Assalamualaikum WBT
PAGI tadi, sampai pejabat, macam biasa aktivitinya, keluarkan handphone dan cermin mata dari handbag. Tapi, masa pegang kotak cermin mata tu, rasa ringan dan kosong. Selalu ada bunyi bingkai cermin mata berlanggar dengan kotaknya, tapi ni rasa tak ada. Lahhhh.. mesti tertinggal dekat tepi katil. Nasib baik ada cermin mata lama yang ditinggalkan kat office ni. Tidaklah kabur mata nak baca thread kat handphone, hehehehe.
Cerita Khamis lepas, 22 Oktober, Sk dan Iman berdua sahaja pergi Havoc Food Fest di UTM. Nampak macam rajin jer kami pergi Food Fest kan. Dia bukan rajin tapi setiap satu penganjuran Food Fest ni, kadang-kadang ada vendor yang tak selalu datang ke Johor. Contohnya vendor Sweets by Baby yang menjual taufufa ni. Iman teringin nak rasa taufufa dia. Tu la tu pergi Havoc Food Fest ni. Nak beli Akok Khadijah, panjanglah pulak beraturnya.
Lepas pusing-pusing sekejap, kami buat keputusan untuk makan malam di Mama Chop Papa Grill, Taman U. MCPG ni dulu ada beberapa cawangan, tak tahu la cawangan lain masih ada ke tak. Memang rare la MCPG tetap bertahan sehingga kini. Bila Sk buat carian di post lama, kali terakhir kami makan di sini tahun 2015, dah 11 tahun lepas, hihi.
Dalam post lama tak ambil gambar menu dan harga, jadi tak pastilah jika ada kenaikan harga. Tapi tengok harga sekarang tidaklah luar biasa sangat, masih berpatutan.
Menu sampingan dan minuman banyak pilihan.
Kami dua orang pilih minuman float seorang segelas saiz jumbo. Terkejut bila ianya dihantar ke meja, amek kauuuu!
Besar macam jug. Mula bayangkan macam saiz mug dekat A&W tu jer, hahaha. Tapi, boleh habis pulak tu. Ialah, nak seimbangkan dengan makanan yang kami pesan, hahaha.
Iman cadangkan kami betkongsi menu set dan tambah pasta. Pasta pilihan kami Spaghetti Bolognese. Ada side dish ya iaitu sebatang sosej dan coleslaw.
Sos bolognesenya sedap, tak masam dan banyak jugak isi daging cincang. Spaghetti direbus sehingga al dente, tak ada rasa spaghetti murah. Selain bolognese, boleh pilih sos carbonara.
Untuk menu set, kami pilih Papa Grill Set. Set ni mengandungi ayam, kambing dan lembu dipanggang, kentang goreng dan coleslaw. SK ni risau la kambing liat, lembu liat tapi tidakkk ya. Kambingnya empuk sekali. Steak daging tu dimasak medium rare, juicy dan lembut. Memang tak ada la sakit rahang mengunyah. Berbaloi la kongsi set ni, boleh makan semua.
Minta pinggan kosong, dan ceduk bahagian mana nak makan ke pinggan masing-masing. Duduk pulak sebelah-menyebelah sebab masing-masing nak tengok tv yang digantung di dinding ruang belakang restoran. Ramai jugak pelanggan yang datang ke Mama Chop Papa Grill ni ya. Kebanyakan datang berkeluarga. Ternyata Mama Chop Papa Grill masih popular biarpun banyak restoran western yang dibuka di sekitarnya.
Wujud lagi ye restoran Mama Chop Papa Grill ni. Dulu masa saya duduk di apartment Melawis di Taman U ada satu cawangan MCPG ni. Tapi tak pernah la cuba smp skrg ðŸ¤
ReplyDeletelaaa restoran ni ada lagi rupanya
ReplyDeletemati2 sy igt lps KP hari tu dah tutup
sbb kat melaka mmg dah tak jumpa daa resto ni lg (sbb arwah mak cik penah bw sy mkn kt sini dulu)
kt kl tak tahu laa pula
Pernah mkn kt area umh adik kt shah alam tp rsnya skarang dh tutup... Besar btul air float tu... Lama xminum air gas
ReplyDeleteDulu ada cawangan mama chop papa grill ni kat mentakab pernah makan, tak silap kat kemaman pun pernah juga makan. Masih wujud rupanya lama dah Cie makan tu berbelas tahun dah.
ReplyDeleteMacam dah lama x dengar mama chop papa grill ni..x ingat la kat Seremban ada ke tak cawangan diorang...harga pun ok tu x pricey pun..
ReplyDelete