapa keping isi ikan kerapu atau seekor ikan kerapu saiz sederhana, bersihkan - ketepikan
1 senduk minyak masak
1 labu bawang besar dihiris kasar
6 ulas bawang merah dimayang halus
4 ulas bawang putih dimayang halus
1" halia diketuk
1 batang serai diketuk
rempah tumis 4 sekawan
Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan sehingga naik bau dan bawang keemasan
Sementara itu sediakan :
3 sb rempah kari ikan Alagappas (bancuh sebati bersama sedikit air)
1 senduk cili dan bawang giling (cara penyediaannya pernah Sk kongsi beberapa kali)
2 tangkai daun kari
1/2 kotak santan
Beberapa tangkai Bendi
garam
ajinomoto
Apabila bawang telah keemasan, masukkan daun kari. Kacau sekejap kemudian masukkan rempah kari ynag telah dibancuh dengan air dan cili serta bawang giling (kisar). Kacau sentiasa supaya tidak hangus. Tumis sehingga cantik pecah minyaknya, masukkan satu senduk air asam jawa dan 1 sudu garam atau secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah agak bersinar dan berminyak kemudian tambah satu cawan air lagi masukkan ikan dan bendi.
Tambah sedikit air jika kari agak pekat. Biar sehingga mendidih, masukkan 1/2 kotak santan pekat. Tambah sedikit ajinomoto. Masak lagi hingga mendidih. Kemudian masukkan tomato. Biar sekejap dan bolehlah ditutup apinya.
Kalau kakak dpt ni SK usah kata ikannya dpt makan kacang bendinya pun dah puas:)
ReplyDeleteAduhhh....mengancam...mengancam. Saya memang lemah betul bab2 kari ni kak....so, saya rela tumpang makan jer lah...
ReplyDeleteKari ikan kerapu eh? Perghhhh...
ReplyDeleteSelalu guna ikan bawal, tenggiri, merah, kembung aja...
Kari Allagapas mmg sedap...Babas okeh tak?
Jangan kan yg dah rasa, yg baru baca resepi ni pun dah terasa2 kesedapannya.. :D
ReplyDelete