BERANI MAKAN KETAM DI SEAFOOD SERI BAHAGIA

Assalamualaikum...

DUA hari cuti hujung minggu lepas,  dua hari Sk gantung kuali. Paginya cuma sediakan sarapan sahaja itupun roti bakar dan telur separuh masak jer.  Bila Sk tanya Pak Inche,  tengahari nak makan apa,  dia kata tak yah masak,  kita makan dekat luar.  Sk pun apalagi.. Yabedabedooooo!!
😆😆😆

Sebenarnya bukan suka-suka jer la nak makan di luar.  Ada beberapa urusan penting perlu dibereskan tambahan lagi Iman shift pagi hari Jumaat tu,  nak kena keluar ambil dia pulak nanti kelam kabut jadi plannya lepas ambil Iman terus pergi makan.  Itupun gedebak gedebuk dah pun petang.  Pak Inche pulak malam tu kerja di Stadium Pasir Gudang.  Jadi,  fikir-fikir tempat yang tersenang nak pergi makan kawasan sana setelah dicampur darab bahagi,  jomlah kita ke Seafood Seri Bahagia yang terletak di Tanjung Langsat,  Pasir Gudang.


Dah lama tak datang sini tengok-tengok dah tukar sign board baru cakap orang putih lagi 😂
Kalau dulu dikenali sebagai Makanan Laut Seri Bahagia,  sekarang Makanan Laut dah tukar kepada Seafood. Tapi tukar signboard ajelah,  restoran berkonsep terbuka ni tetaplah bersepah maklumlah di situlah tempat tinggal di situlah tempat berniaga.  Tapi bersepah tu bukanlah tak bersih,  mungkin boleh dikelaskan sebagai gred B la gitu. Restoran ni memang popular di kalangan warga JB dan Singapura untuk menikmati makanan laut dengan harga yang murah. Itu dulu laa..  Sekarang?

Semasa kami sampai,  hanya ada satu meja diduduki pelanggan itupun mungkin orang kampung situ jugak.  Mereka pun cuma duduk minum sambil berborak.  Pelik jugak selalu ramai jer orang.  Ialah,  tempat ni memang femes kan walaupun terletak di hujung dunia, yang pelik orang tahu aje termasuklah Pak Inche.


Tidak menunggu lama,  seorang pekerja restoran terus datang mendapatkan kami untuk mengambil pesanan. Pak Inche bertanyakan harga bagi sekilo ketam sekarang.  Biru sekejap muka,  hahahaha.  Alaa. ..datang jauh-jauh takkan tak jadi.  Belasah ajelahhh!


Menu wajib kebanyakan yang datang ke sini tentulah Ketam Black Pepper. Punyalah jenuh menunggu sampai nak tertidur.  Nasib baiklah duduk ngadap laut sambil tengok kapalterbang turun taklah bosan.  Yang peliknya bukan ada orang lain pun,  cuma kami tiga beranak.  Apalah lembab sangat memasak,  hahaha..  Iman kata dah macam orang masak dekat rumah dia punya lambat tu.  Tapi,  berbaloi la tunggu sebab sos black pepper ni memang sedap. Kadang kalau makan black pepper ni selalu masin atau rasa lada hitam yang kuat. Ketamnya pun berisi penuh,  puas jugaklah makan walaupun ambil tiga ekor jer. 


Sotong Goreng Tepung yang rangup krup krap krup krap.  Kalau makan seafood,  memang wajib ambil ni supaya tak muak. Aduh,  sambil taip sambil telan ailio,  laparrr..  Hahaha. Sk paling tak suka makan sotong tepung yang rasa macam jemput-jemput tu.  Kalau dapat yang macam ni memang tak berenti nak meratah.


Udang Sambal... Sila buat-buat tak nampak dengan tepi pinggannya yang berkerak.  Bukan tak bersih ya,  bersih aje pinggannya tapi... Ahhhh... Nak suruh tukar pinggan macam melampau ajekan.. Huwa huwa huwa.

Udang Sambal dia ni rasanya lebih sesuai makan dengan nasi lemak,  hehehe.  Bila diletakkan di meja Sk dah pelik sebab tak macam rupa Udang Sambal di Seafood Restaurant.  Bila suap ke mulut rasanya sebijik Sambal Tumis Udang.  Ni kalau bubuh petai... Wallaaaa 😂😂😂


Last but not least katanya wajib ada sayur.  Yang ini Sayur Kailan Ikan Masin. Tak menghampakan rasa dia dan memang sesuai la digandingkan dengan lauk-lauk lain.  Jumlah yang kena bayar termasuk tiga pinggan nasi dan empat gelas air mata kucing ialah RM138. Masih murah lagilah kot berbanding tempat lain. Tapi,  Sk memang jaranglah makan ketam di luar selalu kalau nak makan masak sendiri.  Kat Seafood Seri Bahagia ni baru berani makan ketam,  hahahaha.

Takut wooo tengok rege dia!!

Habis makan datang satu family dengan satu lagi geng kilang kot.  Terus cakap dengan Pak Inche,  ni dorang mau pukul 8 malam baru makan,  hahaha.

Kalau nak datang sini senang jer,  cari Tanjung Langsat,  belok kiri,  sampai jumpa kampung di sebelah kanan. Buka waze atau GPS pun ada tau.   Jangan lupa telefon dulu suruh dia masak siap-siap
😁😁😁


5 comments:

  1. Biasa beli ketam, cari yang betina tengah bertelur.

    ReplyDelete
  2. Hari tu makan dua keluarga pun dah RM300 kak seri..hahaha.. Sekarang ni harga memang mahal nak dibandingkan dengan dulu kan.Tapi tulah, kalau dah teringin, tak boleh la nak elak. Lepas ni kalau nak lepas gian nak makan segala mak nenek seafood , Simpan perut balik Melaka baru pi makan puas ²..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha ...kita selalu makan yang tengah Kak...sebab yang akk makan ni memang takde orang jerrr...hehehehe..
    Kalau kena dengan suami Lin, ermmm silap-silap dia cancel..sebab pernah jadi...

    ReplyDelete
  4. alahai... bila servis lambat tu yang x syok tu... dah try gi makan yg kat kong kong tak? kat situ pun best juga... asam pedas ikan merah dia memang terbaik la

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih