SARDIN DALAM TIN.. LAUK YANG MEMBESARKANKU SELAMA BERPULUH TAHUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
10
ASSALAMUALAIKUM...

DALAM seminggu, tidak kurang dari sekali ibu akan memasak lauk sardin dalam tin untuk keluarga. Tak kiralah, sama ada sambal sardin, kari sardin atau sardin goreng (yang ini ibu jarang-jarang masak) kami tak pernah jemu menikmatinya. Kadang-kadang, kalau stok lada giling habis, tumis sahaja bawang besar dan cili hidup banyak-banyak, masukkan setin sardin dalam kuali pun sudah cukup sedap bagi kami. Licin pinggan dibuatnya. Kalau ada kuah yang lebih-lebih dalam pinggan, sambung pulak selet dengan roti. Memang marbeles. Yang pasti belum ada lagi dalam keluarga kami yang tulangnya reput kerana selalu berlaukkan sardin dalam tin seperti dakwaan orang bijak pandai sekarang... makan sardin boleh mereputkan tulang kita macam tulang ikan sardin tu. Yang paling tak senonoh sekali ada yang mendakwa, katak digunakan dalam proses menghasilkan sardin... phewwww!!

Setiap bulan, arwah abah akan meminta pakcik kedai runcit menghantar ke rumah berdozen tin sardin. Dulu-dulu bukan senang nak ke pasar macam sekarang. Jadi, penyelamatnya adalah sardin dalam tin. Kalau tetiba ada orang datang, sardin dalam tin akan jadi penyelamat. Kerrrlasssss apa masak sardin untuk tetamu. Cuma orang sekarang ni sensitif sangat. Artis masak sardin tin untuk jamu tetamu pun boleh jadi isu.. tak faham SK.. hehehehe.

Alkisahnya, bila dah kahwin barulah Sk tahu yang jodoh Sk ni tak makan lauk sardin dalam tin. Kalau sandwich sardin dia makan tapi jangan sapu mentega. Tekaknya sungguh mengada-ngada. Masa baru kahwin dulu, kononnya isteri mithali ni sediakan sarapan sandwich sardin. Amboiiii.. merajuk tak makan. Rupanya dia nak roti tu makan alat-alat dengan sardin hancur yang dah digaul bersama cili dan bawang serta diperah dengan jus limau sahaja. Karipap sardin yang sedap giler tu pun dia tak suka. Rugi! Rugi!

Bila Iman makin membesar diapun jadi peminat lauk sardin tin macam bonda dia. Jadi, bila ER tak ada, amboiiiihhh, sakanlah dua beranak ni makan lauk sardin. Eh, bukanlah bila ada ER ni dia tak bagi masak lauk sardin. Tapi, membazir tak kalau masak lauk berjenis-jenis... hihi. Entah di mana silapnya, satu hari tu Iman makan di taska lauk sardin tin. SK tak tahu, Iman kata sardin tu sangat tak sedap, rasa nak muntah makan. Entah sardin basi ke apa, tak tahulah. Sampai Iman trauma tak mahu dah makan lauk sardin. Sandwich sardin pun Iman dah tak mahu sentuh. Fobia.. hahaha.

Lama-lama Iman dah mula boleh makan sardin. Setahun dua jugak nak pulihkan traumanya tu. Tapi tupun cuma sandwich sardin. Lauk sardin dia masih belum boleh terima. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Tahan makan nasi dengan telur taruk kicap. Dia kata meremang bulu roma bila teringat lauk sardin yang dia makan di taska tu. Sampai begitu sekali traumanya. Jadi, terpaksalah Sk berhenti dari masak lauk sardin dalam tin.

Malam tadi, teringin benarlah sangat nak makan lauk sardin. Lama sangat dah tak jumpa ni. Nak makan lauk sardin yang masak sendiri. Tumis cili giling dengan bawang sampai naik minyak. Masukkan bawang banyak-banyak, cili padi, kentang goreng... alahai... sedapnyaaa... Iman... Iman... jomlah kita makan lauk sardin malam ni... pujuk-pujuk Iman akhirnya dia mengangguk setuju untuk makan lauk sardin. Yeay!!

Balik kerja semalam, laju-laju jerang nasi. Lepas tu terus tenggek kuali atas dapur. Kena cepat-cepat sebab nak kejarkan azan maghrib... dan ada nak buat tempahan cheese tart lagikan. Cili dan bawang giling tak ada masalah sentiasa ada dalam peti sejuk. Sambil tumis cili sambil goreng kentang. Kentang pun letak banyak-banyak. Campak itu campak ini.. siap! Mandi.. maghrib.. lepas tu suruh Iman cedok nasi. Lupa tengah 'kontrol' nasi sekarang.. hahaha. Berdebarlah pulak bila tengok Iman mula cedok lauk dalam pinggan.. kui kui.

Eh, apasal sambil taip ni tertelan-telan ailio pulak ni.. hihi. Iman makan diam jer. Lepas tu... lepas tu.. dia kata, "Bonda, nak tambah nasilah..." Hahahahaha. Iman dah hilang trauma nampaknya. Iman tambah nasi bonda pun tumpang sekakilah. Lama tu tak makan lauk sardin. Lauk sardin nilah yang membesarkan Sk dan adik beradik selama berpuluh tahun tau. Apapun resepinya lauk sardin tetap di hati.


SAMBAL SARDIN

Minyak secukupnya untuk menumis
Cili kering kisar halus
Bawang kisar halus
sardin tin dan sosnya
Bawang besar dipotong bulat
cili api secukup pedas
garam
air asam sedikit
kentang digoreng dahulu

Cara :

Panaskan minyak, tumis cili dan bawang kisar hingga pecah minyak.
Masukkan sardin tin dan sosnya sekali
Kacau kaup sekali-sekala, guna api perlahan.
Masukkan bawang dan cili api
masak hingga bawang layu
tambahkan garam dan air asam (jika suka)
masukkan kentang, gaul sekejap.. matikan api.
sedap dimakan bersama nasi putih

urmmm... dah telan ailio kali ke lapan belas.. hahahaha

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam sari...
    Sedap sardin ni. Buh kicap pun sedap. Jd sambal sadin kicap he3...buh timun pun sedap. Hiris2 timun buh dlm sambal sardin. Biar timun lembut sikit angkat...dulu2 kami selalu beli cap ayam tp sejak cik asben 'go out' tpaksa beli cap yg lain sbb cap ayam ni kuatnye menangkap sendi2 he3...sedap3

    ReplyDelete
  2. Samalah kakak dulu pun masa kecik-kecik tak sudah sardin yg jadi lauk kami adik-beradik. Telu-sardin-telur-sardin. Masa tu tak tahu susah makan apa pun sedap..

    Iman dah suka harap tak lama lagi mungkin en ER pun ikut sama - senang sikit:)

    ReplyDelete
  3. samalah, smlm baru buat sambal sadin extra pedas
    mg licin sekuali
    sedapkan?

    ReplyDelete
  4. Sekali sekala pekena sambal sardin.. memang bertambah nasi lah dibuatnya.
    en suami saya pun tak suka sardin dlm tin.. mcm SK jugalah.. masak sardin time en suami tak ada Kat rumah..

    ReplyDelete
  5. uwaaaaaaaaaaaaa
    td komen kat blog kita tu nak publish, tertekan delete, huhu

    ReplyDelete
  6. sekali sekala pekena sardin pedas dengan telur dadar mmg best!

    ReplyDelete
  7. sedapnya..sy peminat sardin..
    buatlah apa saja dengan sardin tin tu..
    hari-hari pun boleh..cuma suami kureng sikit

    ReplyDelete
  8. Aduh sk sardin mmg peberet Uj.Stok sardin mesti ada.klu tetamu dtg mgejut sambal sardin lah yg Uj akan hidangkan..habih licin sambil menjilat jari...Uj klu buat sambal sardin suka guna cili api...haha trangkat kauuuu....=)

    ReplyDelete
  9. Tun kalu sambal sardin, sardin masak lemak, ngan kari sardin lajuu je.. tp kalu sardin yg just gaul2 bawang perah asam limau mkn ngan roti tu kureng sket. Mcm mana pon nk tumis jugak.. hihi... mkn sardin la tulang kuat.. penuh kalsium tu bila mkn ngan tulang dia.

    ReplyDelete
  10. Alahai, kesian iman sampai trauma. Tapi kelakar pun ada, mungkin cara bonda iman tu bercerita. hihihi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!