ASSALAMUALAIKUM...
TELUR mayong ini Sk jumpa di Pasar Basah Parit Jawa, Muar.
Biasanya kalau perjalanan balik dari Melaka, ER tak mahu ikut lebuhraya. Ngantuk katanya. Memang pun asyik menguap ajelah dia sepanjang jalan. Kalau ikut jalan kampung seronok, redup. Sk suka jugak tengok rumah-rumah kampung yang macam gudang di kiri kanan jalan tu. Ialah, kita ni duduk rumah teres, memang jakunlah bila tengok rumah lama yang besar-besar tu. Pulak lagi kalau masih dikekalkan ciri-ciri tradisi. Kagum sungguh!!!
Dan tidak sah juga perjalanan tu kalau tak singgah ke pasar di Parit Jawa ni. Tujuan tu nak cari udang tapi entah kenapa hanya ada satu gerai jer yang jual udang sebesar ibu jari tupun dah lembik. Memang tak menarik langsung. Bagi yang tak tahu, pasar di sini tidaklah besar tapi kebanyakan makanan laut yang dijual adalah segar sebab di sebelah belakang pasar ini ada jeti nelayan. Kebanyakan yang dijual belum disimpan dalam air batu lagi tau. |
Harga di sini juga agak jauh berbeza dengan harga pasaran di JB. Mungkin kerana tak banyak perantaraan antara nelayan, peraih dan penjual jadi harga tu masih boleh dirunding. Kalau kita tawar tu dah tentu dapat dan kalau beli banyak dikurangkan lagi harganya. Penjual ikan di sini juga sangat peramah dan mesra pelanggan. Apa yang kita beli akan disiang mengikut kehendak pelanggan dan dibalut dengan suratkhabar sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Mereka juga dah tahu kalau yang beli tu orang luar macam Sk ni. Ialah, tiga empat bulan sekali baru nampak batang hidung, kan. Nanti mesti diorang akan tambahkan air batu sekali. Siap offer kotak lagi tau supaya apa yang kita beli tu tak rosak menempuh perjalanan jauh. Mula-mula masa terpandangkan telur mayong ni sahaja Sk dah terliur. Tapi, Sk musykil juga sebab dia tulis situ 'BRONG'. Apakah 'brong' tu yek. Ikan brong? Isk, tak pernah jumpa pulak ikan brong. Telur Brong? Apakah??? |
Rupa-rupanya, brong tu maksudnya borong. Kalau ambil semua telur tu kira boronglah RM21/-. Pakcik penjual tu menunjukkan ikan mayong yang baru dibedahnya. Mulutnya riuh bercerita tentang berapa ramai orang yang suka beli telur mayong. "Bukan senang nak dapat ni, nasib baik ni saya baru operate, dapat lagi satu, tulah," memang peramah betul pakcik ni. |
Apalagi, Sk pun rembat semualah sambil terbayang-bayang sedapnya lahai masak asam pedas. Kalau dah rembat telurnya, kenalah rembat maknya sekali, kan. Hihihihi, jadi dengan mak-maknya Sk ambillah. Banyak jugaklah pakcik tu turunkan harga sebab Er pun ada beli ikan-ikan lain. Kiranya stok untuk tiga bulan kot. Hahahaha, jangan percaya! Bukan beli banyak pun tapi entah bila nak memasaknya, lagi tiga bulan kot. Tu yang jadinya stok untuk tiga bulan, ekekeke. |
Nak tahu kenapa Sk ambik dengan mak mayong sekali? Sebabnya ada budak tu cakap, dah lama tak makan asam pedas mayong nenek masak, huhuhu. Haaaaaa, jadi tu yang Sk beli sekor terus tu hantar rumah ibu. Kiranya ni semua ibu Sk yang masak tau, bukan Sk. Terima kasih, ibu. Sebab masakkan asam pedas untuk kita. Satu periuk besar lagi maklumlah isi rumah semua kuat makan, hahaha. |
dia suruh 'borong' !
ReplyDeletek ita dah sampai kat pasar Pt jawa ni. mmg murah2 dan segar2 wpun pnduduk tempatan kata mahal compare kat KL ni lg mahal! Rasa nak borong semua ikan tapi masaknya entah bila. Berbulan2 dlm peti ais. Ikan mayong sedap gak masak sambal berserai. Huh!..buat kita terliur je.
ReplyDeleteperghhhhhhhhhhh.. rm21 telo ikan mayong.. besar lak tu.. bestnye.. kolestrol tolak tepi lah.. makan kasi kenyang dulu kan.. heheheheh..
ReplyDeletesalam ukhwah SK: ana singgah dan follow sini #742,memang terliur tgk telur ikan mayong tu..kat sini susah nak dapat telur2 ikan ni kena pergi pasar borong kut baru ada...
ReplyDeletekat sabah telor ikan mayong nie sekilo dpt rm10 je...
ReplyDelete