MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Monday, January 7, 2013

PETUA CHEESE TART GEBU & RESEPI

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH... selesai melunaskan tempahan blueberry cheese tart untuk minggu ini walaupun dalam jadual yang ketat. Skill mengetart pun dah mula kembali setelah lebih setahun Seri Kandi menutup kedai. Sebab itu kali ini Seri Kandi hanya membuka kedai pada setiap hujung minggu sahaja kerana takut badan Seri Kandi ini tak terbawa dan bagi melepaskan hajat penggemar-penggemar cheese tart Seri Kandi. Terima kasih Seri Kandi ucapkan kepada pelanggan yang setia dengan Seri Kandi dan juga pelanggan yang baru, terima kasih atas sokongan anda walaupun hanya melalui blog namun anda percaya dengan Seri Kandi.


Sebenarnya Seri Kandi menerima banyak permintaan tentang resepi cheese tart Seri Kandi dan ramai juga yang tanya kenapa cheese tart Seri Kandi begitu gebu dan tembam macam Seri Kandi, hehehe. Walaupun Seri Kandi dah beritahu link dan labels untuk mendapatkan resepi tersebut namun masih ada yang kata tak jumpa. Jadi Seri Kandi fikir mungkin mereka keliru kerana tidak silap Seri Kandi ada masukkan dua atau tiga resepi cheese tart yang berlainan. Baiklah, untuk pengetahuan anda, Seri Kandi sejak ligat berniaga cheese tart ini paling setia dengan resepi Kak Azita Zain iaitu resepi tart shell yang menggunakan margerin dan sekarang Seri Kandi paling seronok sebab jenama Buttercup telah mengeluarkan produk barunya iaitu margerin di mana sebelum ini Buttercup cuma keluarkan mentega sahaja. Apa beza margerin dengan mentega?? Aaa.. yang itu Seri Kandi tak sempatlah nak jawab, google sendiri, okey. Sebelum ini Seri Kandi menggunakan jenama (eh! tak mo tulis nanti kena saman) tapi Seri Kandi dapati ia terlalu berminyak dan pernah juga Seri Kandi guna satu jenama yang fofular juga tetapi ianya mengecut apabila masak. Dan sekarang Seri Kandi amat berpuashatilah dengan Buttercup ini, tapi sebab ia produk baru Seri Kandi kena cari di kedai bahan kek barulah jumpa, kalau di pasaraya yang dekat rumah Seri Kandi ni memang tak ada, sedihhh. Dan satu lagi gunakanlah tepung gandum yang mahal sedikit kerana hasilnya superb!


Tentang rahsia ketembaboman krim cheese tart itu pula rasanya telahpun diberitahu oleh Kak Azita Zain iaitu jangan putar krim keju pada suhu bilik. Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia dikeluarkan dari peti sejuk. Dan bagi Seri Kandi pula, jenama keju terbaik dan termahal juga adalah petua untuk mendapatkan krim yang gebu dan berkilat macam dalam gambar tu (Seri Kandi tak sapu apa-apa atas krim tu ya). Telur pula mestilah segar dan seeloknya dari peti ais. Seri Kandi pernah juga menggunakan dua jenama keju yang berlainan (tak perlulah Seri Kandi tulis ya) disebabkan jenama Philadelphia kehabisan stok. Hasilnya memang mengecewakan apabila krim cheese tart mempunyai rongga udara (berbelon) dan bila telah masak ia berlubang-lubang kecil. Sejak itu Seri Kandi bertekad tak mahu lagi menggunakan jenama selain Philadelphia dan sentiasa memastikan telur segar dan sejuk dari peti ais. Baiklah, Seri Kandi rasa setakat itulah sahaja yang dapat Seri Kandi bantu. Bagi yang masih tertanya-tanya, di sini Seri Kandi taipkan semula resepi Blueberry Cheese Tart yang Seri Kandi gunakan. Bagi yang malas nak mencanai tart shell tu, Seri Kandi turut menjual tart shell sahaja dengan harga RM14 setiap 50 keping tart shell. Bagi yang memang malas nak buat semuanya, anda bayar Seri Kandi buatkan, tinggal makan sahaja, hehehe.


Blueberry Cheese Tart
Resepi : Kak Azita Zain

Bahan tart shell :
170 gm margerin
50 gm gula icing
1 telur C (Seri Kandi guna B)
1 st esen vanilla
290 gm tepung gandum

Cara-cara :
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.
4. Tekan doh pada acuan tart, jangan terlalu  nipis dan jangan terlalu tebal.
5. Cucuk-cucuk sedikit  permukaan doh pada acuan dengan garfu.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama 25 minit.
7. Bila suam keluarkan dari acuan. (Cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil)

Bahan Krim:
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
1 telur B
1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.

5. Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
6. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 10 - 15 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak.

Selamat mencuba.

* Di sini sekali lagi Seri Kandi nyatakan bahawa buat masa ini Seri Kandi hanya menjual Blueberry Cheese Tart sahaja dengan harga RM16 satu pek, setiap pek mengandungi 25 keping cheese tart.
* Seri Kandi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah setiap hari Sabtu dan Ahad dengan tambahan sebanyak RM5 - RM8 (mengikut destinasi)
* Cara menempah : Hantar mesej ringkas ke facebook Seri Kandi Tanah Jauhar ATAU ke talian 012-7799705 dan Seri Kandi akan jawab, terima kasih.


24 comments:

Ismaliana Sulaiman said...

petua yg di tunggu2!! t.kasih kak yus :) lia dah lama x buat cheese tart kak... klu dekat mmg dah order da...

Ctnaemah said...

yus..cuba tepek gambar marjerin keluaran Buttercup tu..dalam tin ke?

EmbunRosaliza said...

Assalam sari mmg montoks cistat tu, mekasih berkongsi ilmu

Anonymous said...

Salam Sari, Terima kasih kerana memberi tips di atas. Tapi di sini saya ingin membuat pembetulan sikit, saya mohon maaf terlebih dahulu, mungkin saya silap selama ini, setahu saya dan seingat saya, Buttercup memang tidak pernah memgeluarkan product Butter, kerana ianya adalah Margerine...Buttercup hanya lah satu nama Brand sahaja dan bukan Butter.ramai yg confuse tentang isu ini kerana ingat Buttercup itu adalah Butter.

Sekali lagi saya mohon maaf. Jika saya silap tolong perbetulkan info ini kerana semasa saya di Uni lagi dan saya telah diberitahu oleh pensyarah Marketing saya yg Buttercup hanyalah Jenama product keluaran syarikat itu dan bukan Butter.

Terima kasih. Sila delete komen saya ini jika ianya salah atau menyinggung Sari.

Kak Surya.

Aziela said...

Wah...Kak Sari nie memang betul lah ikhlas. Biasanya orang berniaga semua tak nak share resipi. Tapi w/pun dah ada resipi, saya tetap tak akan buat sebab ada berbagai2 jenis vitamin yg seangkatan dengan M ada. Hihihi. Kalau dekat, teringin juga nak rasa.

Kakzakie said...

Kakak semalam beli di Angsana Seri. Kakak memang suka cheese tart. Tak kiralah sedap tak sedap tekak org malas memang sedap memanjang.

Belum kena yg Seri punya tu...

Rozita abd rahman said...

salam kak sari.. baru terfollow blog ni.. terlambat...alahai... sedapnya tart tu.. kalau dekat harus ku order..

Anonymous said...

salam yus, timekasih memberi tips...mmg teringin nk buat..tq sekali lagi..mintk izin amik resepi..zila66 :)

zila norazila said...

tips yg berguna nie seri..mmg x semua org boleh buat yg gebus ..smoga trus brkmbang biz tu:)

Nur-nba said...

Nanti kalau Nur nak order.. Nur kol akak yek.. Nampak sedap sangat!

mama sara nur said...

memang tembum dan sgt2 best dpt layan cheese tart time gini he he
tq share resepi siap dgn petua2 tu semoga bertambah-tambah rezeki ye lepas ni..amin
org yg tak kedekut ilmu ni tentu disenangi dan dipermudahkan rezekinya

tun_telani said...

tun x bertahun duk teringin nk buat cheesetart nih, smp skrg x buat2 lagi. hihi

aien ibrahim said...

Trylah... Memang sedap.

Kesuma Angsana said...

tq share . luv this so much

Ogy Labouchee said...

Buttercup tu lepa susu

aDisH.sHidA said...

teringin nak mencuba tp itu la shda xmakan cheese bagai nie..huhu

nizzesme said...

Salam..sis da mention tlur from peti ais kan..means gunakan sejuk or biar suhu biik dulu after kuarkn :)

nizzesme said...

Salam..sis da mention tlur from peti ais kan..means gunakan sejuk or biar suhu biik dulu after kuarkn :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Nizzeme, utk putar krim gunakan telur sejuk dari peti ais, utk pastri letakkan telur pada suhu bilik dahulu..

maaf, lambat jawab soalan Nizzesme

sha said...

Salam sis nk tanye acuan tart gune saiz apa ye?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Waalaikumussalam, Sha..
SK guna size 4.5

aku punya blog said...

alhamduillah...jumpa pla resepi ni...mohon copy resepi ye...tq....in shaa allah nak cuba...(kalo dtg rajin le..h.he..)

ZALINA BT ZAINON said...

Tahniah sari sbb kembali buka kedai! sy pulok tutop kedai kejap sbb skrg ni tgh alahan..huhuhu... by the way, semoga trs sukses dgn produk br awak ye!act,br je tergrk nk tnya kt fb cemana cheese tu leh montoks+tembam... nt nk trylah.... :)

Naadia Mazlan said...

salam, kak Seri nak tanya,
krim keju tu disimpan dalam peti sejuk? maksudnya freezer atau refrigerator?
telur pulak? freezer atau refrigerator?
sebab Kak Sari mention peti sejuk dan peti ais.. saya konfuse :p
saya suka buat cheese tart di rumah, sebab mak saya suka makan.. :-) untuk kurangkan rasa lemak sebab makan banyak keju, saya letakkan sikit jus lemon..

Share It

Anda Sukakan Ini?