RASBERRY ICE CREAM HOME MADE

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

SERONOKLAH pulak bereksperimen dengan pelbagai perisa ais krim ni. Berasaskan satu resepi yang mudah, pelbagai jenis ais krim dapat dihasilkan. Sebenarnya sejak dulu lagi di rumah Sk ni memang sentiasa kena menyimpan stok ais krim. Dua beranak ni memang hantu ais krim. Sk? Bolehlahhh.. kadang suka, kadang tak pandang pun. Sebab tu Sk memang perasan begitu ketaranya kenaikan harga ais krim yang selalu kami beli. Ais krim biasa jer pun, dulu boleh dapat sekotak (1.5L) tu RM6 sekarang lagi seposen jer dah RM10. Tu belum lagi ais krim yang ada nama dan macam-macam perisa tu.

Rasberry Ice Cream ini selain menggunakan tiga bahan asas seperti yang SK kongsi sebelum ini iaitu susu sejat, susu pekat dan ovalette tentulah rasberry menjadi bahan pentingnya kalau tak, tak jadiklah namanya Rasberry Ice Cream.. hehehe. Ini pun kakak sepupu SK jugaklah yang bagi idea. Jangan harapkan idea SK, asyik kering kontang jer, hahaha. Sk juga tambahkan sedikit esen vanilla bagi menimbulkan rasa vanilla dan rasberry.. taklah rasa susu semata. Ingat ya, ais krim ini perlu dibiar doplohpat jam (seharian) dalam peti ais (beku) bukan semalaman. Kali ini SK tambah lagi masa beku untuk diputar semula, Sk dapati makin lama masa yang kita tambah, lebih lama ais krim kita bertahan di luar. Jom!!!

RASBERRY ICE CREAM

Bahan :

1 1/2 tin susu sejat F&N** (pink)
1/3 tin susu pekat F&N **

1 sudu makan ovalette**
1 sk esen vanilla**
1 peket Jelly Kristal Nona Perisa Rasberry
3 sb air panas mendidih

Cara :

1. Putar semua bahan bertanda ** sehingga gebu dan naik dua kali ganda.
2. Simpan beku dalam peti ais selama satu hingga dua jam. (Masuk jer dengan mangkuk tu dalam peti ais, tak perlu tukar mangkuk)
3. Keluarkan dari peti ais. Putar semula sehingga gebu.
4. Masukkan ke dalam bekas untuk dibekukan.
5. Bancuh jelly kristal dengan 3 sb air panas. Kacau rata-rata.
6. Tuang bancuhan jelly di tengah-tengah bekas aiskrim.
7. Kacau kasar secara membulat.
8. Bekukan seharian (24 jam)

p/s SK ada kesilapan teknik masa masukkan bancuhan jelly tu jadi tak berapa nak jadi corak rasberry tu.. takpe.. lain kali boleh buat lagi, hihihi.

p/s Bagi anda yang kurang suka manis, boleh letak susu pekat separuh dulu dan kacau, rasa dulu bancuhan ais krim anda..



 

Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kak, lainkali saya gi JB, saya nak ketuk pintu minta aiskrim tau. Perghh...nampak sedap okehhh.

    ReplyDelete
  2. saya ada tgk di channel AFC, ' magic' buat aiskrim terpantas, tak sampai 1 minit...
    mereka gunakan dry ice! hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!