SARAPAN DI WARUNG 800 & MASAK ASAM PEDAS IKAN PARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


MALAM ni bakal berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia 2025 - 2026 yang akan menyaksikan pasukan Johor Darul Takzim dan Kuching City FC. Ramai yang bertanya-tanya, adakah Johor akan diberi cuti peristiwa pada hari isnin nanti? Best jugak tu kalau dapat cuti, kan.. mintak-mintaklahhhh, hahahaha.



Malam tadi PI tunjuk VTT sebuah kedai makan di Pekan Nenas yang menjual Nasi Lemak bungkus daun pisang 100%. Nama kedainya, Warung 800. Tahulah PI tu, die hard fan NLDP ni. Dulu, masa PI sekolah rendah, mak mentua Sk jual NLDP. Bukan jual di gerai tapi PI bawa ke sekolah. Nanti ada cikgu-cikgu yang beli. Masa arwah mak masih ada dan belum diserang strok, tiap kali balik kampung mesti mak akan buat NLDP khas untuk PI, dapatlah Sk tumpang sekaki, heheheh.



Cerita pasal Warung 800 tu, kan.. masa kami sampai nampaklah kakak tu dah bentang daun-daun pisang untuk diletak nasi lemak. Tapi nasi lemak masih dalam periuk. SK agak, dorang dah masak untuk 2nd trip kot. Tu takpa, nasi lemak seperiuk besar tu semua dah ada orang punya. Tak ada rezeki nak makan NLDP. Sudahnya Sk pesan aje roti canai, PI makan roti telur. Sebelum tu, PI makan mihun goreng putih. Nasib baik roti canai tu sedap, terubatlah hati tak dapat NLDP. Tu pun dua kali kami pergi balik ke kaunter nasi lemak, tanya jika ada lebih, tetap jawapannya belum tau lagi (macam tak ada). Lepas tu nampak ada pekerja hantar lontong, Sk pun pesan lontong bungkus, dua. Masa nak bayar di kaunter, sekali lagi Sk tanya NLDP, dapat satu pun tak apa. Akhirnya kakak tu bagi satu. PI pulak kata, dua pun takpe, dapat jugak dua, hehehe.



Dari Pekan Nenas, kami ke Pasar Tepi Sungai Pontian. PI kata nak cari ketam, tapi tengok ketam-ketam macam tak semangat, tak jadi beli ketam. Nampak udang laut yang warna merah tu dia dah letak siap dalam dulang, RM50. Memang ada sedulang tu la, lepas tu beli ikan senangin, dua ekor, RM20. Ya Allah, murah giler, selalu makan ikan senangin goreng dekat Kedai Botak sampai RM58 seekor, huhuhu. Beli ikan pari jugak dua keping, PI kata, Iman suka Asam Pedas Ikan Pari. Cam tu la, sentiasa ingat apa anak suka makan.



Dapat jugak NLDP yang diidamkan. Sebungkus RM3, tapi tak ada telur ya. Cuma ada sambal ikan bilis dan timun sehiris. Sedap ke sedap? Boleh laaaa. Lupa nak ambil gambar nasi lemak lepas dah buka daun pisangnya. Lepas tu, kitorang pakat-pakat ketawakan PI sebab NLDP tu tak capai KPI dia, hehehe.



Lontong sedap, tak mengecewakan. Kuah lodeh tak cair, sambal tumis sedap. Walaupun tak ada sambal kacang dan serunding kelapa, tapi rasa dia lengkap. Cuma sayur dia tak banyak, tak ada tauhu dan tempe.



PI kata, petang baru masaklah sebab kenyang tu dah makan Roti Telur, Roti Canai, Mihun Goreng, Nasi Lemak dan Lontong. Kemahen makan pagi jer dah dua kali makan.




Sk pulak, masa bersihkan haiwan-haiwan yang beli kat pasar tu, terfikir baik masak aje terus. Jadi, mula-mula terus bersihkan dan potong-potong ikan pari, perap dengan asam jawa dan garam. Lepas tu masukkan kain dalam washing machine, kemudian terus kopek bawang, blend dan tumis cili kering dan semua sekali, gedebak-gedebuk, siap masak. Sambil tu, siap jugak bersihkan udang dan ikan, simpan dalam freezer. Selesai semua, dapatlah update blog ni haaa.. sambil baring-baring, hehehe.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!