Assalamualaikum...
PERTAMA kali sebenarnya Sk menikmati masakan gulai tempoyak asli Temerloh. Duluuuuuu.. ibu Sk biasa masak Patin Gulai Tempoyak, memang tak sama langsung rasa dan teksturnya dengan gulai tempoyak yang dikatakan masakan asli dari Temerloh, Pahang ini. Maklumlah, ikan patin kolam jer mana setanding rasanya dengan ikan sungai, kan. Eh, bukan tak sedap tapi lain rasa ikan yang dibela dalam kolam ni tau. Rasa macam berpasir sikit dan sedikit hanyir tapi bertabah ajelah masa makan tu.. hahaha.
Harga mengikut bahagian.. bahagian isi ni RM14 seketul |
Sejak Siti Patin House ini dibuka berhampiran taman Sk tinggal memang berkali-kali Iman mengajak singgah. Pelik jugak, sejak bila Iman ni tahu makan ikan patin sebab masa ibu masak dulu rasanya dia kecik-kecik lagi, hehehe. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak singgah mencuba di sini. Serius, berkali-kali Sk menyudu kuah ke mulut sebelum dicurah ke atas nasi, rasa macam tak puas menyudu, memang sedap cukup dengan rasa tempoyaknya tu. Kuahnya agak pekat berbanding dengan gulai yang biasa ibu buat. Ikannya juga tidak hanyir tentu tukang masak ini lebih arif untuk mengendalikan masakan ikan patin yang dari spesies ikan sungai yang kita biasa maklum agak hanyir jika tidak tahu cara memasaknya.
Dah dasar hantu masak lemak, Sk cuba juga Pucuk Ubi masak tempoyak ni. Uiiiiii.... sedap! Sedap giler. Menurut staf kedai ni, pucuk ubi ni jarang-jarang disediakan, kira memang rezeki Sk walaupun Sk datang dah habis waktu kerja masa tu.
Budak nikan... katanya nak 'diet'. Lepas tu bising nasi tak cukup.. hehehehe. Kesian punya pasal, Sk mintakkan jugak nasi tambah. Haiiii.. kalau dah tambah nasi tu takkan maknya nak menengok ajerkan.. kita pun menambah juga.. huhuhu.
Siti Patin House ni dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi sampai 12 malam. Selain gulai patin tempoyak yang disediakan panas-panas, terdapat juga pelbagai lauk lain yang dihidangkan waktu tengahari selagi stok masih ada. Selain tu ada juga ayam kampung dan ayam kampung dara yang digoreng panas. Yang pasti, patin tempoyak tu memang ada sepanjang masa.
Cara ke sini :
Siti Patin House terletak di Bandar Baru Kangkar Pulai. Kalau dari Pontian, masuk ke kiri (persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai). Sebaik masuk simpang tu anda dah boleh nampak papan tanda merah Siti Patin House di sebelah kiri. Maaf Sk tak ambil gambar.
Kalau dari arah Johor Bahru, anda masuk kanan persimpangan lampu isyarat Bandar Baru Kangkar Pulai. Malah dah boleh nampak kedainya dari seberang jalan besar.
Iman dah sibuk mengajak lagi tu... jom!!!!
huhu, menggoda tau
ReplyDeletepatin tempoyak mmg feveret kami sekeluarga
kalau kenduri kawen kat kg, menu ni mesti ada
toknenek asal pahang
Nantilah lapang-lapang kalau teringat kakak pulak singgah sini
ReplyDeleteKakak nak belajar juga makan tempoyak tu SK..
Mmg lain kak...rasa patin sungai liar dgn patin sungai sangkar dgn patin kolam. Kalau patin buah liar tu..perghhhh...langsung x hanyir. Lemak pun kurang, isi haluuusss jer.
ReplyDeletehehe hakak meh rasa gulai tempoyak sy masak lak.. hehehhe
ReplyDelete