PULUT MANGGA & IKAN SENANGIN GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SYUKUR kepada Allah swt, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan, esok, Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul sebagai juara Piala Malaysia 2026 (musim 2025/2026) selepas menewaskan Kuching City FC dengan keputusan 2-0, malam tadi. Perlawanan akhir edisi ke-99 ini telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Nampaknya, cuti berselang harilah bangsa Johor. Isnin cuti, selasa kerja, rabu cuti lagi sempena Hari Raya Aidiladha. 



Kawan Sk bagi buah mangga besar gedabak isnin tuari. Masa dia bagi tu, mangganya belum cukup masak lagi, Sk simpan dalam beg recycle tu. Semalam, tiba teringat, sedapnya kalau buat Pulut Mangga. Sk periksa buah mangga, masih hijau lagi tapi ada bahagian yang macam dah lembut sikit. Agaknya ini buah mangga masak hijau.


Sementara mengukus pulut, Sk buatkan santan untuk diarung dengan pulut. Tak buat banyak pun, cuma 2 cup pulut jer buat lepas teringin nak makan Pulut Mangga. Ini Sk bancuh santan kotak dengan air masak, garam dan gula.


Buat sos untuk pulut mangga. Sukatannya asal boleh aje la, santan kotak bancuh dengan air, garam sedikit, gula dan tepung beras.


Mangga tadi ada 'orang' lah pulak. Kalau dulu-dulu mahu Sk melompat, sekarang rilek aje buang. Mangga potong dadu.


Malam baru makan pulut mangga. Siang tu makan nasi dengan Asam Pedas Ikan Pari dan ikan senangin goreng ala Kedai Asam Pedas Botak.


Suka sos pekat-pekat macam ni. Dua mangkuk jugaklah melayan dengan PI, hehehe. Tapi tak puas hati dengan kejadian pulut tu. Silap sendiri tergesa-gesa memasak, pulutnya tak direndam dulu, menjadikan tekstur pulut sedikit jelatah. Jadinya, lama la proses masak pulut tu supaya tidak mentah. Lain kali kena rendam jugak, jangan kelam kabut nak cepat siap.


Makan tengahari kami semalam, lauk ikan senangin goreng.



Kalau di Kedai Asam Pedas Botak, ikan senangin goreng selalu dilawankan dengan Asam Pedas Ikan Merah. Tapi ni, Sk masak Asam Pedas Ikan Pari.




Ada asam pedas, kena ada telur dadar.




Telur masin dari majlis perkahwinan anak Blogger Sinar Kehidupanku, Kak Nor Hayati Ramlan.



Iman kata, susah nak diet sebab bonda masak sedap. Hurmmm.. masak sedap salah, masak tak sedap lagi salah la pulak nanti, kan.. hihihi. 

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat menjamu selera.
    Selamat bercuti dan beristeri rehat.
    Kita jdt jugak, tapi tak dapat cuti.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!