STRAWBERRY & PEACH GIANT CHEESE TART

Seri Kandi Tanah Jauhar
14
ASSALAMUALAIKUM...



SERI KANDI ambil cuti tahun hari ini. Cuti-cuti pun tak bermakna boleh berehat. pagi-pagi lagi Seri Kandi dah keluar hantar Iman ke sekolah. Sebenarnya Iman tu adalah mengendeng tak mahu pergi sekolah hari ini tapi Seri Kandi tak bagi sebab semalam pun Iman tak pergi sekolah. Dengan Seri Kandi sendiri pun terpaksa ambil cuti kecemasan semalam. Sebab apa? Panjang ceritanya, nanti Seri Kandi cerita kemudian ya. Kena tenangkan kepala otak dulu, hehehehe.

Hari tu, Seri Kandi nampak Kak Nor yang suka cubit-cubit garam tu buat fruit tart. Adohai, jatuh hati Seri Kandi dibuatnya tengok fruit tart Kak Nor. Asyik terbayang-bayang ajekan, jadi sebelum Seri Kandi angau, Seri Kandi pun mengetartlah. Seri Kandi guna resepi biasa yang Seri Kandi gunakan dalam bisnes Seri Kandi (resepi tauke kak Azita Zain) dan sebab nak sangat tart sebesar Kak Nor punya (psssttt.. Kak Nor buat bentuk love), Seri Kandi pun sambarlah acuan pie masa pergi kedai bakeri tu hari. Rupanya guna acuan besar ni tak semudah yang selalu Seri Kandi buat tu... aishhh! Tak apa, belajar dari pengalaman. Nak buat punya pasal, kan.. bukan nak makan sangat pun.. hehehe. Nak bagi orang ni, agaknya siapaaaaaaaaaaalah yang bertuah tu ya??? Kuang.. kuang... kuanggggg!!

* Resepi boleh tengok DI SINI. Dengan sukatan tersebut, Seri Kandi boleh dapat dua giant tart berdiameter lebih kurang 18 cm.

p/s Seri Kandi banyak lagi kerja nak buat... jumpa lagi nanti ya,
      Wassalam :-)))))) (senyum itu sedekah)
Tags

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya kak....cer potong tgk kjadian dlm tu...geram plak sy tgk akak dok tayang2 gitu....cam x nak mkn je....hihihi....

    ReplyDelete
  2. hahahhahaha.. gelak dulu.. meh akak cubit cubitan sari dulu nak? hehehehhe lawak betul la :)

    mmg rumit sket nak buat base dia tu kan bila mould tu besar.. tp worth it org kg kata hehehe

    best kan :)

    ReplyDelete
  3. Aduhaiiii.....nak juga. Especially filling dia tu...

    ReplyDelete
  4. besarnya kak..mesti mengancam rasanya kan..

    ReplyDelete
  5. sapelah yg btuah dapat giant tart tu yer....andailah saya yg dapat...ermmm...bestnya...:)

    ReplyDelete
  6. Besarnyaaa.kak sri skrg makin rajin kan menge tart ngetart ni...kak..sy mcm nk try belajar dgn akak bisnes tart.sy nak email akak tanya price bole x?mintak tips

    ReplyDelete
  7. Untuk dia.. Hei.. Untuk dia. Untuk dia..

    ReplyDelete
  8. berkira2 nak buat juga ni, teringin nak makan tart giant lagi...

    ReplyDelete
  9. dulu elya pernah belaja...tp x kerap buat sebb takde sapa nk makan kt umah..uh

    ReplyDelete
  10. Bertuahnya siapa yang dapat tart ni... Tak nak bagi Nur ke.. hehe (gurau je..)

    ReplyDelete
  11. peehhhhhh

    kakkkkk walau apa katamu,ianya sgttt menarikkk

    makan sebulan br abiss

    ReplyDelete
  12. wahhhh...sedap tu kak...penuh stoberi kt ats..leh try

    ReplyDelete
  13. Kak Sari, tq so much atas ucapan di blog Nur.... ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!