CENDOL HOUSE KAMPUNG MELAYU MAJIDEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...
 
Semenjak dua menjak ni rasa macam malas jer nak 'update' blog. Bukan Sk sorang lak tu.. rasanya ramai lagi blogger yang sama berperasaan macam Sk ni. Itu penyakit M makin lama makin melarat. Adakah mungkin kerana faktor umur? Sebab rasanya kebanyakan yang malas update ni pun sebaya-sebaya Sk jugakkan. Haaaa.. baik mengaku cepat! Atau mungkin sudah terlalu lama berblog.. sudah bosan dan kadang merasakan orang pun sudah bosan nak buka blog kita.. huhuhu. Betul ke????
 
Disebabkan hari ini Sk agak rajin, Sk nak cerita tentang 'Cendol House' yang terletak di Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee. Sk rasa ramai warga Johor Bahru yang tahu lokasinya tapi bagi orang luar cuba cari jalan dari Masjid Kampung Melayu Majidee.. ada 'traffic light' di situ.. ambil jalan menuju ke Larkin (Jalan Utama) nanti anda akan nampak Cendol House yang berhiaskan atap rumbia ini di sebelah kanan.
 
 
Macammana? Tengok jer kedai ni hati dah tertarikkan. Macam cakap kat kita.. singgahlah... singgahlahhh.. gitu. Masalah yang paling utama di sini adalah tapak letak kereta. Kalau ada tempat letak kereta yang selesa dan selamat rasanya Cendol House ni pasti dapat sambutan yang lebih hebat. 
 
 
Berkonsepkan warna hitam dengan hiasan ala-ala kampung hati rasa tenang dan santai jer makan di sini. Sesuai dengan namanya, cendol adalah pilihan utama mereka yang berkunjung ke sini. Selain cendol terdapat juga pelbagai jenis minuman panas dan sejuk disediakan. 
 
 
Haaa.. cuba tengok tu. Cendol pun ada macam-macam jenis. Sk pulak sukakan cendol yang asli. Sk kurang gemar cendol yang dah ada campuran benda-benda lain macam kacang ke.. pulut atau jagung. Suka yang pior gitu. Selain tu ada juga Nasi Ambeng, Nasi Lemak, Mee, Soto dan Rojak Petis. Jadi kalau nak 'skip' makan nasi berlauk waktu tengahari tu boleh jer makan di sini terus.
 
 
Kalau dah makan tengahari apa salahnya datang untuk me'ngeteh' (kata orang Johor) sebab ada pelbagai jenis gorengan seperti pisang, keledek, cendawan, tempe dan kuih-kuih lain. Sk pun datang dah pukul 2 lebih rasanya masa ni semata-mata untuk menyendol.. hahaha. Cendolnya yang hijau jernih meluncur laju jer ke tekak bila ditelan. Santannya lemak dan asli.. gula melakanya juga manis secukup rasa. Memang antara cendol terbaik yang pernah Sk cuba. Jom menyendol!
 
Cendol House
Waktu Perniagaan : 11.00 am - 7.00 pm
Di buka setiap hari kecuali hari Isnin
Address: 44, Jalan Utama, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 016-767 2477

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. best nampak cendol tu !

    ReplyDelete
  2. sedapnya cendol...tapi masih tak boleh minum lagi...berpantang ais skrg nie...

    ReplyDelete
  3. Amboi punyalah provok buat kakak ngences SK ni tau:)
    Lama juga kakak tak minum cendol tau. Kalau jalan nak ke Benut ikut highway ada satu warung yg suami dia kodong, cendol dia pun sedap tau SK. Macam-macam boleh pilih..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!