Assalamualaikum WBT
SYUKUR, tahun ini diberi kesempatan oleh Allah swt dapat menyambut Aidiladha bersama keluarga dan adik-beradik serta anak-anak saudara di Tanah Jauhar. Paling bermakna apabila tahun ini Sk sekeluarga dapat berpuasa sunat Hari Arafah, dia punya nikmat masa berbuka tu, sampai menitis air mata. Memandangkan lauk Asam Pedas Ikan Pari masih ada, Sk tinggal masak nasi dan goreng seekor lagi ikan senangin tu. PI balik kerja, singgah beli dua pek rendang daging (RM35/bekas) dan sekilo ketupat palas (RM30). Jadi, berbuka tu makan nasi dulu, pukul 9 malam baru makan ketupat palas dan rendang sebekas. Esok paginya, jiran kami, Kak Ani hantar lauk raya, ada nasi impit, sambal telur, kuah lodeh dan daging kormak. Kami sarapan dulu dengan juadah Kak Ani dan ketupat palas rendang daging yang PI beli semalamnya. Pukul 11 barulah bergerak ke rumah Cik Ani yang menjadi destinasi sambut Aidiladha tahun ini.
Menu Aidiladha kami, Nasi Beriani dan konco-konconya. Luar biasa sedap Nasi Beriani Cik Ani, tak sama dengan Nasi Beriani yang biasa kita makan di rumah orang kahwin ya.
Ada lauk tulang lembu ni.
Ayam Masak Merah semestinya ada.
Pajeri Nanas Istimewa.
Kita tunggu semua orang sampai la ya, makan sama-sama.
Ketupat palas ni tak silap kakak Che Li buat.
Ada Bubur Pulut Hitam.
Yang depan sekali ni, dalca.
Tuan Tanah Kedaung sedang ceduk Sup Kaki Lembu yang dimasak Angah. SK tahun ni minta mahap, memang bawak perut semata 🤣.
Masa untuk menjamu selera.
Iman pakai jubah dari Arab.
Hitam dan emas.
Abang Jamal
Angah nak makan roti dengan sup.
Izzat makan nasi beriani, sambung pulak makan sup.
Ilham tengah fikir nak makan apa dulu.
Indah cuti panjang raya haji ni.
Che Li
Chef kita, tenkiuuuu, Cik Ani.
Jaika
Cikwa
Raya haji kita tema Arab laaaa..
Haiya Cik Siti
Pelempuan manyak mudaaa!
Bersama Kabu, kucing Cik Ani.
Berkepit aje la ya kalau ada kucing, PI ni
Gambar ramai-ramai kenangan Aidiladha tahun ini.. Alhamdulillah, syukur selalu.




























Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih