SALWA MEE UDANG TELUK KUMBAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...


ORANG kata kalau dah sampai ke utara tidak sah kalau tidak menikmati mee udangnya. Sebenarnya baru-baru ini ada seorang kawan yang bertanyakan Sk, di manakah nak cari mee udang yang sedap di Pulau Pinang? Masa tu Sk memang lupa ingatan sungguh yang Sk pernah makan mee udang di Penang. Langsung terlupa dan Sk beritahu Sk tak biasa makan mee udang di Penang tapi selalunya Sk makan mee udang di Kuala Sepetang. Ya Allah, mintak ampun sangat dengan kawan Sk tu, macammanalah SK boleh terlupa yang Sk dah dua kali (mungkin tiga kali) makan mee udang di Penang, sekali di Teluk Kumbar dan sekali di Juru (tak ingat juga pernah ada entrinya atau tidak, huhuhu). Nampak benar faktor usia semakin mempengaruhi ingatan Sk.


Bila sampai di Teluk Kumbar ni barulah Sk teringat.. aduh duh duh. Memang rasa bersalah sangat dengan kawan Sk tu. Kali ini, kami memilih untuk makan di Kedai Salwa. Apa yang Sk perasan ada dua kedai yang menyediakan mee udang di sini. Satu lagi tu, Sk pernah makan sebelum ni, lupa nama kedai.. hari tu tak buka kedainya dan memang tiada pilihanlah.. kamipun makan di kedai Salwa.


Wahhhhhhhhh... memang best bila melihat udang bersaiz XL menguak lentang dalam pinggan mee dan masih segar lagi. Sayangnya kuah mee udang Salwa (pada tekak Sk) agak kurang umph kerana tiada rasa udang di situ. Bukan tak sedap... sedap cuma kita tak rasa itu adalah kuah mee udang. Pulak tu Sk ni jenis yang makan mee sampai habis baru ratah udang jadi memang tak rasalah udang tukan. Kuahnya pun pekat dan Sk memang suka kuah yang pekat macam ni.


Anaknda Iman amboi bukan main lagi nak makan mee ketam. Wow... sang hero tu bukan main lagi berposing dalam pinggan. Iman terus bangun mintak pinggan kosong sebab macam Sk juga dia akan makan mee sampai habis baru diratah ketam tu. Tak toleh kiri kanan Iman makan. Sk pun rasa kuah mee ketam Iman. Wah, sedap. Memang terasa sangat ketamnya tu. Boleh dikatakan kuah mee ketam lebih terasa dari kuah mee udang. jadi sesiapa yang datang ke sini bolehlah mencuba mee ketamnya, memang umph!


Nasi goreng ni permintaan adik Sk. Cuma rasa nasi goreng yang biasa sahaja dan dihias pula udang goreng macam udang pengantin dah Sk tengok. Rasanya lebih sedap lagi kalau udang tu ditumis bersama bahan nasi goreng pasti lebih terasa enaknya nasi goreng udang tu. Tapi yang seronoknya makan di sini sambil menikmati bayu laut dan keindahan pantai. Makan pun penuh berselera apa taknya cuma waktu pagi sahaja kami bersarapan lepas tu melepak sampai petang. Dah petang baru JJCM.. jadi makan tak ingat dunialah gitu, hehehehe.


Alhamdulillahhhh!! (Baca intonasi Nasir Bilal Khan..ok!!)

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mana lagi sedap kak..sini ke..atau Kuala Sepetang?

    ReplyDelete
  2. silap tempat nie SK....nxt time turun penang, cari mee udang ayu teluk kumbar, kat sungai dua butterworth pun ada satu lagi restoren mee udang yg sgt glamer...try la !

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Beli Ketam dan udang kat pasar , masak sendiri saja. LAGI sedap.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!