MAKAN SAMBAL UDANG GALAH LEBAN CONDONG DULULAH!

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

 
KALAU orang lain memancing udang di sungai atau laut, kami yang buta joran ni tiada pilihan memang kena memancing di pasarlah jawabnya. Kalau pasar dekat-dekat tu tak apa. Ni jauhnya beratus kilometer. Sampai di Endau, baru satu gerai dibuka. Itupun sedang masih menyusun-nyusun lagi. Sk mengeluh lapar. Iman kalau bondanya lapar, dia lagilah melebih-lebih.

"Nak makan dulu?" Tanya ER

"Memanglah.. lapar niiii," Sambil menggosok-gosok perut buncit manja.

"Aaaa.. Yaya pun laparrrrrr..." adu Iman pula.

ER memandu keluar kawasan pasar. Belok ke arah kiri menghala ke Rompin. Makin lama makin jauh. Perut kita dahlah lapar.

"Babah nak makan kat mana ni??"

"Gi Rompinlah... dah dekat ni...." sambil tersengih-sengih.

"Ayoooooooo.. jauhnya, dahlah laparrrrr.."

"Alaaaa.. dekat jerrrr.."

Iman kat belakang terus terbongkang kelaparan... hahaha.


Tak jauh pun sebenarnya Endau dan Rompin kan cuma bersempadan. Layankan sajalah perut suami. Asal jangan mintak kita yang belanja sudahlah ya.


Akibat kelaparan yang amat, masing-masing bertambah nasi. Ini bukan pertama kali kami makan di Leban Condong ni. Walaupun pernah rasa tertipu tapi tetap tak serik datang lagi. ER lah tu... Kalau Sk, memang lalu sajalah. Atas permintaan, udang galah sekilo dimasak sambal. Sekilo tu cuma 8 ekor jer tau. Bukan besar sangat pun tapi dah sampaikan... redho sajalah. Rasa macam nak mintak timbang jer. Tapi macam rasa melampau sangat pulak. Sk syak udang galah ni selain dari kepala dia besar, kulit dia pun tebal. Dengan bawah galah dua batang lagikan, apa tak beratnya. Sambal Udang di Leban Condong ini biasanya agak cair dari sambal yang biasa. Ialah, udangnya tukan sikit jer, kalau tak berkuah karang tak puaslah pulak kita menikmatinya. Tak apa.. makan.. makan... orang tua kata, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut angkat kakilah... Jom balik ke Endau. Agak-agak dapat udang macam Che Mat Gebu tak????

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Udang galah ni, tang kepala dia berat....kulit dia, berat jugak! hahahaha
    Kalau nak belu udang galah, saya ada sahabat yg mmg kerja nya mengail/menangkap udang galah..dan jual..di Muar aja...

    ReplyDelete
  2. SK...kita yg dok KK ni pun jarang mkn udang galah. Jauh berjalan luas pandangan, udang galah punya pasal ni ye...
    Kakpb dah update nombor hp kat whatsapp tau, save ye.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!