BILA HATI TERSENTUH

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
ASSALAMUALAIKUM...

PAGI ini saya tersentuh oleh satu catatan dalam wall photo dalam fb yang dikongsikan oleh kakak sepupu saya dari seorang hamba Allah. Siapa yang memulakannya saya tidak pasti tapi mari kita ambil pengajaran di sebalik kisah duit bernilai RM1.. yang seringnya lusuh setelah berkali-kali berpindah tangan ke sana sini. Selusuh manapun ia, masih bernilai untuk kita, kan..

**********
Catatan ini 100% catatan asal dan tidak diubah ya:

jangan cetak duit ini kerana ia takkan laku ;p

Al kisah : (like dan share kisah ini supaya menjadi renungan bersama)

Wang RM 100 & RM1.00 sama2 terbuat dr kertas, sama2 dicetak & diedarkan oleh BNM. Ketika bersamaan mereka keluar dan berpisah dari Bank dan beredar dimasyarakat.

4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tdk sengaja didlm dompet seorang pemuda. Kemudian diantara kedua duit tsb terjadilah percakapan. Yg RM100 bertanya kpd RM1.00, "Knp badan km begitu lusuh, kotor dan bau busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerata Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet"

Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tidak pernah" RM 1.00 pun berkata lg, "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1.00, tetapi aku selalu singgah di rumah TUHAN dan ditangan anak2 yatim, bahkan aku selalu bersyukur kpd TUHAN. Aku tdk dipandang bukan sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat"

Akhirnya menangislah RM 100 Kerana sombong dgn kehebatan, dan nilai yang tinggi tetapi tdk begitu bermanfaat selama ini. Jd janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa bermanfaat penghasilannya dipakai utk memuliakan TUHAN. Kerana kekayaan bukanlah utk kesombongan!!


**********

Isnin lepas kira-kira jam 10 malam seperti biasa saya mencapai 'handphone' bagi memastikan alarm setting saya -on. Tabiat saya kalau dah balik ke rumah, biasanya handphone tu memang jarang sangat keluar dari beg sehinggalah nak tidur barulah teringat hendak setkan alarm (walaupun sebenarnya dah set untuk seminggu). Itu bila balik kerja, bila cuti langsung tak ingat handphone letak di mana. Kadang satu hari suntuk tak dipegang lepas tu barulah perasan ada mesej tak dijawab, panggilan tak dijawab.. hehehe.


Berbalik cerita bila saya capai handphone tu, ada dua mesej yang masuk, kebetulan dari dua anak gadis yang pangkal namanya huruf A. Abaikan yang pertama, saya baca mesej dari satu nombor yang tak berdaftar dalam phonebook saya - Salam Aunty Sari, ni Alia anak Kak Jun... Malam ni aunty free tak? Saya membuka mata besar-besar, macam tak percaya Alia anak Kak Jun hantar mesej pada saya, Alia anak Kak Jun yang saya kenal cuma seorang saja iaitu Kak Jun Cupcakekasih, anak daranya yang menuntut di UiTM, Melaka (tak silap) namanya Alia. Saya kenal juga orang lain yang namanya Alia tapi maknya bukan Kak Jun dan ada juga kenal orang lain bernama Jun tapi tak ada anak nama Alia... errrrr... ada faham ini cerita???


Saya scroll ke bawah, Alia hantar mesej pada jam 7.59 malam, sekarang lagi dua minit pukul 10 malam. Alalala.. kesiannya Alia, saya balas mesej dia, saya tanya dia ada di JB atau Singapore sebab saya ada baca cerita Kak Jun, Alia pergi ke Singapore (punyalah yakin kan yang ini memang Alia anak Kak Jun, yang saya suka sangat baca celoteh dan renung gambar-gambar keknya tu...;-)))


Sehingga mata terlelap saya tak menerima balasan mesej dari Alia. Saya jangkakan Alia telah selamat mendarat di rumahnya di USJ sehinggalah Selasa pagi hampir jam 11 saya menerima mesej dari Alia yang bertanyakan lokasi saya dan dia sendiri sedang menuju ke Johor Premium Outlets (JPO). Saya bagitahu Alia, dia dah jauh dari lokasi saya, Alia kata ada kiriman dari mama. Saya kata tak apa, dah jauh, susah nak patah balik (lebih kurang macam tulah.. tak ingat dah apa yang saya taip.. hehe). Alia kata, dia ada di Nusa Bestari. Saya fikir Nusa Bestari tu di Skudai, kalau Alia tahu Bandar Baru Uda, bolehlah kami jumpa di sana. Alia terus menelefon, aduhai.. lembutnya suara Alia di hujung talian. Bagaimanalah didikan yang diberi mamanya ya? Saya ni kalau bercakap asyik nak bertempik jer, jadi bila lawannya orang yang bercakap lembut.. saya jadi agagagagaga... ahakz!


"Aunty, Alia nak jumpa seorang lagi kawan mama kat Nusa Bestari. Actually Alia tak berapa familir jalan kat JB, boleh tak Alia tinggalkan barang aunty pada kawan mama, dia ada restaurant kat sini?" lebih kurang macam tulah Alia cakap...


Kalau kengkawan, adakah sampai hati nak kata tak boleh??? Hehehe.. Dibuatnya sesat anak dara orang tu siapa pulak nak tanggung? Memandangkan saya dah faham benar dengan selok belok jalan di Nusa Bestari yang banyak traffic light tu dan betapa sukarnya untuk Alia berpatah balik dan mengenangkan betapa susah payahnya Alia hendak menyampaikan pesanan dari mamanya saya terus meminta Alia untuk meninggalkan barang pesanan Kak Jun dengan kawan mamanya. Saya minta Alia mesej kepada saya nombor telefon Dr Rosyati, kawan Kak Jun yang merupakan pemilik kafe Snacks & Smoothies di Nusa Bestari. Ohhh.. saya memang tak sangka cafe yang begitu cantik dan mewah dimiliki oleh orang Melayu. Saya memang tak reti jarang berkunjung ke cafe-cafe ni, macam segan gitu, hehehe.


Lebih kurang jam 3, saya dah tecegat di depan cafe Dr Rosyati. Wahhhh! Teruja gitu. Kenapa?? Sebab saya pasti Kak Jun tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti adakah barang yang dikirimnya sampai dengan selamat ke tangan saya. Bagi yang mengenali saya secara peribadi tentu tahu saya bukanlah orang yang suka menunggu, saya seorang yang menepati masa (InsyaAllah jika tiada halangan) dan saya seorang yang terlalu menghargai usaha orang lain dalam apa bentuk pun. Dalam situasi ini, saya meletakkan diri saya di tempat Kak Jun, betapa bimbangnya jika barang yang saya kirim jika tidak sampai ke penerima, orang yang terima tu pulak, macammana ya? Suka ke... tak suka??  Urmmmm...

Sebenarnya, semasa saya memberikan hadiah stokin yang comel tu (baca di sini), langsung tak terfikir untuk mengharapkan apa-apa balasan dari Kak Jun. Kebetulan pula bila saya terima stokin comel saya yang ditempah dari Marina Hunny (baca di sini), saya ada terbaca entry dalam blog Kak Jun yang beliau baru menyambut hari lahir. Jadi bila saya tengok kotak stokin yang cantik tu saya teringat yang Kak Jun suka pakai stokin. Saya teringat Kak Jun yang suka tulis nama saya dalam catatan beliau. Kadang-kadang bila tengah baca entry Kak Jun, hujung-hujungnya saya tersedak sebab ada ingatan untuk saya.. sampai terus lupa apa nak dikomen, hehe. Blogger otai macam Kak Jun ingat pada saya blogger picisan ni yang selalu tumpang glamer di Cupcakekasih...  itu juga alasan yang saya beri pada Marina kenapa saya nak minta Marina kaitkan stokin tu untuk Kak Jun. Tapi... saya takut pulak nak tanya saiz kasut Kak Jun, nanti tak surpriselah gitu. Nasib baik Marina tu berani, kan. Ialah, kalau dia takut, dia rugilah seorang customer, betultak Marina?? Hehehe. Macammanapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Marina kerana menjayakan misi stokin comel untuk Kak Jun tu. Siap tuliskan dalam kad lagi, terima kasih ya, Marina. ;-))).
Kak Jun ingat ada orang buat lawak bila minta saiz kaki.. hiks
Jadi, bila Alia kata, mama ada kirim barang untuk aunty, dalam kepala ni memanglah dah terbayang macam-macam kan. Saya rasa normallah bagi kebanyakan manusia yang normal bila tahu ada orang nak memberikannya sesuatu, maka akan terlintaslah macam-macam bayangan dalam kepalanya apa agaknya dia nak bagi kat aku.. uhuks! Adakah kain dari Jakel??? Atau tudung Munahmurah yang selalu Kak Jun cerita dalam blog dia?? Atau.... Kek Dalam Botol???? 


Bila husband Dr Rosyati menyerahkan beg berwarna kuning tu pada saya Mat Saleh rupanya husband Dr Rosyati ni, punyalah handsome... adoih!! jelas dari bayangan beg plastik itu ada sebuah buku saiz majalah yang banyak gambar bunga-bunga. Terangnya mata... ialah.. kita banyak makan carrot tau.. hiks. Haaaaa... tu dia yang dinamakan surprise-kan. Lain yang kita bayang, lain yang kita terima... dah lama sebenarnya saya belek set bunga gum paste ini setiap kali ke Kedai C Siang. Tapi.. bila fikir bilalah pulak saya nak menguli gum paste tu selalunya saya letak balik sambil dalam hati berjanji bila saya betul-betul bersedia, saya pasti akan tangkap satu. (Janji dengan diri sendiri kalau lambat nak tunaikan tak apa kot.. uhuks!) Dan sekarang apa yang diangankan tu dah di depan mata... minggu depan nak balik kampung, agaknya bilalah mawar merah akan mekar di jambangan ya?? Tungguuuuuuuuuuuu!!
sayangnya nak putuskan kelopak-kelopak itu dari rantingnya
teori... amalinya nanti ya..
Terima Kasih Kak Jun.. sayang kamu beribu-ribu lemon...


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Errrr... bila dah menaip sylibus bermuka-muka surat... nak karang pantun pun rasa cam benak... hiks.


Wassalam.


P/S Dah bagi salam tapi ni ada pesanan penaja... Sesiapa yang nak tempah stokin comel tu bolehlah add Marina Hunny di sini ya.


P/S Lagi pesanan.. nak beli sarung Ipad yang cantik-cantik?? Tengok sini ya..


































P/S Errrrrr... dah tak ada pesananlah.... tata titi tutuuuuuuuuuuuu muahhhhhhhh!



Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Panjangnya luahan hati Sari ni....dah mcm novel akk baca dr A sampai Z. Kiranya JB ni dlm tgn la ye? Kita org balik nnti boleh la cari sari, manjang je sesat...
    Akk pun suka baca blog k.jun tu tp jrg dpt bw.

    ReplyDelete
  2. salam kak sari.. orang berbudi, kita berbahasa ya =) alhamdulillah, gembira bila kenal rapat dgn rakan2 blogger nih kan.. nnti nk tgk hasil kek yg penuh munga2 ^^

    ReplyDelete
  3. nampaknya akak luahkan habis habisan nih. tapi mesti ada jugak yg tak tercerita dan simpan dalam hati je kan? :)

    ReplyDelete
  4. suka baca n3 kak yus...yg sekali sekala keluar tp bila baca mesti menghiburkan hati...ada2 jer yg mencuit hati n terkene kat 'batang hidung' sendiri... :)

    kak..lia ada buku ni,masa kemaruk blaja buta cupcakes dulu2..skrg dah terperuk kat dalam kotak...ntah bila nak m'uli gumpaste ni agaknya...masa lbh kpd m'uli anak2 jer... ^____^

    ReplyDelete
  5. Jelas terluah rasa pengharagaan yg tidak terkata. Ikatan ukhuwah yg terjalin kian erat bukan dek kerana saling memberi/menerima tapi tanda ingatan itulah yg terpaut di hati...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa..kan.


    Kirim salam kat kak jun bila ko p menuntut dgn dia kelak..aku suka baca artikel dia dalam Jelita dulukala..masa team dia kat Jelita paling best sebab topik yg dipaparkan padat pengisiannya


    p/s...nampaknya kita sepesen..cakap tak payah pakai mikrofon..sebatu boleh dengau ..kihkihkih

    ReplyDelete
  7. panjang betul luahan....mesti seronok dapat buku tu kan..

    suka baca kisah duit seringgit tu, moga jadi panduan dan pengajaran buat semua...

    ReplyDelete
  8. Adat orang memberi kita merasa, begitu kaya budi bahasa orang2 kita ya.
    Alhamdulillah, hajat Sari nak menguli bunga gum paste tu akan tercapai jua nanti..jangan lupa paparkan di sini nanti ya. Teruja juga tengok buku yg Kak Jun hadiahkan itu....step by step lagi gitu.

    ReplyDelete
  9. ayu yang menitiskan airmata..

    ya Allah, naiknya kak jun dan anaknya..

    kakkkkkkkkkkkkkkkkkk.. suka sangat2 sebab kamu dapat kawan alam maya yang tersangat best..

    ReplyDelete
  10. salam,

    erm, tulah kkdg klu bab2 derma cthnya kita terlalu berkira dgn note besar, sampai kdg blh ckp tkde duit keciklah, huhuhu...

    ReplyDelete
  11. bestttttnya,sungguh teruja,orang memberi kita merasa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!