MAKAN-MAKAN & CORAT-CORET SEMALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SEJUKNYA pagi ni. Semalam, hujan turun lebat secara tiba-tiba selepas maghrib. Tapi, sekejap jer, tak sampai lima minit dah berhenti. Tengah siapkan makan malam, hujan turun semula dan berlarutan sehingga awal pagi. Sk teringat rumah sepupu (anak Arwah Mak Usu) di Kampung Sri Jaya, janganlah banjir. Sejak ada projek pembinaan kondominium di tapak kilang kain lama Batu 6 tu, kerap jugak naik air dan pernah banjir sampai tinggal bumbung. Sedih sebab Sk sekeluarga pernah tinggal di sana sejak tingkatan dua dan berpindah selepas kahwin. Ibu pulak ikut Angah berpindah semasa Iman 6 tahun. Mak Usu dan Pak Usu pun dah meninggal dunia, tinggal dua orang sepupu Sk yang masih tinggal di sana anak-beranak.


Kita cerita pasal semalam, Ahad, 26 Oktober. Iman petang tu ada temujanji untuk pasang pendakap gigi di bahagian gigi bawah. Jadi, nak kena makan sedap-sedap dulu la sebelum pasang. Kami ke WR Kopitiam di Taman Nusantara, Gelang Patah.

Sistem secara layan diri, boleh pilih kuih dan terus ke kaunter buat pesanan makanan dan minuman, bayar dan ambil buzzer. Bila makanan siap, buzzer berbunyi.

Kami pesan, Nasi Lemak Telur Mata untuk PI, Lontong untuk Sk dan Iman, Roti Bakar Bun, Roti Bakar Keping, Telur Separuh Masak, Popia Sayur, Teh O Panas, Kopi O Panas dan Sirap Bandung.



Gara-gara fyp di thread pagi semalam, Pengantin Baru BASS sarapan sate di Muar, kami pun nak join jugaklah makan sate. Sk suruh Iman pesan 10 cucuk sate daging, dia tambah lagi 10 cucuk sate babat. Walaupun selalu sarapan di sini, tapi ni pertama kali pesan sate. Sate kena pesan terus ke warung sate yang terletak depan kopitiam. 



Padu sungguh ya sate dia. Dari perapan rempah, kelembutan daging, lemak yang mencair di tengah-tengah tu, wallawehhhh!! Sate tak habis la, banyak sangat dipesannya, bungkus bawa balik. Begitu jugak 2 ketul popia dan separuh roti bakar keping, bawa balik. 



Lepas zohor, Sk temankan Iman ke Klinik Gigi di Taman Impian Emas. Bersungguh-sungguh minta teman padahal beberapa kali temujanji sebelum ni, dia pergi sendiri. Sampai klinik masih ada 20 minit lagi, kami menyendol dulu di warung berhampiran.



Klinik Pergigian Sarah Omar. Iman pilih temujanji hujung minggu supaya tak kacau hari kerja. Klinik ni tak terus pasang braces dekat kedua-dua gigi atas dan bawah ya. Lagipun ada masalah sikit dengan gigi bawah, dia pasang atas dulu. Tu pun masa tu pasang getah sebelah aje, nak bagi manja-manja dulu, kata dentist tu.



Dari Taman Impian Emas, Iman ajak ke BBU cari baju untuk konvo dia bulan November depan. Mula dia tanya, nak pergi lagi ke Warehouse Sale Jannah Noe tu. Sk ajak terus ke BBU la, risau terjebak lagi membeli-belah kat JN, hahaha. Dah masuk 3 - 4 butik, tak jumpa baju idaman, bila dah ada yang berkenan, saiz pulak tak ada. Jadinya, kita ngeteh dulu la kat Sang Gerai.



Sk pilih Kueyteow Goreng. Kueyteow dia goreng kering, ada udang frozen. Sedap biasa-biasa aje la, takde la wow sangat.



Pesan mantao cicah kari. Mantao sedap, gebu, garing di luar dan ditoskan dengan baik. Kuah karinya jer la, kuat rasa kayu manis kot.



Iman kalau ke sini, memang suka makan nasi ayam. Ni ambil set sama dengan kami makan sebelum ni, cuma minuman ditukar dengan Teh Ais. Teh Ais dekat sini memang power eh, dengan Sk sekali terjebak minum Teh Ais.


Tunggu set Nasi Ayam Iman, tak lengkap-lengkap, jadinya, kami makan dulu la apa yang ada.


Dah separuh luak makanan Iman, baru la sayur taugeh dan Pie Tee ni dihantar. Tu pun entah berapa kali ditanya.



PI tak ikut, kita tapaukan makanan untuk dia siap-siap. Sk tapau sama dengan apa yang Sk makan termasuk Teh Ais pun tapau sekali. PI makan separuh aje sebab dia sebelumnya dah habiskan sate, heheh.



Lepas makan, kami sambung misi cari baju konvo Iman di Primavalet yang sederet dengan Sang Gerai. Primavalet ni la kan yang menemukan Bella Astillah dan YB Syed Sadiq, jadi, marilah kita ke sini. Mana tahu, ada rezeki bermuamalat dengan Primavalet pulak, hihi.



Dekat sini, pakaiannya lebih tersusun dan ada diskaun  penghabisan stok rupanya. Boleh tahan cantik-cantik jugaklah bajunya, tak kalah dengan Jannah Noe. Kain pun selesa dan tak panas. Pembantu kedai terus bertanya, jika ada kategori pakaian yang kami inginkan, jadi, Sk pun tak menengok sangat la.



Syukur sangat la ada baju yang Iman berkenan dan ada saiz pulak. Sementara staf carikan stok baharu, staf promot pulak baju-baju yang ada diskaun. Ada yang sepasang RM99, dua pasang RM150. Sk dan Iman terus la pilih-pilih tapi macam biasa la, warna yang kami berkenan tak ada saiz, hihi. Yang ada saiz, warnanya pulak tak berkenan.



Baju RM39 pun ada ya. Harga asal ratuih-ratuih ni. Terjebak jugaklah Sk akhirnya, hahahaha.
Ni nasib ada saiz, kalau tidak, hampa jugak sebab murah giler! Walaupun murah, dia bagi stok baru ya, bukan baju yang bergantung-gantung ni. Korang yang tengah cari baju bolehlah datang Primavalet.



Jalan pun dah tak berapa betul, Iman ajak pulak cari kasut. Tapi, dia tak berkenan, samalah, patern yang dia suka, warna pulak tak ada hitam. Konvo wajib pakai kasut hitam. Walaupun ada yang cakap, boleh jer pakai kasut warna cerah, tapi lebih baik beringat. Macam Sk masa jaga konvo kelmarin, ada pulak eh yang datang pakai sandal warna putih. Geram betul!



Malam, malas nak keluar makan. Masa bertugas AJK Konvo Pendaftaran Sabtu lepas, dorang bagi makanan bungkus, Nasi Beriani Ayam Masak Merah sebungkus, Sk panaskan ni jer la. Iman pun kata tak nak makan banyak, jadi SK makan suku, Iman makan suku, PI makan separuh. Burpppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur tgk sate tu sbb lama xmkn.. Menu2 lain pn dugaan sbb tgk di kala tgh puasa ni.. Trus lapar haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!