AIDILFITRI sudah 17 hari berlalu mengingatkan Sk pada peristiwa berdarah di petang 17 Ramadhan yang lalu. Haaaa... macam suspens ajerkan.. apa yang berdarah tu SK?? Hati ni berdarah! Darah naik sampai ke kepala rasanya masa tu... Oh, ya! Siapa yang kawan dengan Sk dalam fb rasanya dah tahu cerita ni.. hihihi.
Imbas semula...
Hari itu kami akan berbuka di rumah Angah. Ingatkan dari pejabat nak terus ke Senai tapi ER kata balik mandi dulu nanti keluar balik, pergi sama-sama dengan dia. Sk terus setuju jer. Sampai di kawasan perumahan Sk, teringatlah pulak nak beli ayam golek untuk bawa buah tangan ke rumah Angah. Lalu Sk pun singgahlah ke satu-satunya gerai ayam golek yang terletak di persimpangan jalan tu. Nampak macam tak ada orang selain peniaga ayam tu. Tapi, bila dah turun dari kereta dan berdiri depan gerai, rupanya ada seorang lelaki di bahagian dalam gerai. Sk rasa pelanggan macam Sk juga sedang menunggu ayamnya dipotong. Lelaki itu nampaknya seperti sudah bosan. Macam penat pun ada. Penatlah.. letih puasa kan. Sk tengok peniaga itu begitu berhati-hati potong ayam. Sk tahu dia cuma pekerja di gerai tu. Sebab gerai ayam golek ni banyak jugak cawangannya.
Sk pun tanya, "Ayam sekor kira macam mana?"
"Yang kecik RM19, yang besar RM20," jawab peniaga itu sambil terus memotong ayam.
Dalam hati Sk, 'alaaa.. beza singgit jer'... "bagi yang RM20 laa.."
Peniaga itu mengangguk sambil terus potong ayam, muka Sk pun dia tak pandang.. sangat lambat.. mak aihhh.. lambatnya.. dahlah panas petang tu.
Tak lama datang seorang mamat gebu (bukan Che Mat Gebu ya)
Mamat gebu itu kelihatan terkocoh-kocoh. Macam nak cepat ajer lagaknya.. "Ayam separuh berapa?" tanyanya sambil mengunjukkan jari ke arah ayam yang sedang dipotong. Ya, ayam yang tadi tu tak habis lagi dipotong.. hohoho.
"RM10," pendek jawapan peniaga.
"Nak separuh," pinta mamat gebu itu.
Peniaga itu mengangguk sambil terus memotong ayam. Agaaagaga.. tak habis lagikkkk???
Sk fikir, ayam separuh yang diminta mamat gebu tu mesti dia akan potong dari ayam yang harga RM19 seekor. Sk tunggu dengan
Kemudian, peniaga tu pergi ke tempat ayam yang sedang bergolek. Dia mengalih-alihkan batang-batang besi silinder tempat mengikat ayam tu. Ada tiga batang besi semuanya. Satu darinya ayamnya agak gemuk, Sk sangka itu ayam kategori harga RM20 yang Sk nak beli tu lah. Tapi peniaga itu mengambil dua ekor ayam dari rod besi lain. Ayam sama saiz sedangkan pada rod besi lain ada ayam yang besar sikit saiznya. Sk dah keliru dekat situ.
Dua ekor ayam tu, dia letak atas papan pemotong. Sebelum tu dia bentang dua helai kertas coklat untuk bungkus ayam. Salah seekor ayam tu dibelah dua dan sebelah disimpan dalam termos. Kemudian dia potong ayam yang sebelah tu. Hati Sk dah menyirap... macam air sirap. Ayam sebelah yang siap dipotong-potong tu dihulur pada mamat gebu yang menyambut sambil hulur duit RM10. Pipi Sk yang tembambom ni mula dah rasa kebas. Rasa panas. Rasa pijor jer.. huwa huwa huwa. Mamat gebu berlalu dengan bangga. Peniaga menyambung potong ayam yang seekor lagi tu. Dalam hati Sk tertanya-tanya.. betul ke ni ayam RM20? Bukanlah berkira sangat tapi kenalah jugak berkira, huhuhu. Sabar... sabar... sabarrrrr... puasa nih... akhirnya tak tahan gelodak di jiwa, Sk pun bertanya...
Sk : Ni ayam yang RM20 ke?
Peniaga: (Angguk)
Sk : (kau tipu aku dosa) (Dalam hati... nak bersuara ke tak... nak bersuara keee tak? Akhirnya Sk bersuara juga) Errr... kenapa eh, awak... orang yg datang kemudian awak dulukan.. orang yg datang dulu.. awak kemudiankan??
Peniaga : Sebab.. dia minta ayam separuh.
Sk : Kenapa kalau dia mintak ayam separuh?
Peniaga : Sebab kalau separuh kena potong cepat, tak boleh biar lama.
Sk : Eh, pedulilah dia nak separuh ke.. dia nak sekor ke.. patutnya orang yang datang dulu awak bagi dulularrr.. Dah, tak jadilah beli!!
Dan Sk terus meninggalkan peniaga itu terkulat-kulat di situ. Errrr.. ada sorang pakcik baru sampai.. Sk tak tahulah pakcik tu sempat tak sempat rakam perbuatan Sk yang naik baran. Tapi Sk rasa teraniaya dan diperbodohkan tau. Dahlah menunggu dia potong ayam macam nak pitam... grrrrrr.
Sedih dgn peniaga bangsa kita yg tak alert hal ini...
ReplyDeleteMemang ada kes macam ini SK..
Sesekali perlu di didik cara ini bagi dia sedar.
Nasib tak keluar taekwando ek...he he
ReplyDeleteKita pun angin org mcm ni. Mcmna bangsa kita nak jd peniaga maju mcm MCD
Hihi, sabar3x. Tp kalau kita kat situ pun mesti geremmmm je rasa..
ReplyDeletenk dapat pahala lebih la tu...tapi kena banyak bersabar
ReplyDeletehahahaha ada baca kes ni kat Fb akak update puasa aritu kan
ReplyDelete