TIDAK puas menikmati gulai asam pedas ikan merah di Restoran Tanjung Nelayan, Gelang Patah.. baru-baru ini (gambar.. SK takde buat entry khas tentang tu) kelmarin ER beli seekor ikan merah bersaiz sederhana. Cukuplah (mungkin berlebihan) untuk makan tiga orang. Katanya, tak puas makan di kedai. Puas lagi makan air tangan SK. Iman pun cakap macam tu. Jemu makan di kedai, bonda masak lagi sedap.
Ini masakan gulai asam pedas ikan merah SK. SK kalau masak ikan yang lembut-lembut macam ni memang suka masak dalam kuali. Nak menumis pun guna sudip, mengangkat ikan pun guna sudip, supaya ikan tak patah riuk. Maaf, tak ada gambar yang terhidang cantik dalam pinggan. Semua orang dah lapar, jadi lepas hidang kita terus jadik Sang Bedal! hahaha...
.......................
Sebenarnyakan.. yang SK nak cerita ni... pagi tadi tiba-tiba SK naik angin. Angin SK naik berpunca dari satu warkah yang SK terima petang semalam. Masa terima warkah tu, SK tak rasa apapun.. macam orang yang dah tak ada perasaan gitu. Dapat warkah tupun masa dah nak balik. Jadi tak sempatlah nak bergossip. Ada beberapa orang kawan SK yang turut terima warkah yang sama dan isinya sama. Pagi ni, SK terserempak dengan seorang kawan yang dapat warkah sama tapi skripnya lain. Lalu terluahlah perasaan masing-masing. Skripnya bukan cerita bohong, bukan juga fitnah. Tetapi isi cerita warkah itu menafikan hak kami sebagai seorang staf yang menyumbang kepada syarikat. Adakah kami ni makan gaji semata-mata?? Tidak ya!! Kami menyumbang sesuatu supaya 'awak' boleh dapat lima enam biji bintang yang awak nak tu. Kami dapat apa? Letih! Lelah! Antara syarikat dan pekerja saling memerlukan. Jangan fikir kerana syarikat membayar gaji, syarikat boleh buat apa sahaja. Awak jawablah! Jawablah nanti di 'sana'. Cukuplah! SK dah muak dengan kerenah mereka-mereka ini. Memualkan!! Kalau ikut hati, memang SK buat gulai!!!
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih