REMUK REDAM #MH17

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...


MUNGKIN
ALLAH hendak tunjuk kepada kita
apa yang kita cakap
apa yang kita luah
apa yang kita bayangkan
sebenarnya tak semudah
yang kita cakap
yang kita luah
dan yang kita bayangkan

Apabila #MH370 hilang di lautan sepi
kita tak percaya
kita tak terima
kita andaikan macam-macam
kita kata
kalau hilang mana perginya
kalau mati mana kuburnya
kalau terhempas apa buktinya

Lalu
peristiwa yang berlaku
17 Julai 2014
begitu mengejutkan
baru kita tahu
apa yang kita cakap
apa yang kita luah
apa yang kita bayangkan
bila ianya benar terjadi
begitu pahit rupanya hendak ditelan
begitu payah rupanya hendak dihadam
hingga hati kita menjadi remuk redam

Hari ini
kita ingati mereka yang pergi
kita mungkin tak bersaudara dengan mereka
malah kita tak pernah kenal mereka
tetapi hati ini
mengapa mesti begitu remuk sekali
mengenangkan apa yang terjadi
malang yang datang tidak berbau
patah yang tidak tumbuh
hilang yang tidak berganti

Ya Allah, Ya Tuhan
Tunjukkanlah kami jalan
menuntut hak kami
yang sewenangnya dirampas pergi
kuatkanlah hati pemimpin kami
menangani dugaan sebesar ini
peliharalah negara kami
dari anasir jahat yang digeruni
sesungguhnya kami tidak sanggup menghadapi
kehilangan lagi..

Amin
Aminnn
Ya Rabbal Alamin.


Aduhai Jalur Gemilang
Hari ini kamu berkibar separuh tiang
Namun janganlah terus berhati walang
Semangat merdeka tak pernah padam
57 tahun menjadi warisan
Tiangmu teguh berdiri
Merah gagah berani
Putih luhur suci
Biru rukun berpadu
Kuning lambang setia
kepada Raja dan Negara
kita akan terus menuju hala yang sama
gigih dan taat menaikkan imej
Negara Malaysia yang tercinta

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baca entri sana-sini buat airmata kita mudah aje mengalir hari ini SK..

    ReplyDelete
  2. malaysia berkabung. saya dah berapa tahun tak pakai tudung hitam... akhirnya malam tadi memunggah ke ceruk almari.. jumpa jugak tudung hitam...

    ReplyDelete
  3. Saya tak sanggup nak follow closely. Berjurai2 air mata. Sedihhh.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!