PORT MAKAN SANTAI DI TAMAN MOLEK

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
Assalamualaikum...
 

Warga JB yang tak kisah makan di warung tepi jalan, jom singgah makan-makan santai di hadapan Public Bank, Taman Molek ni. Lokasi yang sangat happening dengan pelbagai pilihan makanan yang pastinya sedap dan berpatutan pula harganya.


Ni gara-gara ER yang rajin meng'explore' fb page Johor Sedap.. sampailah kami ke mari. Nak cuba mee udang utara yang katanya sedap sangat tu. Tak tahulah sedap macam mana tapi semua orang kata sedap wooo. Jom kita cuba 'try test'


Sementara tunggu mee udang siap ter'order' laksa penang. Biasalah orang utara pantang jumpa makanan tradisi negeri sendiri kan. Marbeles sungguhlaaa. Sk ni memang malas nak buat laksa sendiri jadi kalau teringin tu dah tahu dah kat mana boleh dapat makan laksa penang yang sedap... nyums!

.

Haaaa.. tak lama menunggu.. siappun mee udang utara. Sekali hirup jer dah terasa keenakan kuah mee udang utara yang asli. Jadi bagi peminat-peminat mee udang bolehlah menikmati sendiri keenakannya di sini. Pengusaha mee udang ini pun anak jati Kedah katanya.

Ni dah berangan nak cuba Nasi Kukus kat sini pulak. Kan Sk dah cakap.. macam-macam ada. Tungguuuuuu!!

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dah lama kakak tak makan di kawasan Tmn Molek ni SK.
    Dulu masa kakak kerja di Austin Hills Resort selalu juga ke sini.

    ReplyDelete
  2. dulu masa arwah ayah ada dia suka la bawak gi makan kat tg dawai, pulau sayak mee udang fresh2.. pantang balik kg ada je plan dia nak bawak jalan2

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum sk...selalu keluar masuk taman molek..tapi tak terpandang lori mee udang..leh try :-))

    Nampak cam besar2 udang tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!