ANTARA SALERI DAN SADERI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM...

PERGI pasar. Beli daging sekilo.. tulang sekilo.. nak buat sup tulang (DI SINI). Lepas tu pergi beli daun-daun untuk tabur atas sup, cili merah dan cili padi untuk buat sambal belacan. Ambil bakul, masukkan cili segala cili, halia, serai, tomato, carrot, daun bawang dan daun sup.. cari lagi satu benda tak jumpa.. iaitu daun saderi :-))))

Tanya dengan encik penjual..

"Daun saderi tak ada?"

"Ooo.. daun saderi ada.. ada kat depan."

Berlalu ke depan, tetiba dengar encil penjual memanggil... "ni daun saderi," sambil angkat daun sup dalam bakul saya (tadi).

imej dari google
"Oh, tu bukan daun sup ke?"

"Daun sup dengan daun saderi tu samalah," ish.. iye ke.. malunyerrrrrrrr...

"Errrr.. saya nak cari daun yang.. alaa.. dia selalu orang letak dalam sup tu.. yang batangnya lebar-lebar tu..."

lamaaaaaaaa.. semua orang berfikir agaknya apa nama daun yang SK nak tu...

"Saleri???" tanya isteri (mungkin) encik penjual.

"Haaaaaaa... kottttt," huhu.

"Kat sana tu saleri.." sambil tunjuk satu arah. "Oooooo..."

Malu.. malu weiii tak kenal daun saleri dan saderi... huhuhu.

 
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alahai adik oii...ini kalau Che Mat Gebu baca ketawa guling-guling SK:)

    ReplyDelete
  2. hahah saya pun tak baper nak kenal lagi. hehehhe

    ReplyDelete
  3. Salam kak sari,
    :D Saya pula kak, kalu nak cari saleri kat tesco, terpaksa cari nama omputih : celery...

    Tapi kan, sampai skrg ketumbar ngan daun saderi susah saya nak beza, mesti kena cium bau dulu...haha...

    ReplyDelete
  4. saya pun tak tahu nak beza saleri @ saderi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!