MINGGU ini minggu sibuk buat ER dan maknanya minggu untuk Sk berjimba-jimba... muahaahahaha. Seronok campur tidak.. Tak seronok sebab rasa macam tak berteman walaupun kalau ER ada di rumah pun kami cuma bersembang sebelum tidur atau di meja makan. Masa lainnya, dia terlentang depan tv sambil sebelah tangan pegang talipon dan sebelah tangan lagi pegang remote control sedangkan saya sedang merembeskan peluh di dapur untuk santapan kekanda dan anaknda. Eh! Merembes peluh.. dah macam nak buat Nasi Tangas pulak.. hoihhhh! Kami ni tengok tv pun asing-asing seorang di depan seorang di bilik.. citarasa tak sama, seorang suka cerita Tamil, seorang suka cerita Omputeh.. (okey.. tipu.. Sk suka tengok Cerita Melayu dengan tema.. Filem Kita Wajah Kita.. gitewww..).
Bila ER tak ada (baru dua hari punnn), Sk cuti memasak yang tidak disengajakan. Kenapa tidak sengaja?? Sungguh... tiada niat pun tak nak memasak selama dua hari ni. Isnin lepas, seluruh negara dan khususnya di Johor Bahru telah dikejutkan dengan kejadian Papan Iklan Sebeso Tidak yang dipasang pada dinding pagar dan bumbung jejantas yang menghubungkan antara Taman Kobena dan Flat Taman Anggerik.. Taman Cempaka... di lebuhraya Pasir Gudang menuju ke Taman Perling telah tercabut diterbangkan ribut (atau puting beliung kecil mungkin). Bila papan iklan itu tercabut.. maka seluruh bumbung dan dinding jejantas dari pagar besi itu turut tercabut sama sekali dan jatuh melintang di sepanjang lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan laluan dari kedua-dua arah ditutup. Sk terus menghubungi, ER, kakak dan adik. Dalam hati berdoa agar mereka tidak melalui jalan berkenaan,Alhamdulillah.. ER dah berada di padang hoki, adik dah hampir sampai ke rumah tapi kakak Sk masih berada di pejabat. Kerana bimbangkan ibu yang seorang di rumah dalam keadaan cuaca begitu, jadi Sk teruslah ke Senai dengan niat nak temankan ibu sampai kakak balik. Langkah kanan, masa masuk ke rumah ibu sedang menumis bawang untuk di masak kari ikan. Jadi hari tu Sk makan di Senailah... balik rumah apalagi, jadilah macam ulau melingkau atas pagau.. :)))))))) Resepi kari ibu??? Boleh tengok DI SINI.
Semalam... sebenarnya sejak minggu lepas, Sk teringin sangat nak makan Gorpis Keju.. tapi asyik lupa jer nak singgah beli. Gorpis tu apa??? Goreng Pisang daaaaaa.. Masa balik dari Ganu tuari.. Sk nampak papan kecik warung tulis GORPIS.. ingatkan menatang apa.. rupanya goreng pisang.. oittt.. ingatkan orang Johor jer yang sebut Goreng Pisang.. sebab setahu Sk kebanyakan tempat lain menyebut Pisang Goreng.. errr.. lepas ini disebut PIGOR okey.. kui kui. Baik, sambung cerita.. memandangkan di rumah memang sentiasa ada keju cheddar, jadi Sk cuma nak beli GORPIS nya sahaja. Kejunya boleh diparut sendiri.. penjimatan adalah 60% tau.. sebab Sk cuma beli GORPIS RM3 sahaja.. kalau beli yang siap keju tu rasanya antara RM5 - RM10 jugak harganya kan. Tapi, dah namanya Johorean maka semestinya jugalah nak makan GORPIS dengan kicap pedas... dua-dua pun licinnnnnn.... dasar
Nampak tak.. dengan pembelian RM3 sahaja boleh dapat sebegini banyak Gorpis? Warung Gorpis ni dekat dalam kawasan taman perumahan Sk. Selain dari Gorpis, mereka turut menjual gorengan lain dan makanan lain termasuklah Laksa Penang. Tapi Sk biasa beli Gorpis jer.. tu pun tak selalu. Orang kata banyak kolesterol.. tapi Sk
SK, kena suggest kat dewan bahasa perkataan baru nih. GORPIS.... ingatkan apa lah mendanya, senyum sorang2 dibuatnya!
ReplyDeletealahai.. teringat pisang goreng keju kat Medan ;)
ReplyDeleteSaya suka pisang goreng keju. Yummy! Mmg jimat byk pun kalau buat sendiri. Kalau beli dlm RM6-8 mcm tu..
ReplyDeletesungguh Johor!!
ReplyDelete[ gorpis cecah kicap ]!!