Jom Pi Bandung

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

BARU-BARU ini saya telah dipaksa untuk mengikut suami saya makan angin ke Bandung, Indonesia. Hehe, kenapa dipaksa yek? Sebabnya sebenarnya dah banyak kali suami saya mengajak saya melancong ke Indonesia, sama ada Bandung atau Medan, tetapi saya selalu menolak. Kenapa? Entahlah, saya ni agaknya terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita tentang negara Indonesia. Saya selalu takut kalau-kalau nanti saya akan diculik atau dirampok di sana.. kahkahkah.. memang saya penakut. Sebab itu kalau saya pergi ke sempadan negara di utara, atau ke mana-mana sajalah saya akan kepit anak saya kuat-kuat dan tak akan biar dia berjalan sendiri. Kecuali jika kami dah biasa dengan tempat tersebut.
Jadi,bila suami mengajak lagi, saya sudah terfikir macam-macam. Tapi rancangan suami lain, kita tinggalkan Yaya dengan nenek, katanya. Perasaan saya bercampur baur, sedihnya nak tinggalkan anak yang selama ini tak pernah berenggang dengan kita. Tapi betul juga kata suami saya, Yaya ni selalu nak cepat balik kalau berjalan, lebih-lebih lagi kalau dah dapat barang yang dia nak. Jadi dari pengalaman-pengalaman sebelum ini, saya bersetuju untuk tinggalkan Yaya dengan ibu saya.
Kali ini saya bersetuju untuk pergi ke Indoesia. Petang tu, kami melayari internet untuk melihat pakej yang paling murah. Tapi ada masalah, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung ialah pada pukul 3.30 petang, tetapi tiada waktu penerbangan yang sesuai boleh kami ambil dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur supaya kami dapat transit di airport lebih awal. Kami melihat ada flight dari Johor Bahru ke Jakarta, tetapi perjalanan Jakarta-Bandung bukanlah singkat, kalau jalanraya sesak mahu 8 jam terkandas. Suami pula bertanya, hendak pergi Bandung ke Medan? Eh, dia ajak kita, dia tanya kita pulak. Saya memilih Bandung dan mencadangkan agar kami ke Kuala Lumpur dengan kereta dan tinggalkan kereta di rumah Abang Long, abang ipar saya.
Petang itu juga saya terus telefon Abang Long. Abang Long bersetuju dan minta saya comfirmkan balik dengannya esok petang. Esoknya, kami fikir takut menyusahkan Abang Long, jadi saya memberitahu Abang Long, saya akan tinggalkan kereta di LCCT saja. Esoknya, Along saya pula telefon. Dia menyuruh saya parking kereta di rumah Abang Long juga dan mengambil teksi ke LCCT. Saya serba salah. Saya tanya lagi dengan Abang Long. Abang Long kata dia akan hantar kami ke LCCT. Jadi keputusannya kami akan keluar dari rumah pagi-pagi buta dan terus ke rumah Abang Long di Bangi. Hmmm.. rasa macam tak sabar pula nak ke Bandung. Untuk episode di Bandung, akan saya ceritakan dalam blog yang akan datang.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum.kakak baru membuka blog puan Sari.Seronok membaca perjalanan ke Bandung.Akak pun akan kesana pada 29hb Dec ni for the first time. Boleh tak tolong beritahu kalau nak beli kain2 ela spt cotton tingkat berapa dan berapa harganya.Kebanyakkan kain2 ela disitu harganya berapa semeter. T shirt kanak2 nak cari dekat mana. Harap Puan Sari beri sedikit infor ye.Terima Kasih dan salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, Kak Wan ye.
    Kalau kak Wan nak cari kain2 ela memang banyak pilhan di Pasar Baru tu. Boleh dikatakan setiap tingkat ada tetapi yg paling bnyk tak silap tgkt 2 dan 3. Kalau T-Shirt kanak2 yg comel2 dan plbagai kartun/corak saya cadangkan kak Wan pergi ke Butik Anak Kecil tak silap namanya. Saya tak ingat area mana, tak silap di Dago.Tapi memang banyak outlet yg jual tshirt kanak2 ni, HardRock Cafe kanak2 pun ada dr pelbagai negara.Tapi paling menarik, Butik Anak Kecil tu..rambang mata dibuatnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!