DAH SEMINGGU... TAK APA KANNNN???

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...

kredit Affin Bank

SALAM 8 Syawal 1435H. Di kesempatan yang masih bersisa ini, Sk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya tersilap bicara dan terlanjur kata sepanjang Sk berblog ini. Mungkin ada perkataan atau ayat yang tak kena.. mungkin ada bicara yang menyinggung rasa atau gambar yang menyentap jiwa, ampun maaf zahir dan batin dipinta. Dan Sk... Sk... Sk mintak halalkan hutang blog yang tak ter'update' sejak kali terakhir 16 Julai yang lepas... huhuhuhu.


Ke mana beraya? Bagi Sk, tahun ini giliran berhari raya adalah di Tanah Jauhar. Mengikut perancangan asal, kami tak akan balik ke Kedah seperti tahun-tahun yang lepas tetapi di saat-saat akhir ER telah membuat keputusan untuk balik juga ke sana bertemu ibunda tercinta. Alhamdulillah, perjalanan pulang ke utara kali ini begitu dipermudahkan. Walaupun kereta agak banyak juga tetapi kami langsung tidak tersangkut dalam kesesakan lebuh raya. Perjalanan pergi balik yang lancar dan selamat dalam keadaan cuaca yang sangat elok.


Seperti tahun-tahun yang lepas persediaan raya bagi Sk biasa-biasa sahaja. Langsir pun tak berganti (memang selama ni tak berganti pun, hihihi). Kalau nak tahu, selama 9 tahun mendiami rumah sekarang, cuma dua kali sahaja Sk menukar langsir. Dan ini adalah kali ketiga Sk menggunakan langsir yang ada sekarang. Lagi tragis tahun ni langsung tak sempat menurun dan mencuci langsir tu, adoilaaaaaa... apalah yang kau sibukkan tu Sk??? Raya kali ini juga Sk telah mengambil keputusan drastik dengan membuang sebahagian besar barang-barang yang tak digunakan yang bikin semak dalam rumah. Proses pembuangan telah bermula seawal sebelum Ramadhan. Dan Sk juga telah memaksa ER untuk menggantikan sofa di rumah kami. Haaaa.. ni bukan saja-saja nak mintak ganti tapi sofa lama tu dah patah tengahnya.. Sk takut sedang asyik tetamu minum air sirap tetiba jer sofa tu terlipat dua, haaaa.. siapa yang naya???


Juadah raya kami macam biasalah ya... Ketupat.. Nasi Impit.. Rendang.. lodeh... dan macam-macam lagi. Ada yang dimasak.. ada yang jiran bagi dan ada jugak yang dibeli.. hihihi. Ketupat palas atas ni dibeli dari Pasar Tani oleh ER pagi hari sebelum raya bersama rendang Sk yang tak berapa nak jadi. ER kata kurang pedas. Baik, nanti Sk buat lagilah untuk memuaskan hati kekanda yang tercinta. Pssssss... yang sebenarnya dia tak tahu Sk guna rempah rendang segera sebab tulah kurang pedas walaupun Sk dah tambah lada, hihihihi. Jadi, nanti kenalah buat rendang original menggunakan bahan-bahan yang asli.. #sinsinglengan







Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selamat hari raya buat SK sekeluarga..
    Begitu juga yati memohon maaf jika ada komen yg mengguris hati..

    Cantiknya sofa raya SK.. berkenan pulak yati tengok..

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri Seri. Nampak cantik dan simple ruang tamu.

    ReplyDelete
  3. salam SK,

    cikda jugak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin.
    simple dan cantik sangat ruang tamu sk tu.. dan paling terliur tgk palas n rendang tu.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya SK minal aidin wal faizin, maaf zahir dan batin ^_^

    ReplyDelete
  5. Salam Aidilfitri buat SK sekeluarga. Maaf zahir dan batin :D

    ReplyDelete
  6. salam singgah dan salam aidilfitri ye sis
    wah! sedapnya ketupat palas
    sy lom jumpa ketupat raya ni

    ReplyDelete
  7. Salam aidil fitri sari.
    Maaf zahir batin. Kedah balik mana? Kak balik jitra.
    Cantek sofa raya he3...

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin dari kakak juga SK..
    Cantik sofa:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!